Sunday, 31 July 2011

Bilakah Khairul Fahmi & Elia Putus Tunang?


Seluruh Malaysia kecoh dengan pengumuman rasmi daripada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengenai pertunangannya bersama Elia yang putus di tengah jalan, hari ini. Baca artikel asal Khairul Fahmi & Elia Putus Tunang.

Satu persoalan. Ramai yang tertanya-tanya bilakah Khairul Fahmi memutuskan tali pertunangannya? Adakah sebelum atau selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari? Andai kata sebelum perlawanan, jelas sekali Khairul Fahmi dapat memberikan fokus yang terbaik tanpa diganggu dengan masalah peribadinya bersama bekas tunang. Apatah lagi, Khairul Fahmi merupakan satu-satunya pemain yang tampil cemerlang menyelamatkan Malaysia daripada terus dibolosi gol.

Cuba bayangkan, jikalau Khairul Fahmi tidak fokus dan dihantui dengan pelbagai masalah peribadi yang melanda. Tak dapat nak bayangkan betapa kecewanya harapan 28 juta rakyat Malaysia, termasuk 85000 penyokong Harimau Malaya & Nora Danish yang berada di Stadium Nasional Bukit Jalil, tempoh hari.

Setakat ini, tiada pengumuman atau sebarang kenyataan di Facebook atau pun blog bertemakan sidang media yang dibuat oleh Elia, Jejari Runcing. Adakah Elia kini sibuk merakamkan single terbarunya berjudul Penawar Rindu & Duhai Hati?


Skuad Kim Swee terus mengganas


BARISAN skuad Olimpk negara ketika turun menentang Topvar Topolcany di Slovakia kelmarin.



SKUAD Olimpik negara mencatat kemenangan kedua pada siri aksi persahabatan di Slovakia setelah menewaskan kelab Liga 2 Slovakia, Topvar Topolcany 2-1 di tempat lawan malam kelmarin.

Setelah menang 1-0 ke atas kelab Liga 1 Slovakia, Bodva Moldava hasil jaringan Wan Zack Haikal Wan Nor pada aksi sulung Selasa lalu, jurulatih Ong Kim Swee hanya menurunkan barisan simpanan pada aksi kedua itu.

“Saya merehatkan lima pemain yang beraksi pada Selasa lalu iaitu Izham Tarmizi Roslan, Irfan Fazail, Syazwan Tajuddin, Syahrul Azwari Ibrahim dan Wan Zack Haikal.

“Dalam kesebelasan utama kali ini, saya meletakkan K. Sasikumar, Affize Faisal Mamat, Amer Saidin, Azrul Azmi, Nazirul Naim Che Hashim, Faizal Abu Bakar, Nazmi Faiz Mansor, Azrif Nasrulhaq Badrul, Izuan Solahuddin, Ferris Danial Mat Nasir dan Ahmad Hazwan Bakri.

“Enam pertukaran dibuat sepanjang babak kedua iaitu memasukkan Gary Steven Robbat, Shukor Jusoh, Fandi Othman, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu dan Zubir Azmi,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Pada perlawanan tersebut, Topvar Topolcany mendahului pada minit ke-21 menerusi Durcek Michal sebelum skuad Olimpik negara membalas hasil jaringan Ferris Danial pada minit ke-64 dan sepakan penalti Fandi (87).

Jelas Kim Swee, enam pemain baru iaitu Azrul, Syazwan, Nazmi, Azrif, Hazwan dan Izuan masih memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan skuad yang dianggotai majoriti pemain Harimau Muda A itu.

“Antara mereka ini, Hazwan telah menunjukkan kematangan serta mencuba beberapa kali ke arah penjaga gol lawan tetapi yang lain memerlukan sedikit lagi masa untuk menyesuaikan corak permainan.

“Pada perlawanan kedua ini, para pemain secara keseluruhannya telah menunjukkan kebangkitan serta keinginan untuk menyamakan kedudukan serta mendapatkan gol kemenangan dan ia harus dipuji,” ujar Kim Swee.

Perlawanan ketiga bakal berlangsung malam esok dengan satu lagi kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas.

angkara orang ketiga ???


KUALA LUMPUR: “Saya langsung tidak tahu dia mahu putuskan pertunangan kami. Saya hanya mengetahuinya melalui akhbar (Metro Ahad) hari ini (semalam),” kata Aimie Harmelia Mohd Hashumi, 22, tunang penjaga gol nombor satu negara, Khairul Fahmi Che Mat.
Sehubungan itu, Aimie Harmelia atau lebih mesra dengan panggilan Elia menafikan dakwaan Khairul Fahmi keputusan memutuskan pertunangan diambil selepas berbincang dengannya.

“Dia tidak pernah cakap apa-apa mengenai keputusannya (putus tunang), tiba-tiba dia keluarkan kenyataan dalam akhbar membuatkan saya dan keluarga begitu terkejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Elia berkata, pergolakan dalam hubungan mereka sudah berlarutan sejak sebulan lalu dan lebih memburukkan keadaan apabila Khairul Fahmi enggan berjumpanya bagi menyelesaikan masalah mereka.

“Apabila diajak berbincang, pelbagai alasan diberikan malah saya pergi berjumpanya selepas perlawanan persahabatan skuad negara menentang Liverpool pertengahan bulan lalu untuk menyelesaikan masalah kami, namun ditolaknya,” katanya.

Mengenai kenyataan Khairul Fahmi pertunangan mereka berakhir bukan kerana orang ketiga, Elia menegaskan kenyataan itu hanya helah Khairul Fahmi untuk `menyelamatkan' dirinya sedangkan banyak bukti menunjukkan dia ada hubungan dengan wanita lain.
“Pada saya punca sebenar masalah kami memang disebabkan orang ketiga dan saya mempunyai bukti kukuh mengenainya. Mungkin disebabkan itu dia enggan bertemu saya,” dakwanya.

Elia mendakwa, kewujudan orang ketiga dalam perhubungannya dengan Khairul Fahmi sudah diketahuinya sejak awal Julai lalu melalui pelbagai petunjuk, malah selepas diselidikinya dia percaya Khairul Fahmi ada hubungan dengan wanita lain sebelum mereka bertunang lagi.


“Saya tidak henti-henti berdoa supaya Allah berikan petunjuk bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara kami. Tak sangka, tak lama selepas itu ada seorang wanita datang berjumpa saya dan mengaku ada hubungan istimewa dengan Khairul Fahmi,” katanya.

Menjawab satu soalan, Elia mengaku ada mengeluarkan kenyataan dalam laman sosial facebook mengenai tindakan Khairul Fahmi menengking ibunya (Elia).

“Mungkin tindakan itu salah saya, tapi selepas itu saya mendiamkan diri dan tidak keluarkan sebarang kenyataan lagi sebab ingin memberi masa kepadanya memulihkan keadaan. Tidak sangka pula dia sudah buat keputusan dan menghebahkan di akhbar tanpa berbincang terlebih dulu dengan saya,” katanya.

Elia berkata, tindakan Khairul Fahmi memutuskan pertunangan memang dikesalinya kerana dia sudah menyiapkan sedikit sebanyak persiapan untuk perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada hujung Oktober ini.

Sementara itu, ibu Elia yang enggan namanya disiarkan berkata, walaupun sedih dengan apa yang berlaku dia bersyukur kerana Allah memberikan petunjuk sebelum perkahwinan anaknya berlangsung. “Namun, mak cik minta dia (Khairul Fahmi) selesaikan semua ini dengan cara baik. Jika dulu dia meminang anak mak cik dengan cara baik, seeloknya mahu putus pun biarlah dengan cara baik, bukan cara sebegini,” katanya.



p/s: dapatkan senaskah HMetro utk membaca selanjutnya tentang pengakuan ibu KFCM tentang isu ini.

Apek Khairul Fahmi Dan Elia Putus Tunang

Terkejut beruk dibuatnya apabila membaca tajuk muka depan Metro Ahad hari ini. Khairul Fahmi atau Apek sudah pun putus tunang dengan Elia yang lebih dikenali dengan nama Jejari Runcing. Dan Apek menafikan puncanya adalah kerana kewujudan orang ketiga iaitu Dahlia Teck.


khairul fahmi apek putus tunang

Di bawah adalah laporan penuh daripada Metro Ahad berkaitan putusnya pertunangan Apek dan Jejari Runcing. Tidak pulak diketahui bilakah sebenarnya mereka telah putus, namun kemungkinan besar ialah sebelum perlawanan Malaysia menentang Singapura.
Sebenarnya saya tampil membuat kenyataan kepada MA kerana tidak mahu perkara membabitkan saya dan Elia berpanjangan. Selepas berfikir panjang dan berbincang bersama keluarga, saya perlu memberitahu peminat mengenai perkara sebenar.
Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.
Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.
Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.
Selain itu ada yang mengatakan wanita yang berdua-duaan dengan saya dalam gambar adalah Dahlia. Sebenarnya gambar itu diambil ketika sesi temubual saya bersama wartawan dan wartawan wanita yang bergambar dengan saya adalah rakan kepada seorang wartawan. Jadi tidak timbul isu saya bergambar mesra dengan Dahlia atau wanita lain.
Saya juga dikatakan membeli sebuah kereta dan menghadiahkannnya kepada Dahlia. Hakikatnya, tuduhan itu tidak berasas. Kereta dimaksudkan itu milik kakak saya. Malah kereta itu juga atas nama kakak saya. Jadi macam mana cerita ini boleh timbul?
Kerana pelbagai tuduhan berkenaan, Dahlia dan keluarganya menjadi mangsa dan menerima pelbagai tohmahan dan kata-kata kesat. Kerana tidak tahan dengan masalah itu, mereka meminta saya menjelaskan segala-galanya, lebih-lebih lagi mereka tidak ada kena mengena dalam isu ini.
Selain itu timbul isu kononnya saya tidak hormat orang tua, memarahi dan menengking ibu Elia. Saya tidak menafikan ada bercakap dengan makcik (ibu Elia) tetapi tidaklah sampai menengking atau meninggikan suara. Pada saya, semua itu lebih kepada perbincangan bagi menyelesaikan masalah antara saya dan Elia.
Mungkin kenyataan dikeluarkan Elia di laman Facebook miliknya tempoh hari mengatakan saya memarahi ibunya disebabkan perasaan marah kerana pelbagai isu ini.
Terus terang saya masih menyayanginya. Malah, perkenalan yang dibina selama dua tahun membawa kami melalui pelbagai perkara bersama. Cuma, bila keadaan menjadi bertambah keruh dan berpanjangan, saya perlu membuat keputusan muktamad.
Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.
Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.
Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.
Lagipun masalah antara kami memang sudah lama berpanjangan. Cuma ia tidak diperbesarkan, lebih-lebih lagi ia cuma membabitkan kami berdua. Namun bila ia merebak dan melampaui batas, saya perlu segera menyelesaikannya.
Ramai juga yang mengatakan saya semakin lupa diri dengan kejayaan yang saya miliki. Sebenarnya saya belum berjaya lagi. Perjalanan karier saya sebagai pemain bola sepak masih jauh. Lagipun saya masih muda. Banyak perkara yang saya perlu pelajari sebelum saya bersedia menempuh alam perkahwinan.
Untuk setahun dua ini, saya bertekad mahu fokus sepenuhnya kepada bola sepak. Saya tidak mahu sebarang kontroversi merencatkan perjalanan kerjaya saya dan ia antara sebab kenapa saya buat keputusan berkenaan.
Diharap dengan penjelasan daripada Apek ini, kita sudah tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Wednesday, 27 July 2011

Safee galas tugas kapten?


(PENJAGA gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat (tengah) bersama Sharbinee Allawee Ramli (kiri) dan Nasril Nourdin giat berlatih di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam)


PENYERANG sensasi negara, Mohd. Safee Sali hampir pasti menggalas tugas sebagai kapten skuad Harimau Malaya pada aksi menentang Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Biarpun bekas kapten, Aidil Zafuan Radzak turut menjadi calon untuk menjadi pemimpin di atas padang, Safee dianggap sebagai calon yang lebih layak berdasarkan beberapa kriteria.

Safee, 27, merupakan pemain paling tua di kalangan 24 pemain negara dan satu-satunya pemain yang berpengalaman luas beraksi di liga luar negara iaitu bersama kelab Pelita Jaya di Indonesia.

Selain itu, Safee turut memakai lilitan lengan setelah kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49 ketika aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura Sabtu lalu.

"Kita tahu Aidil merupakan kapten sebelum Safiq. Tapi Aidil tak main pada dua perlawanan terakhir. Safee pula memiliki karakter, kesungguhan dan bertanggungjawab.

"Tapi hanya selepas sesi taklimat pasukan pagi esok (hari ini), saya akan buat keputusan rasmi siapa kapten," kata jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal selepas sesi latihan di Stadium Nasional petang semalam.

Sementara itu, Safee berkata: "Sebagai pemain paling senior, kalau dipilih saya sedia pikul tanggungjawab selaku kapten. Saya tak rasa ia akan menjadi beban."

Aidil pula berkata: "Siapa kapten tak penting. Saya mahu lebih beri fokus untuk perlawanan, mahu beraksi baik dan menang. Tapi jika diberi tanggungjawab kapten, saya akan terima dengan positif."

Dalam pada itu, Rajagobal turut memberitahu: "Kami akan pakai jersi biru. Ia memberi tenaga. Tapi penyokong bebas nak pakai jersi kuning atau biru."

Dua gol bukan tugas berat


(Pemain Harimau Malaya gigih menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini) 
 
MENCARI dua gol dalam pertemuan dengan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini sebenarnya bukan satu misi yang sukar buat skuad bola sepak negara.

Tewas 3-5 pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 minggu lepas tidak seharusnya menjadi alasan buat Malaysia menyerah kalah sebelum berjuang.

 Sebaliknya, tiga gol yang dihasilkan di tempat lawan itu seharusnya dianggap sebagai kelebihan dan dijadikan azimat kepada anak-anak buah Datuk K. Rajagobal untuk meruntuhkan keegoan Singapura.

Namun, dengan syarat - misi mencari dua gol perlu dilunaskan dan gawang mereka tidak dibolosi.

Biarpun Singapura gah dengan ‘tenaga import’ mereka, namun mereka terlupa bahawa skuad negara juga memiliki senjata sulit yang lebih ampuh pada malam ini, iaitu sokongan jitu dan laungan padu lebih 90,000 peminat setia Harimau Malaya yang akan membanjiri Stadium Nasional.

Dengan sokongan padu penyokong negara, berbekalkan keyakinan yang tinggi terhadap kemampuan pemain negara serta mengharapkan tuahjersi birukembali menjadi di Stadium Nasional malam ini, kemenangan ke atas Singapura dengan kelebihan dua gol tidak mustahil dapat direalisasikan.

Berdasarkan 19 rekod pertemuan sejak tahun 2000 termasuk yang terbaharu kalah 3-5 minggu lepas, Malaysia hanya menang lima kali, seri enam kali dan kalah lapan kali (tewas penalti tiga kali).

Namun, itu hanya rekod di atas kertas dan tidak relevan dengan situasi terkini serta faktor-faktor penting yang bakal tercetus pada hari pertemuan nanti seperti suntikan semangat dan sokongan padu peminat negara serta prestasi semasa dalam beberapa perlawanan persahabatan.

Seandainya skuad negara berjaya menyerap semangat keramat daripada penyokong Harimau Malaya malam ini, kejayaan sudah pasti berada dalam genggaman.

Harapan malam ini sudah pastinya sekali lagi disandarkan ke bahu penyerang sensasi negara, Mohd. Safee Sali yang tidak pernah menghampakan peminat setia Harimau Malaya.

Dua gol yang diledakkan Safee di Kota Singa baru-baru ini membuktikan keberkesanan penyudahnya yang tidak harus dipandang mudah pertahanan Singapura.

Malah, gandingan dan persefahamannya yang semakin mantap dengan Abdul Hadi Yahya (selepas ketiadaan Norshahrul Idlan Talaha), jelas sekali menjadi pertaruhan skuad negara dalam misi memburu dua gol.

Ketiadaan kapten yang juga perancang utama, Safiq Rahim mungkin sedikit dirasai, namun Rajagobal sudah pasti ada keyakinan tersendiri terhadap penggantinya iaitu Ismail Faruqi Ashari atau Amar Rohidan untuk memainkan peranan penting malam ini.

Namun, persoalan yang kerap kali bermain di benak fikiran setiap penyokong Malaysia ketika ini ialah kelemahan benteng pertahanan ketika dibolosi lima gol minggu lepas.

Kekuatan mental serta fokus sepanjang 90 minit permainan akan memainkan peranan penting bagi kubu negara yang mungkin dipimpin semula oleh Aidil Zafuan Abdul Radzak.

Namun, harus diingat bahawa kekalahan dalam sesuatu permainan itu tidak harus diletakkan kepada barisan pertahanan sahaja kerana dalam bola sepak, semua pemain di atas padang perlu menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan bekerjasama membentuk persefahaman yang kukuh dalam memerangkap pemain lawan.

Walau apa pun, sekiranya pemain negara dapat mengulangi semangat juang yang dipamerkan seperti di babak kedua ketika bertemu Singapura minggu lalu, malam ini, bukan sahaja kemenangan dapat dicipta, malah maruah juga dapat ditebus semula, sekali gus memberi kepuasan kepada 90,000 penyokong Harimau Malaya yang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

Singapura tiada kelebihan


PEMAIN Singapura, Qiu Li (kiri) menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan di Pusat Latihan Maybank, Bangi kelmarin.


APA kelebihan Singapura?
Ingat boleh menang ke pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Jangan haraplah! Tidak semudah itu nak menjinakkan Harimau Malaya.

Kira nasiblah boleh menang 5-3 pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura, Sabtu lalu.

Selain itu, skuad kebangsaannya pula bukan dibarisi anak-anak jati Singapura, sebahagian besarnya diimport. Yang mereka import pun tidak memiliki kualiti luar biasa.

Jika diimbas rekod lalu, banyak yang boleh dijadikan cerita tentang nasib pasukan Singapura apabila bertandang ke bumi Malaysia.

Andai ada yang berpendapat Singapura hebat, itu silap, mereka hanya hebat 'mengimport' pemain.
Sebenarnya, Harimau Malaya bukan tandingan Singapura.

Harimau Malaya adalah skuad kebangsaan Malaysia, skuad yang sedang mencipta nama di pentas antarabangsa.

Jadi, usah mimpi nak 'pukul' Harimau Malaya dan sejarah lalu pula menyaksikan Selangor pun Singapura tak mampu nak tewaskan. Itu baru pasukan negeri.

Malam ini, kalau Singapura berhasrat nak melangkah jauh pada kelayakan Piala Dunia 2014, elok lupakan, kecualilah mereka 'mengimport' lagi pemain dalam skuad untuk menentang Harimau Malaya.

Tidak perlulah untuk menceritakan tentang kehebatan Harimau Malaya.

Kemapuhan mereka memang sudah terbukti.

Andai Singapura masih ingat lagi bagaimana perjalanan skuad Harimau Malaya untuk muncul juara pada Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF tahun lalu, maka mereka akan tahu tentang betapa sukarnya menumbangkan skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal ini.

Sedarkah Singapura bahawa Harimau Malaya tidak memiliki kesebelasan terbaik pada aksi pertama, Sabtu lalu.

Beberapa tonggak utama tidak disenaraikan ekoran kecederaan.

Jentera pertahanan pula digalas oleh pemain muda tetapi berwibawa.

Tanpa watak utama dalam skuad Harimau Malaya pun menyaksikan betapa sukarnya Singapura untuk menyekat mereka.

Malam ini, Singapura perlu bersedia untuk berdepan kemusnahan.

Harimau Malaya tidak rela dipijak di bumi sendiri.

1Malaysia akan berdiri teguh di belakang wira-wira negara ini.

1Malaysia pasti akan membanjiri stadium untuk menambahkan lagi 'ngauman' Harimau Malaya yang bakal meratah sang Singa. Singa akan dibelasah habis-habisan kerana Harimau Malaya sedang kelaparan mencari mangsa.

Bukan semangat mereka sahaja yang semakin memuncak tetapi watak utama di jentera serangan, Mohd. Safee Sali juga cukup berbisa.

Safee semakin konsisten menggegar gawang lawan.

Andai benteng Liverpool pun Safee boleh lolos daripada kawalan, inikan pula budak mentah dalam skuad Singapura.

Sudah terbukti pada aksi pertama Sabtu lepas bagaimana Safee menonjolkan keajaibannya apabila jaringan hampir-hampir memusnahkan Singa di kandang sendiri.

Walau apa pun, skuad asuhan Rajagobal ini perlu mengelak daripada berasa terlalu ghairah.
Bila keghairahan mengatasi segalanya, ia boleh memakan diri.

Maka, semua pemain perlu ingat - tampil dengan rentak yang lebih terancang, tenang dan pergunakan sepenuhnya peluang yang ada.

Dua gol menjadi buruan, namun penyokong tempatan meramalkan Harimau Malaya bakal meraih kemenangan 3-0.

"Saya yakin Harimau Malaya akan menang 3-0. Mereka ada kualiti dan mereka layak menang perlawanan malam esok (malam ini) berdasarkan gaya permainan mereka di Singapura, minggu lalu," kata salah seorang penyokong Afdal Arrifin ketika ditemui di Bukit Jalil semalam.

Dalam ramai-ramai yang ditemui itu, sebahagian besar yakin Malaysia akan menang 3-0.
Malam ini, adalah penentuan.

Penentuan inilah yang terus menaikkan semangat barisan pemain Harimau Malaya dan juga penyokong setia mereka.

Penyokong sudah berikrar untuk menyerbu Stadium Bukit Jalil, dan buktinya - 90,000 tiket sudah habis dijual.

Bersedialah Singapura untuk berdepan kemusnahan di Bukit Jalil malam ini..INSYA-ALLAH

Tuesday, 26 July 2011

adakah ini gambar kekasih baru KHAIRUL FAHMI , penjaga gol HARIMAU MALAYA ??

sebelum 2 korg tgk entri yg nie Hubungan Jejari Runcing & Apek Khairul Fahmi Berantakan 
and entri yg nie benarkah KHAIRUL FAHMI curang ??

sambil 2 kita layan gak pic nie..hehehe

          






 
   

ok da tgk entri kat bawah 2?????????ok nie smbung seterusnya...
korg bce kat link nie  
http://mediamalaya.com/adakah-ini-gambar-kekasih-baru-khairul-fahmy-penjaga-gol-harimau-malaya (korg copy and paste link nie tau..bru leh tgk)
 and ak nk korg bandingkan gambar tunang apek n skandal apek nie.. mana lagi cantik..
klu ak,ak rasa tunang apek nie lagi cantik + manis lagi...
tgk pic kat bawah nie 
   Aimie Harmelia         
CANTIK KAN ??????? 

* aku rasa tunang apek nie lagi cantik kot...

buat pertama kali dalam berapa puluh tahun nih??

Ini BENAR-BENAR berlaku..hahahaha..buat pertama kali dalam berapa puluh tahun nih??

Erul Tiru Cara Bintang Korea Untuk Hargai Peminat


KUALA LUMPUR: Bekas peserta Akademi Fantasia ke 9 (AF9) Erul atau nama sebenar Hairul Najmuddin Abu Samah mengakui sentiasa mengikuti perkembangan muzik negara Korea yang popular dengan K-POP bagi menjadikan dirinya seiring dengan fenomena tersebut.

Tambah Erul, mengikuti perkembangan daripada pelbagai aspek termasuklah bagaimana mereka menghargai peminat.

“Saya minat muzik K-POP sejak sekolah lagi, setiap lagu mereka saya akan cari makna lirik-liriknya bagi menghayati lagu tersebut.

“Malah selepas bergelar artis ini, saya cuba ikut cara artis-artis Korea menghargai peminat mereka iaitu dengan meletakan barang-barang pemberian peminat di satu tempat dalam bilik mereka,” katanya yang kini mempunyai Kelab Peminat Sarang He Rul yang baru sahaja di lancarkan pada 9 Julai lalu.

Tambah Erul, dia kini dalam proses belajar secara tidak formal untuk menguasai bahasa Korea daripada seorang rakan yang berasal dari negara tersebut.

“Saya banyak belajar sendiri bahasa Korea tetapi tidak pandai untuk bercakap dengan satu ayat, jadi saya belajar dengan seorang kawan yang berasal dari Korea, dia berniaga di sebelah butik pakaian saya di Ampang,” katanya.

Dalam pada itu, Erul juga mengakui tidak pernah terlepas menyaksikan persembahan artis Korea di Malaysia.

“Saya bukan minat K-POP sahaja tetapi juga semua muzik dan artis Korea termasuk drama mereka.

“Jika saya bersedih saya selalu dengar lagu-lagu Korea kerana bagi saya bahasa mereka sangat menyentuh hati,” jelasnya.

Ditanya tentang perkembangan kariernya, dia yang baru sahaja muncul dengan “single” berjudul Legasi Cleopatra dan akan keluar dengan “single” kedua tidak lama lagi.

“Saya kini sibuk dengan pelbagai program Hari Raya dan dalam proses menyiapkan “single” kedua yang akan muncul tidak lama lagi,” katanya.

Tiket hanya tinggal 25,000

TIKET-TIKET bagi menyaksikan perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 membabitkan Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok laris terjual bak pisang goreng panas.

Hanya dalam tempoh sehari selepas jualan dibuka di kaunter-kaunter bertempat di tiga lokasi iaitu Stadium Nasional, Stadium Shah Alam dan Stadium MBPJ, Kelana Jaya, sejumlah 60,000 tiket sudah pun terjual.

Ia termasuk sejumlah 10,000 tiket yang telah pun dijual menerusi sistem online di laman web www.tickethotline.com.my sejak seminggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Tiket Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk S. Sivasundaram berkata, mereka yang masih belum membeli tiket perlu segera berbuat demikian apabila kaunter jualan dibuka lagi pada hari ini.

"Selepas tamat penjualan hari pertama (semalam) sebanyak 60,000 tiket telah pun terjual dan hanya terdapat baki 25,000 tiket lagi boleh dibeli esok (hari ini).

"Baki tiket yang tinggal ini akan dijual dengan kaedah siapa cepat dia dapat," katanya ketika dihubungi Kosmo! petang semalam.

Bagi penjualan hari ini, tiket-tiket tersebut akan dijual di tiga lokasi terbabit ber- mula pukul 9 pagi.
Di Stadium Nasional, sebanyak 12,500 tiket akan dijual, Stadium Shah Alam (6,250) dan Stadium MBPJ (6,250).

Seandainya habis dijual pada hari ini, tiada lagi penjualan tiket dapat dibuat pada pagi hari perlawanan esok seperti dalam perancangan asal FAM.

Hanya 2,000 tiket diperuntukkan kepada Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) untuk dibahagikan kepada para penyokong negara itu yang bakal me- nyeberangi Tambak Johor esok.

Menteri turun padang bakar semangat Malaysia


(SHABERY memberi kata-kata semangat kepada skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam)

SKUAD Harimau Malaya pasti akan mencatat kemenangan besar mengatasi Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Keyakinan itu dilaungkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika hadir menyaksikan latihan skuad kebangsaan di gimnasium Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pagi semalam.

Ia berdasarkan rekod cemerlang skuad ke- bangsaan yang tidak pernah tewas di gelang- gang keramat tersebut untuk aksi kompetitif sejak kali terakhir tumbang 1-3 kepada Uzbe- kistan pada 18 November 2009 ketika saingan Kelayakan Piala Asia 2011.

Malah pasukan-pasukan serantau seperti Indonesia dan Vietnam mudah ditumbangkan Harimau Malaya di Bukit Jalil iaitu pada separuh akhir pertama dan final pertama Piala Suzuki AFF 2010 dengan jaringan 3-0 dan 2-0.

"Saya dengan penuh yakin bahawa sema- ngat pasukan ini cukup kental dan mereka telah pun melupakan kekalahan 3-5 kepada Singapura pada Sabtu lalu.

"Sebelum ini pun kita kalah di tempat lawan kepada Indonesia dan Taiwan serta hanya mampu seri dengan Vietnam. Tetapi apabila beraksi di gelanggang sendiri, kita tampil dengan kekuatan untuk mencipta kemenangan.

"Saya yakin pada Khamis ini (esok), barisan pemain kebangsaan kita akan menggegarkan Bukit Jalil dan diharap para penyokong datang beramai-ramai sebagai pencetus tenaga kepada para pemain.

"Sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya kemenangan berpihak kepada Malaysia," kata Shabery kepada pemberita selepas memberikan kata-kata semangat kepada para pemain selepas sesi latihan tersebut pagi semalam.

Turut hadir mengiringi Shabery ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz.

Ditanya tentang ramalan jumlah jaringan yang bakal dicatat pada perlawanan malam esok, Shabery ringkas berkata: "Saya rasa kita boleh menang 4-1."

Skuad kebangsaan yang tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu perlu menang sekurang-kurangnya 2-0, 3-1 atau 4-2 untuk layak ke pusingan ketiga.

Misi berjuang habis-habisan

SKUAD bola sepak kebangsaan sudah dianggap terlalu sinonim mengharungi perjalanan sukar untuk meraih sesuatu kejayaan.

Pertamanya, pada Sukan SEA 2009 di Laos, kekala- han 1-3 kepada Vietnam pada aksi peringkat kumpulan menyebabkan peluang untuk ke separuh akhir hampir tertutup kecuali perlu menewaskan Thailand.

Ketinggalan 0-1 menerusi jaringan Arthit Sunthorn- pit, Malaysia nyaris tersingkir sebelum mendapat dua gol lewat menerusi Mohd. Nasriq Baharom pada minit ke-81 dan Ahmad Fakri Saarani pada masa kecederaan.
Malaysia akhirnya muncul juara selepas menewaskan Vietnam 1-0 di final setelah terlebih dahulu menyingkirkan Laos 3-1 pada peringkat separuh akhir.

Keduanya, pada Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China, Malaysia berjaya menamatkan kemarau 32 tahun gagal ke pusingan kedua biarpun pada aksi terakhir peringkat kumpulan tewas 0-3 kepada China.
Aksi itu penuh kontroversi apabila pengadil dari Australia, Ben Williams melayangkan tiga kad merah kepada Mahali Jasuli, Safiq Rahim dan S. Kunanlan.

Hasrat mencipta satu lagi sejarah mara ke suku akhir bagaimanapun tidak kesampaian apabila Malaysia tewas 1-3 kepada Iran akibat kepincangan tiga tonggak utama yang digantung itu.

Ketiganya, pada Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia pada aksi sulung peringkat kumpulan. Ini menyebabkan skuad Harimau Malaya terpaksa bergantung harap kepada Indonesia pada aksi terakhir.

Mujur Indonesia menewaskan Thailand 2-1. mana- kala Malaysia membelasah Laos 5-1, sekali gus berjaya mara ke separuh akhir dan akhirnya muncul juara setelah menumbangkan Indonesia dengan agregat 4-2 di final.

Kini situasi dan skrip sama berulang lagi apabila peluang Malaysia untuk layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 belum terjamin setelah tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

"Kami akan turun ke padang (esok) dengan menta- liti untuk menang bagi melayakkan diri ke pusingan ketiga.

"Para pemain telah membuktikan dalam situasi seperti ini sebelum ini yang mana mereka akhirnya berjaya juga bangkit dengan baik dan seterusnya mencipta kejayaan.

"Cuma saya harap mereka jangan hilang fokus meskipun berjaya mendahului.
"Saya tuntut fokus mereka melebihi daripada 90 minit permainan," kata jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

Kapten skuad Singa curi tumpuan


SHAHRIL


KAPTEN Singapura, Shahril Ishak tidak gentar dengan provokasi dari- pada penyokong Malaysia yang bakal dihadapinya pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Shahril, 27, sudah pasti akan menjadi sasaran utama ejekan kerana reaksi spontannya membuat isyarat tangan 'L' bermaksud looser kepada penyokong Harimau Malaya pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu.

Insiden itu berlaku selepas gol keempat Singapura pada penghujung separuh masa pertama yang disusuli balingan bekas minuman ke atas padang oleh segelintir penyo- kong Malaysia.

"Pada ketika itu saya berasa cukup kecewa melihat penyokong Malaysia bertindak berani membaling objek ke dalam padang di gelanggang kami sendiri.

"Jadi saya membuat tindak balas spontan (dengan membuat isyarat tangan itu). Saya mohon maaf di atas kejadian itu," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Padang Pusat Latihan Maybank, Bangi malam tadi.

Shahril yang beraksi sebagai penyerang kedua di belakang Aleksandar Duric turut melaungkan keyakinan bahawa dia ber- sedia sepenuhnya untuk turun beraksi di hadapan lebih 80,000 penyokong Malaysia malam esok.

"Ini bukan perkara baharu bagi saya. Tiada masalah kerana di Indonesia saya sudah biasa beraksi di hadapan 100,000 penon- ton," katanya.

Ditanya tentang peluang Singapura untuk layak ke pusingan ketiga setelah membawa bekalan kemenangan 5-3 di tempat sendiri, Shahril berkata, dia yakin rakan-rakan sepasukannya mampu meneruskan aksi cemerlang biarpun beraksi di tempat lawan malam esok.

"Memang tekanan bagi pemain-pemain muda untuk beraksi di hadapan lebih 80,000 penyokong lawan tetapi saya nasihatkan mereka supaya fokus 110 peratus," kata Shahril.

Singapura anggap tiada masalah


(SKUAD Singapura menjalani latihan di Pusat Latihan Maybank, Bangi kelmarin)
 
JURULATIH Singapura, Radojko Avramovic tidak menganggap beraksi di atas rumput sebenar di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok sebagai satu masalah besar buat anak-anak buahnya.
Bagi pengendali dari Serbia yang lebih mesra dipanggil Raddy itu, para pemainnya tidak hanya mampu beraksi baik di atas rumput tiruan sintetik seperti di Stadium Jalan Besar yang menjadi kelebihan mereka ketika menundukkan Malaysia 5-3 pada Sabtu lalu.

"Tak semestinya beraksi di padang rumput, kelebihan akan menjadi milik pasukan Malaysia pula. Kebanyakan pemain kami juga sebenarnya sudah biasa dengan rumput sebenar dan ia bukanlah masalah besar.
"Berkelebihan dua jaringan, kami tetap akan turun dengan me- nganggap ini satu perlawanan baru. Setiap perlawanan pasti kami akan cuba mendapatkan sebanyak mana gol," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Padang Pusat Latihan Maybank, Bangi malam tadi.
Sesi latihan tersebut hanya dibenarkan untuk ditonton pihak media Malaysia sebelum ia bermula dan sejurus ia berakhir.

Namun menerusi 'intipan' dari tepi padang, kelihatan Raddy mengutamakan latihan sepakan percuma yang menghasilkan dua gol pertama mereka pada aksi Sabtu lalu selain latihan sepakan penalti pada penghujung sesi.

Ditanya adakah padang latihan itu terletak pada lokasi yang jauh daripada hotel penginapan mereka, Hotel Hilton di Petaling Jaya, Raddy sekali lagi dengan bersahaja berkata: "Takkan ada semua yang ideal untuk kita dalam hidup ini."

Raddy turut tidak begitu risau dengan corak permainan yang ditampilkan skuad kebangsaan bimbingan Datuk K. Rajagobal yang disifatkannya tiada banyak berbeza pun.

"Tak banyak beza pun apa yang saya jangkakan pada perlawanan pertama lalu. Lagipun kedua-dua pasukan sudah mengetahui corak permainan masing-masing.

"Jadi saya menjangkakan satu lagi perlawanan yang menarik (esok), terutamanya apabila ia berlangsung di hadapan 80,000 penonton. Ia baik untuk perkembangan bola sepak di rantau ini," jelasnya.
 

senarai pemain yg akan bermain tok skuad HARIMAU MALAYA vs SINGAPURA

 

 

 

 
 ( GAMBAR HIASAN JER )

 - FARMASI 5-3-3 -
 

- SENARAI PEMAIN -
GK
Khairul Fahmi Che Mat
DEF
Mahali Jasuli
Mohd Muslim Ahmad
Mohd Fadhli Mohd Shas
Mohamad Aidil Zafuan

MID
Mohd Amirulhadi Zainal
S.Kunalan
Baddrol Bakhtiar
Ismail Faruqi Ashari

STR
Mohd Safee Mohd Sali
Abdul Hadi Yahaya

Baby Angkasawan , Sophea Isabella anak Dr.Sheikh Muszaphar & Dr.Halina , super cute

21 Julai 2011 merupakan tarikh keramat buat Sheikh Muszaphar & Halina apabila mereka menerima kehadiran orang ketiga dalam keluarga bernama, Sophea Isabella. Baby perempuan seberat 3.6kg ini dilahirkan dalam keadaan yang sangat sihat, comel lote gitu.

Sheikh Muszaphar tidak lokek berkongsikan 2 keping gambar Sophea Isabella di laman Fanpage’nya untuk tatapan umum. Kami yakin, berita ini turut mengembirakan seluruh rakyat Malaysia yang selama ini ternanti-nantikan kehadiran anak angkawasan pertama negara.

 
Baby ini adalah anak kepada angkasawan negara, Datuk Dr.Sheikh Muszaphar & isteri, Datin Dr.Halina. Baby nie dilahirkan cepat 6 hari daripada tarikh lahir ayahnya..

Dan sesungguhnya kekacakan dan kecantikan Sheikh Muszaphar dan Dr Halina memang turun kepada anak mereka.

Cute gila kan gambar Sophea Isabella di atas?jutaan tahniah kepada Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina. Selamat menempuh alam ibu bapa. Nanti uploadlah lagi gambar-gambar Sophea Isabella. Rasa tak puas pulak menatap kecomelan baby mereka berdua. Tak gitu?

benarkah KHAIRUL FAHMI curang ??

tak tahulah gosip sebegini boleh timbul memandangkan gol keeper yang cukup terkenal, Khairul Fahmi baru sahaja beberapa bulan bertunang [link] dengan tunangnya Elia yang cukup cantik dan manis. Kalau betul, ntah lah nak cakap apa. Admin pun malas nak sibuk-sibuk nak tahu, sebab nak tunggu Malaysia vs Singapura pada 28 Julai nanti. Kita harapkan Malaysia menang nanti. Soal Fahmi, kita bagi support, jangan korang maki-maki dia pula gara-gara gosip yang tak tahu betul or tidak ni. Hehe.










Hubungan Jejari Runcing & Apek Khairul Fahmi Berantakan?

tengok gambar kat bawah nie . .
gambar nie time MAJLIS PERTUNANGAN dieorg . .
sweet jer kn?? bahagia jer kan?? cam xde masalah jer kn?? kn?? kan??

 















tup ! tup !
keluar lak cite nie...
cam xcaye jer..

Lama rasanya tidak menggunakan perkataan berantakan. Namun mungkin itulah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan desas-desus mengenai pertunangan Jejari Runcing (Elia) dengan penjaga gol kebangsaan Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama manja Apek.

menurut satu sumber katanya Apek dilihat bersama dengan seorang wanita lain baru-baru ini. Desas-desus keretakan ini dikuatkan pula dengan entri terbaru di blog Jejari Runcing yang bertajuk “Doaku Buat Kekasih”. 

doakan agar desas-desus ini adalah tidak benar sama sekali. Abang Nara berharap agar ini cuma khabar angin yang disebarkan oleh mereka yang dengki dengan kebahagiaan Apek dan Elia. Buat Apek dan Elia, semoga tabah menghadapi dugaan semasa pertunangan. Darah tengah manis kena banyak tarik nafas dalam-dalam. Tak gitu?









Suhaila Dedah Rahsia Bersengketa Dengan Jimmy Shanley

                                                                                                        ( Suhaila mendakwa Jimmy pernah memukul dan mengongkongnya )

Setelah sekian lama berdiam diri, isteri kepada pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy, mendedahkan faktor utama berlaku keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan suaminya itu pernah memukulnya serta terlalu mengongkong.

"Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang... itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.

"Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan," ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.

Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang "pelik" dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.

"Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.

  ( Suhaila akhirnya "membuka mulut" kenapa dia enggan bersuamikan Jimmy )
 
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.

"Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan...saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum," ujarnya.

Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.

"Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab... semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.

"Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak," ujarnya.

    ( Jimmy dan Suhaila hanya mengecapi kebahagian selama 10 hari perkahwinan mereka )
  
Pukul kerana ingkar" - Jimmy

Sementara itu Jimmy yang dihubungi mStar Online bagi mendapatkan reaksi ke atas dakwaan-dakwaan yang dibuat isterinya itu tidak menafikan yang dia pernah memukul Suhaila.

Tetapi katanya, dia berbuat demikian kerana isterinya telah mengingkari nasihatnya.
Peristiwa itu kata Jimmy berlaku sebanyak dua kali sahaja iaitu selepas perkahwinan dan semasa berbulan madu.

"Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.

Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.

Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.

Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.

"Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?" soal Jimmy.

Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.

Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Jimmy dan Nursuhaila diijabkabulkan pada 1 Oktober 2010 dengan hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986.

Majlis resepsi untuk meraikan pasangan tersebut diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Kemelut rumah tangga mereka mula diperkatakan pada 11 November lalu. Jimmy memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz terhadap isterinya selepas mereka tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010..


 * sudah2 la 2..xtau mana betul mana salah...kesian kat anak 2.... berbaik jer la..xde manusia yg sempurna kat dunia nie...

Ahmad Shabery Yakin Harimau Malaysa Mampu Bangkit

Pasukan bola sepak skuad Harimau Malaya tidak mustahil dapat mencipta kemenangan ketika bertemu sekali lagi dengan Singapura pada kejohanan kelayakan Piala Dunia 2014 di gelanggang sendiri Khamis ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan prestasi ketika perlawanan menentang Taiwan sebelum ini, adalah tidak mustahil pasukan negara dapat mencipta kemenangan.

"Saya yakin pasukan negara mampu memperoleh kemenangan 2-0 atau 3-1 atau 4-2 pada perlawanan menentang pasukan Singapura sekaligus membalas dendam pada kekalahan Sabtu lepas," katanya selepas merasmikan Hari Pelancaran Logo Belia Sihat Ranaco Group di sini, Isnin.
Ahmad berkata, beliau tidak menafikan prestasi pemain skuad kebangsaankhususnya di benteng pertahanan agak longgar dan lemah.

"Tetapi kita yakin jurulatih (Datuk K. Rajagobal) ada ramuan tersendiri danmampu memperbaiki kelemahan yang ada terutama di barisan pertahanan sekaligusdapat mencipta kejutan pada perlawanan ulangan itu," katanya.

Pada perlawanan Sabtu lepas yang berlangsung di Singapura, pasukan republikitu, mengatasi pasukan negara dengan jaringan 5-3.
Sementara itu Ahmad Shabery akan meraikan atlet memanah, Khairul Anwar Mohamad yang akan mewakili negara ke sukan Olimpik di London tahun depan pada Karnival Emping Padi di Kampung Dadong di sini Jumaat ini.

Beliau berkata, Khairul Anwar adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Air Puteh di sini, bersama-sama dua atlet memanah lain yang merupakan pasukan pertama dari negara ini yang berjaya ke acara sukan besar itu.

"Saya berharap kejayaan yang ditunjukkan Khairul Anwar akan menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain untuk mencipta sesuatu kejayaan dalam bidang sukan sekaligus dapat mengharumkan nama negara.

MALAYSIA perlu dua gol tanpa dibolos


( KELEMAHAN jentera pertahanan menjadi punca kekalahan 3-5 Harimau Malaya kepada
Singapura, Sabtu lalu ) 

PERTAMANYA, perlu menang 2-0. Yang keduanya, benteng pertahanan harus diperkemaskan. Jika kedua-duanya dapat disempurnakan dengan baik, Harimau Malaya akan menjejak kaki ke pusingan ketiga Kelaya- kan Piala Dunia 2014. Pastinya kejayaan tersebut terpahat menjadi satu sejarah baharu dalam bola sepak negara.

Misi untuk mendapatkan dua gol mungkin bukan tugas berat buat anak-anak didik Datuk K. Rajagobal itu tetapi yang dilihat agak membimbangkan adalah benteng pertahanan. Ia boleh dikatakan agak rapuh dan dalam beberapa perla- wanan kebelakangan ini, mereka terlalu mudah dibolosi. Mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa bahagian pertahanan merupakan posisi paling lemah dalam skuad Harimau Malaya. Rajagobal sendiri pun tidak mengetahui puncanya. Pemain yang diberi peranan mengawal jentera pertahanan bukannya kurang pengalaman. Mereka ada kualiti. 

Mereka ada keyakinan dan mereka juga memiliki semangat juang yang tinggi. Tetapi macam ada yang tidak kena, khususnya pada aksi menentang Singapura pada perlawanan pertama pusingan kedua di Stadium Jalan Besar, Si- ngapura, Sabtu lalu. Macam-macam andaian dibuat terhadap kelemahan itu, namun yang jelas, watak utama di jentera pertahanan itu agak hilang fokus. Puncanya adalah kelemahan mental. 

Ia memang biasa berlaku khususnya kepada pemain muda yang belum cukup ilmu di pentas antarabangsa. Keghairahan untuk meraih kemenangan juga boleh menjadi faktor menjejaskan mental mereka dan akibatnya, fokus terhadap permainan hilang. Bila ia berlaku, mereka akan mudah hilang arah seperti yang berlaku pada aksi menentang Singapura, Sabtu lalu. Selepas Malaysia berjaya merapatkan jurang kepada 3-4 setelah ketinggalan 1-4 pada sepa- ruh masa pertama, keadaan menjadi semakin rancak. 

Keghairahan mengatasi segala-galanya sehingga barisan pertahanan mula hilang fokus dan arah ketika kembali diasak pemain Singapura. Sepatutnya, pertahanan negara terus mengekalkan sikap tenang untuk mengawal keadaan tetapi sebaliknya yang berlaku. Gol-gol yang dijaringkan oleh pemain Singapura pula terlalu muda. Kadang-kadang prestasi penjaga gol juga boleh menjejaskan semangat barisan pertahanan. Tiga gol mudah pada aksi me- nentang Singapura yang gagal diselamatkan oleh Sharbinee Allawee juga boleh menjadi punca melunturkan semangat.

Apa pun, yang cukup jelas ialah jentera pertahanan memang terlalu longgar dan ia harus diperkemaskan segera dalam usaha untuk mencapai misi mencari kemenangan 2-0 di Bukit Jalil, Khamis ini. Perlu diingat, barisan pemain Singapura tidaklah sehebat mana tetapi kelebihan yang ada pada mereka ialah bijak menyambar peluang. Pantang ada peluang, pasti dirembat ke gawang lawan, dan pemain Harimau Malaya perlu mengawasinya dengan bijak. Kalau tiga gol berjaya diledak di Kota Singa, Bukit Jalil bakal menyaksikan rentak yang lebih garang daripada Harimau Malaya.

Tiada yang mustahil, lagipun jentera serangan skuad bimbingan Rajagobal itu dilihat agak konsisten menggegar gawang lawan. Ketiadaan Safiq Rahim pada aksi kedua ini selepas dilayangkan kad merah pada perlawanan Sabtu lalu, mungkin agak menjejaskan perancangan yang bakal digunakan oleh Rajagobal. Tetapi berdasarkan aksi pada separuh masa kedua di Stadium Jalan Besar itu, Amirulhadi Zainal mampu menggalas watak yang dimainkan oleh Safiq. Cuma yang perlu diperkemaskan adalah jentera pertahanan yang memang sangat membimbangkan. Apa pun yang akan berlaku, Harimau Malaya perlu menang tanpa dibolosi lawan.

Aidil kembali terajui benteng Malaysia

BENTENG pertahanan skuad kebangsaan dijangka kembali kukuh apabila Aidil Zafuan Radzak bakal diturunkan pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 pada Khamis ini setelah pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali. Berdasarkan sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam, Aidil, 24, berkemungkinan besar bakal bergandingan dengan Fadhli Shas di posisi pertahanan tengah.

Menurut Aidil, apa yang kurang pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu, barisan pertaha- nan negara agak kelam-kabut ketika menerima asakan Singapura sehingga akhirnya bolos sebanyak lima gol.

“Memang dalam situasi sekarang apabila barisan pertahanan dibolosi banyak gol dalam beberapa perlawa- nan terakhir, ia satu tugas berat untuk kami kembali pada keadaan sebenar. “Cuma sebagai pemain yang memerhatikan perlawanan Sabtu lalu dari tempat duduk penonton, saya boleh beritahu apa sepatutnya kami perlu lakukan.

“Kita sebenarnya perlu beraksi dengan lebih tenang dan jangan kelam- kabut,” kata Aidil ketika ditemui sele- pas sesi latihan petang semalam. Aidil yang bakal kembali mengambil alih tugas sebagai kapten pada aksi Khamis ini turut menyatakan bahawa tiada kelebihan sebenarnya dimiliki oleh skuad Singapura. “Tiada istimewa pun skuad mereka. Kalau ikutkan, kita main lebih laju. Cuma kita sendiri yang tunjuk kelemahan kita kepada mereka. Jadi kita perlu bermain dengan corak permainan sebenar. “Tentang Aleksandar Duric, memang kelebihan dia pada fizikal dan pergerakan tubuh tetapi saya sudah banyak kali berdepan dengannya dan tahu menjaganya,” tegas Aidil

Rajagobal tidak tambah pemain

TIADA pemain baharu dipanggil jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal bagi menghadapi Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini. Pada sesi latihan di Wisma FAM, Kelana Jaya petang semalam, hanya 24 pemain yang dibawa ke Singapura dilihat turun menjalani latihan tanpa kelibat Norshahrul Idlan Talaha yang masih cedera ataupun mana-mana pemain baharu.

Menurut Rajagobal, hanya dua pemain yang tidak dapat menjalani lati- han penuh iaitu Safee Sali dan Amirul- hadi Zainal yang mengalami demam sejak pagi semalam. "Sepanjang beberapa hari latihan ini, saya mahu lihat keadaan Aidil Za- fuan Radzak sama ada dia sudah pulih sepenuhnya dan begitu juga tentang pengganti Safiq Rahim di posisi tengah. "Cadangan untuk ambil pemain baharu, semua kena faham yang saya bu- kan tidak membuka pintu untuk mereka tersenarai. Norhafiz Zamani Mis- bah memang sentiasa dalam peranca- ngan saya sejak 2009 lagi. "Tetapi selepas dia pulih daripada kecederaan lutut ACL, saya tak mahu panggil dia untuk tempoh dua hari ini dan beri dia tekanan serta-merta bagi perlawanan Khamis ini," kata Rajago- bal ketika ditemui pada sesi latihan petang semalam.

Ketiadaan Safiq yang digantung perlawanan setelah menerima kad merah pada aksi pertama Sabtu lalu memungkinkan posisi tengah menjadi rebutan Amar Rohidan, Shakir Shaa- ri, K. Gurusamy dan Ismail Faruqi Ashari bagi membentuk gandingan mantap. Ditanya tentang kerapuhan barisan pertahanan yang diketuai Muslim Ahmad dan Fadhli Shas pada aksi Sabtu lalu, Rajagobal tidak mahu ia terus di- pandang dari sudut negatif menjelang aksi kedua Khamis ini.

"Kita tahu barisan pertahanan kita buat kesilapan mudah. Kita telah tunjuk video kepada mereka supaya ia tidak berulang. "Tetapi apabila terdapat tanda positif, kenapa kita selalu nak fikir nega- tif. Rakyat Indonesia, selepas pasukan mereka tewas 0-3 kepada kita pada final pertama Piala Suzuki AFF 2010, masih yakin dengan pasukan mereka. "Masa inilah kita memerlukan soko- ngan semua pihak daripada kita terus berfikiran negatif. Lihat sajalah usaha para pemain bangkit pada babak kedua dan menghasilkan dua gol. Itu sesuatu yang positif. "Biarpun misi utama saya untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015 tetapi kita tetap tak mahu kalah pada Kelayakan Piala Dunia 2014 ini dan saya masih yakin para pemain mampu mencipta kemenangan Khamis ini," jelas Rajagobal.

Tiket Perlawanan Malaysia-Singapura Mula Dijual Selasa

Tiket untuk perlawanan kedua pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dan Singapura akan dijual mulai pukul 9 pagi Selasa hingga hari perlawanan pada Khamis ini.

Perlawanan dijadual bermula pukul 8.45 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.
Menurut kenyataan laman web Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Isnin,tiket mulai dijual hingga 27 Julai dari 9 pagi hingga 7 malam di Pintu Utama,Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Pintu A, Stadium Shah Alam.

Sementara penjualan dan penebusan tiket dibeli secara dalam talian boleh dibuat di Pintu Kuning, Stadium Nasional Bukit Jalil hingga hari perlawanan.
Tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM50 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM30 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.

Peminat-peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my

Sunday, 17 July 2011

FIR AFFANDI a.k.a FIR FEVER ?????????

sekarang jam menunjukkan pukul 10.54..tiba2 ak rasa nak update blog..hari nie ak HAPPY SANGAT-SANGAT da nk sampai tahap GILER kot(ak pon xtau nk ckp)..hehehe..fir post kat wall saya..sebelum 2 korg kenal x FIR AFFANDI nie????? jap jap

(  yg lelaki 2 la FIR AFFANDI n yg sebalah 2 awek die la,nama nya LYDD HALIM...
sesuai kan dieorg nie )
 
ok..da tengok kn????nk tau x ak memang minat ngn die sejak petama kali tgk die kat konsert AF mmg ak terus terpikat lah kat die( sebagai peminat jer la ye )..sejak dari 2 ak terus cari fb die n pas2 ak jumpa ak terusla add die...time 2 die masih wat relationship ngn lydd halim..so ak pon add la awek die sekali..hehehehe(saja suka2)..ak pon slalu gak post kat wall fb die...n ak selalu chat ngn awek die...so kira da kenal gak la...ari 2 kan ada perlawanan bola..time 2 MALAYSIA vs LIVERPOOL..ak nie peminat liverpool..tapi ak sokong MALAYSIA la..Malaysia di hatiku..klu ko nk tau si fir nie pon minat liverpool...so ak saje je la post kat wall die,nie ayat yg ak post kat die " fir,minat liverpool ke?? " n die balas " the hard fan".. n xsangka tepat kul 10.00 malam bersamaan 17/7/2011 hari ahad ( ceh ayat..xleh blaa)..hehehe.. die post kat saya nyer wall,die tulis " Sama geng la. Liverpool!! :) " ...
YA ALLAH mmg best giler arh ari nie..ak xtau nk cakap cam ne....
  <3 FIR AFFANDI n LYDD HALIM <3