Monday, 1 August 2011

Rajagobal pilih 7 muka baharu


NORHAFIZ (kanan) turut mendapat tempat dalam skuad kebangsaan kendalian Rajagobal.


KEGAGALAN skuad bola sepak kebangsaan mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 bukanlah penutup tirai aksi mereka untuk tahun 2011.

Sebaliknya jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal semalam menamakan senarai 25 pelatih untuk kem latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya bermula esok bagi menghadapi dua aksi persahabatan sepanjang bulan Ramadan ini.

Skuad kebangsaan akan menentang Oman di tempat lawan pada 10 Ogos ini, manakala satu lagi aksi persahabatan yang dijadualkan pada 15 Ogos masih menunggu pengesahan daripada pasukan lawan.

Dalam senarai 25 pelatih tersebut, tujuh nama baru dipanggil Rajagobal kali ini iaitu Norhafiz Zamani Misbah, Khyril Muhymeen Zambri, Joseph Kalang Tie, Faizal Muhamad, Shahrom Kalam serta dua penjaga gol, Farizal Marlias dan Norazlan Razali.

Mereka mengisi kekosongan ditinggalkan tujuh pemain - Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas, K. Guru- samy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani - yang akan terbang ke Slovakia awal pagi esok untuk menyertai kem latihan skuad Olimpik negara.

Menurut Rajagobal, beliau sama sekali tidak pernah menutup pintu buat pemain-pemain lain membarisi skuad kebangsaan tetapi tidak dapat berbuat demikian akibat kesuntukan masa ketika aksi bertemu Singapura tempoh hari.

"Saya takkan tutup pintu buat pemain lain. Cuma ketika bertemu Singapura, saya tak sempat untuk melakukannya. Jadi kali ini barulah saya dapat panggil mereka ini dan tengok prestasi mereka.

"Ini peluang terbaik untuk mereka mempa- merkan kemampuan dan kita akan cuba membentuk sebuah pasukan yang lebih kuat menje- lang Piala Suzuki AFF 2012 dan Kelayakan Piala Asia 2015," kata Rajagobal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain 15 pemain yang berada dalam skuad 24 pemain sewaktu bertemu Singapura dikekalkan, Rajagobal turut memanggil semula tiga pelatih skuad kebangsaan sebelum ini iaitu Farisham Ismail, S. Chanthuru dan Shahrizal Saad.

Namun tidak tersenarai kali ini ialah dua pe- main yang sedang mengalami kecederaan iaitu Aidil Zafuan Radzak dan Norshahrul Idlan Talaha serta penjaga gol, Nasril Nourdin.


SAFEE SALI tetap menjadi pilihan utama untuk mengetuai jentera serangan skuad kebangsaan.



Jelas Rajagobal, program latihan dan perlawa- nan persahabatan skuad kebangsaan tetap perlu diteruskan biarpun selepas kegagalan mara ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 apabila tewas 4-6 menerusi agregat kepada Singapura.

"Daripada awal, saya telah katakan bahawa layak atau tidak kita ke pusingan ketiga, peran- cangan pasukan tetap perlu diteruskan mengikut sasaran utama kita layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015.

"Tetapi ramai yang tak faham. Siapa yang mahukan kekalahan. Singapura berjaya layak pun bukan dengan cara kita bagi laluan begitu mudah kepada mereka. Jangan buat rumusan hanya berdasarkan satu perlawanan.

"Liverpool sudah 20 tahun masih gagal menjadi juara Liga Perdana England. Arsenal pun sudah lapan tahun tak menang trofi. England pun sudah 40 tahun tak menang Piala Dunia. Begitu juga Belanda yang agak lama tak menang Piala Dunia.

"Sedangkan kita, baru nak bangkit selepas menang Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF 2010. Kita kena terima hakikat, kita perlu naik dari satu peringkat ke satu pe- ringkat," jelas Rajagobal.

Biarpun ramai menganggap skuad kebangsaan terlepas enam aksi kompetitif setelah gagal layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014, perkara itu perlu dilihat dari sudut positif.

Skuad kebangsaan tetap berpeluang menjadi rakan sepelatih buat pasukan-pasukan yang berada satu kumpulan dengan tiga negara Asia Tenggara yang layak ke pusingan ketiga iaitu Indonesia, Thailand dan Singapura.

"Lihat saja sekarang, Oman ajak kita lawan pada 10 Ogos ini. Mereka sama kumpulan dengan Thailand, Australia dan Arab Saudi.

"Jadi, kita akan cuba atur siri perlawanan per- sahabatan sepanjang tahun ini untuk memberi kesinambungan kepada pasukan," ujarnya.

Elia Tidak Tahu Apek Mahu Putus Tunang, Tetap Salahkan Kewujudan Orang Ketiga

Pening pulak dibuatnya apabila membaca kenyataan balas Elia di dalam Harian Metro hari ini. Rupa-rupanya Elia tidak tahu langsung mengenai keputusan Apek mahu putus tunang. Katanya dia hanya mengetahui hal tersebut selepas membaca Metro Ahad semalam. Ini agak pelik sebab dari sumber yang boleh dipercayai, khabarnya family Apek telah bertemu family Elia untuk membincangkan hal ini Sabtu lalu.

apek elia

Berikut ialah kata-kata Elia:-
Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam). Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut.
Kata Elia lagi, pergolakan perhubungan mereka telah berlangsung selama sebulan dan setiap kali Elia mahu berjumpa Apek untuk menyelesaikannya, Apek tidak mahu berjumpa dengannya:-
Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya
Malah Elia bertegas yang punca keretakan hubungan mereka adalah disebabkan kewujudan orang ketiga. Elia mendakwa mempunyai bukti tentang hubungan Apek dengan orang ketiga tersebut. Kata Elia lagi, hubungan Apek dan orang ketiga tersebut dikesan sejak Julai lalu dan dipercayai mereka berdua mempunyai hubungan sebelum Elia dan Apek bertunang. Malah wanita tersebut telah membuat pengakuan mempunyai hubungan dengan Apek.
Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya. Saya menelefonnya untuk mendapatkan kepastian dan memintanya berterus terang, namun dia enggan berbuat demikian. Dia cuma beritahu ada masalah dan akan bincang dengan keluarganya. Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi
Mengenai status Facebooknya yang menyatakan Apek meninggikan suara kepada ibunya, Elia berkata:-
Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya
sekarang sedang cuba mendapatkan kenyataan balas daripada Khairul Fahmi sendiri. Harap anda dapat bersabar sementara itu.

UPDATE: Elia turut menempek kenyataannya di dalam Harian Metro ini menerusi blognya.