Sunday, 27 November 2011

Dedah Aksi Mesra Bersama Khairul Fahmi, Apakah Motif Shida Harmi?

Awal malam tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di’ragui mengandungi gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini.


Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi.

Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri.

Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gossip.

Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang kami percaya perbualan antara Khairul Fahmi & Shida Harmi sendiri sekitar Ogos 2011 yang lalu.




 

Walaupun bakal ada peminat Khairul Fahmi yang akan datang ke’sini berkata kami keluarkan artikel ini dengan perasaan penuh hasad dengki & tidak patriotik — percayalah tiada niat sebegitu di’hati kami. Ceh, berlagak baik.









Friday, 25 November 2011

“Indonesia Dan Malaysia Mempunyai Banyak Persamaan” – Greyson Chance



Muncul di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) dan membuat persembahan buat pertama kalinya di Malaysia, Greyson Chance benar-benar memikat hati ramai peminat baru yang terpegun dengan bakat dan rupanya walaupun baru berusia 14 tahun.

Baru-baru ini, ketika ditemubual oleh wartawan dari negara seberang, Greyson Chance yang juga seorang yang petah bercakap memberitahu bahawa Indonesia dan Malaysia mempunyai banyak persamaan.

“Indonesia sangat seronok dan mempunyai banyak budaya. Jika boleh saya katakan, banyak persamaan antara Indonesia dan Malaysia,” ujar Greyson Chance.

Dia mula dikenali melalui lagu cover-nya, Paparazi, yang ditayangkan di Youtube dan mencecah hampir 2 juta penonton setelah 2 minggu ditayangkan.

‘Kami mahu menang’



“KAMI masih ada peluang untuk terus memberi cabaran dalam saingan Kumpulan C. Walaupun tewas kepada Syria baru-baru ini, saya tetap yakin bahawa peluang Malaysia untuk meneruskan saingan dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia tetap ada.”

Itu keyakinan yang dilontarkan oleh jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee menjelang aksi menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok.

Kim Swee memberitahu bahawa perlawanan ‘hidup mati’ menentang Bahrain itu amat penting buat Malaysia dan tiga mata perlu diperoleh bagi menghidupkan kembali peluang untuk memburu tempat kedua peringkat Kumpulan C.

Jelasnya, jika pasukannya mampu melakarkan kemenangan menentang Bahrain yang dibimbing oleh Salman Shareeda esok, ia bakal memberikan impak kepada barisan pemain Malaysia untuk terus melontarkan saingan dalam Kumpulan C yang turut disertai Jepun dan Syria.

“Saya masih percaya kami masih mempunyai peluang untuk memburu tempat kedua dalam Kumpulan C dengan syarat kami berjaya menewaskan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad ini (esok).

“Malah, selain mahu memburu tiga mata pertama di laman sendiri, perlawanan ini boleh diibaratkan sebagai misi ‘hidup mati’ buat kami. Jika gagal mencapai kemenangan, ia akan menutup peluang kami untuk menduduki tempat kedua dalam kumpulan.

“Namun, sekiranya kami berjaya menewaskan Bahrain, ia sudah tentu menjadi satu motivasi yang cukup bagus dan memberikan impak yang sangat baik untuk kami meneruskan saingan yang lebih baik dan hebat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada masa yang sama, Kim Swee juga berkata, kehadiran tiga tonggak utamanya yang kembali menjalani latihan, Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd. Fadhli Shas dan Irfan Fazail akan memberinya banyak pilihan menjelang aksi menentang Bahrain, namun tahap kecergasan mereka tetap dipantau.

“Kehadiran tiga pemain itu (Syahrul, Fadhli dan Irfan) adalah berita baik buat kami, namun saya tidak mahu terburu-buru membuat sebarang keputusan (sama ada mereka akan diturunkan atau sebaliknya).

“Selepas meneliti tahap kecergasan mereka, saya akan nilai prestasi mereka sebelum aksi menentang Bahrain.
“Apa yang paling penting ialah kami tidak akan berputus asa untuk meneruskan perjuangan walaupun saya menyedari misi Bahrain adalah untuk mencari kemenangan,” ujarnya.

Sebelum ini, Bahrain tewas dua kali kepada Jepun iaitu 1-3 (aksi pertama) dan 0-2 pada aksi kedua.
“Saya yakin mereka sudah terdesak untuk mencari kemenangan,” tambah Kim Swee.

Magis 'Apex' ditagih sekali lagi

SENTUHAN magis penjaga gol sensasi negara, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai ‘Apex’ sekali lagi ditagih pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 peringkat Zon Asia menentang Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.

Meskipun dibolosi dua kali pada aksi menentang Syria Rabu lalu, menerusi S. Solaiman dan Nas- souh Nakkdahli, persembahan ‘Apex’ ternyata cukup cemerlang apabila berjaya mengagalkan beberapa percubaan bahaya Syria.

Persembahan cemerlang kapten skuad Harimau Muda itu juga antara faktor atas kejayaan mereka mempertahankan pingat emas acara bola sepak pada Sukan SEA 2011 baru-baru ini.

Namun, bagi pemain kelahiran Kelantan itu, dia tidak mahu mengingati kekalahan mahupun kemenangan manis pada Sukan SEA, sebaliknya mahu membaiki kesila- pan dalam usaha untuk terus menampilkan aksi buat pasukan negara.

Jelasnya, dia sangat berbangga dengan pengiktirafan yang diberikan tetapi ia harus dilupakan terlebih dahulu bagi memberikan tumpuan sepenuhnya pada perlawanan menentang Bahrain ini.

“Apa yang penting, kami perlu melupakan kekalahan lalu (bertemu Syria) dan memperbaiki kesilapan dengan segera untuk terus memberikan persembahan yang terbaik ketika menentang Bahrain nanti.

“Apa yang menjadi keutamaan kini adalah mahu membantu pasukan memburu tempat kedua dalam saingan Kumpulan C ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Lantaran itu, dia menyeru rakan- rakan sepasukan supaya beraksi dengan lebih bersungguh-sungguh dan fokus sepanjang 90 minit permainan tersebut kelak.

Katanya, kekalahan kepada Syria juga antara faktornya untuk kembali bangkit dan berazam untuk terus mempamerkan persembahan yang memberangsangkan.

“Saya berharap kami dapat memberikan fokus seratus peratus ketika beraksi selama 90 minit menentang Bahrain tanpa melakukan sebarang kesilapan kecil dan memanfaatkan peluang untuk menja- ringkan gol.

“Kekalahan kepada Syria juga menjadi pembakar semangat kepada kami untuk terus berusaha dan berazam untuk melakarkan kemenangan pertama jurulatih, Ong Kim Swee di laman sendiri.

Muhd Nazmi Faiz Ambil SPM Tahun Depan

Pemain paling muda dalam skuad Olimpik negara Muhd Nazmi Faiz Mansor akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun depan setelah tidak berbuat demikian tahun ini.

Demi bagi membantu skuad Harimau Muda beraksi di Temasya Sukan SEA Indonesia 2011 yang baru berakhir, pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) ini sanggup menangguh peperiksaan SPM yang sepatutnya didudukinya mulai 14 November lepas.

Pengorbanan pemain yang memakai jersi nombor 21 ini berbaloi apabila skuad Bawah 23 Tahun Negara berjaya meraih emas dengan menewaskan Indonesia.

Bapa Muhd Nazmi Faiz, Mansor Mustafa berharap anaknya bukan sahaja berjaya dalam arena bola sepak malah turut cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.

"Saya bangga dengan kejayaan anak saya dalam sukan bola sepak namun pelajaran juga penting dalam menentukan masa depan beliau," kata peniaga berusia 40 tahun itu pada Jumaat.

"Kami sekeluarga sentiasa memberi dorongan kepada Muhd Nazmi Faiz untuk maju dalam sukan bola sepak dan tidak pernah menghalang minat dan impiannya itu, jelas Mansor.

Beliau berkata walaupun anaknya seorang yang pendiam, dia adalah seorang yang berdisiplin dalam soal pengurusan masa dan bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

"Dalam membantu Muhd Nazmi Faiz membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, saya serahkan perkara tersebut kepada guru-guru SSBJ kerana mereka tentu mempunyai formula terbaik dalam mengatur jadual harian pelajar mereka.

Harimau Muda Masih Ada Peluang Bangkit Semula

Malaysia berpeluang untuk bangkit semula pada perlawanan menentang Bahrain Ahad ini meskipun tewas kepada Syria pada perlawanan peringkat kelayakan Olimpik 2012 di sini Rabu, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau meminta peminat bola sepak negara agar tidak segera membuat kesimpulan negatif mengenai kekalahan skuad Harimau Muda itu.

Malaysia mempamerkan permainan yang baik semalam cuma hilang fokus pada babak kedua akibat keletihan apabila hanya mempunyai masa kurang dari 48 jam untuk berehat sebelum bertemu Syria, katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Pada perlawanan kedua pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam, Malaysia tumpas 0-2 kepada skuad yang terkenal dengan nama jolokan Helang Merah itu.

Ahmad Shabery berkata orang ramai tidak boleh meletakkan sandaran tinggi kepada skuad bimbingan Ong Kim Swee itu kerana mereka masih baru memasuki tahap yang lebih tinggi apabila bergelar 'Raja Bola Asia Tenggara' setelah memenangi pingat emas di Sukan SEA Indonesia 2011 baru-baru ini.

"Kejayaan skuad Harimau Muda meletakan diri dalam kumpulan 12 pasukan terbaik Asia sudah dikira sebagai satu pencapaian besar dan ini adalah satu pengalaman baru buat kebanyakan pemain," katanya.

Beliau berkata kebanyakan pemain dalam skuad bawah 23 tahun itu terdiri daripada pemain yang berumur antara 18 dan 19 tahun dan mempunyai peluang cerah untuk menjadi pemain terkenal satu hari nanti.

Harimau Muda belum menyerah

KIM SWEE (dua dari kiri) mahukan barisan pemain skuad Harimau Muda fokus sepenuhnya kepada aksi menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad ini.


KELMARIN, skuad Harimau Muda dikecewakan 0-2 oleh Syria dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 peringkat Kumpulan C bagi Zon Asia.

Kekalahan tersebut dilihat terus menyukarkan laluan mereka untuk menjejak kaki ke temasya sukan terbesar itu di bumi London tahun depan.

Begitupun, jurulatih Ong Kim Swee belum mahu menyerah malah terus memberi semangat kepada anak-anak buahnya menjelang pertemuan dengan Bahrain Ahad ini.

Kim Swee tidak mahu memikirkan kekalahan ke atas Syria itu kerana sebelum perlawanan tersebut, sebahagian besar pemainnya belum pulih daripada kecederaan.

Kini, dia mahu bangkit pada aksi menentang Bahrain apabila beberapa tonggak skuad Malaysia kembali berada dalam kesebelasan utama.

Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria dilaporkan bersedia diturunkan pada aksi Ahad ini dan kehadiran mereka akan memberi banyak pilihan kepada Kim Swee untuk merencanakan kesebelasan utamanya.

Kim Swee waspada


SKUAD Harimau Muda akan diuji Bahrain dalam saingan Kumpulan C kelayakan Olimpik peringkat Zon Asia, Ahad ini.



RASA marah gara-gara anak-anak buahnya seolah-olah dinafikan hak bagi meraikan kemenangan mempertahankan pingat emas Sukan SEA apabila penganjur 'tiba-tiba' mahu menjalankan ujian antidoping sebelum menerima pingat, sudah lama dibuang jauh-jauh oleh pengendali skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Episod duka tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik peringkat Zon Asia kelmarin juga tidak lagi dikenang oleh Kim Swee yang pastinya mahukan barisan pemainnya fokus ketika melayan kunjungan Bahrain di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad ini.

Bagaikan 'ayam kehilangan taji', Kim Swee yang terpaksa berdepan Syria dengan rentetan kecederaan pemain seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharulnizam Zakaria sememangnya buntu, terutamanya apabila tonggak pertahanan, Mohammad Fadhli Shas diserang demam panas, manakala Irfan Fazail pula kurang cergas sebelum perlawanan kelmarin.

"Ini sahaja pemain yang saya ada, ia memang tugas yang cukup mencabar bagi mengekang Syria, namun pada masa sama saya tetap memuji kesungguhan pemain meskipun dihantui faktor keletihan.

"Malah, saya juga terharu dengan sokongan padu penyokong kita yang membanjiri stadium dan berjanji membalas sokongan mereka ketika aksi menentang Bahrain nanti," katanya kepada pemberita kelmarin.

Faktor keletihan Harimau Muda yang baru sahaja tiba dari Jakarta dilihat semakin 'kronik' pada babak kedua pada perlawanan kelmarin, dan ia juga diakui jurulatih Syria, Imad Khankan.

"Kami memberikan tekanan kepada Malaysia pada babak pertama sehingga menyebabkan pemain mereka tampak keletihan pada babak kedua, sejujurnya kami gembira dapat mengutip tiga mata bagi mene- rajui kumpulan," katanya.

Harimau Muda yang terpaksa mempertaruhkan muka-muka baharu seperti Amer Saidin dan D. Saarvindran, termasuk kehadiran semula Wan Zack Haikal Wan Nor yang tidak beraksi selama dua bulan sebelum ini akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Syria meskipun menguasai sebahagian besar permainan.

Gol-gol Syria pada perlawanan tersebut dihasilkan oleh S. Solaiman dan pemain gantian, Nassouh Nakkdahli.
Apa yang pasti, kehadiran semula Syahrul Azwari, Irfan dan Mohammad Fadhli pastinya menggembira- kan Kim Swee yang mahu menambah derita Bahrain yang turut tewas dalam dua perlawanan sebe- lum ini.

"Ketiga-tiga pemain tersebut dijangka kembali cergas ketika menentang Bahrain nanti, dan saya harapkan kehadiran mereka mampu menghadirkan sesuatu kepada pasukan," kata Kim Swee.

Meskipun Bahrain tidak dapat menggunakan khidmat tonggaknya, Hassan Jameel Yaseen yang dilayangkan kad merah ketika menentang Jepun sebelum ini, kredi- biliti penyerang mereka terutamanya Dhiya Saeed Shubbar yang berjaya merobek gawang Syria ketika tewas 1-3 sebelum ini wajar diberikan perhatian oleh benteng pertahanan negara seandainya berhasrat untuk sekurang-kurangnya mencuri satu mata.

Saya juga ada perasaan


FAKRI dikutuk peminat tempatan gara-gara persembahan yang kurang meyakinkan sebagai peledak utama skuad Harimau Muda.


“SAYA juga ada perasaan, sesiapa pun pastinya terkilan jika dikutuk sebegitu rupa.“Mulut orang memang susah nak ditutup, jadi saya tidak peduli dengan kutukan itu dan menganggapnya sebagai suatu cabaran buat saya.”

Demikian respons ringkas penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saaraini ketika menjawab segala tohmahan dan kejian yang dihamburkan kepadanya ketika ini.

Kegagalan Ahmad Fakri, 22, dalam menyempurnakan beberapa peluang terhidang ketika tewas 0-2 kepada Syria dalam aksi kelayakan Olimpik Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, ternyata mengundang kemarahan majoriti peminat fanatik bola sepak tempatan yang lantang mengecam pemain Negeri Sembilan itu secara terbuka, tidak kira dari tepi padang mahupun di laman sosial Facebook.

Ternyata, peminat tempatan masih belum dapat melupakan ‘dosa’ Ahmad Fakri yang gagal menyempurnakan sepakan penalti ketika menewaskan Indonesia sekali gus mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Sama ada sedar atau pun tidak, mungkin ada yang terlupa dengan jasa pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu yang berjaya meledak gol tunggal ketika menewaskan Myanmar pada pusingan separuh akhir, sekali gus menempah slot untuk beraksi di final Sukan SEA 2011.

Malah, mungkin ramai juga yang tidak percaya betapa Ahmad Fakri sebenarnya merupakan antara penyerang termuda terbaik yang dimiliki negara selain Thamil Arasu ketika ini, gara-gara kecederaan yang menimpa Syahrul Azwari Ibrahim dan Izzaq Faris Ramlan.

“Apa salah saya sebenarnya? Bukannya saya sengaja tidak mahu menjaringkan gol, cuma saya kurang bernasib baik.

“Hendak kutuk pun biarlah berpada-pada dan ada batasnya, namun setakat ini saya masih mampu bersabar,” katanya kecewa.

Menurut Ahmad Fakri, dia berazam untuk membuktikan sesuatu sekiranya diturunkan Ong Kim Swee ketika menentang Bahrain, Ahad ini.

“Jika saya berjaya menjaringkan gol ketika menentang Bahrain nanti, sudah tentu ia memberikan moti- vasi yang lebih baik buat saya.

“Cuma pada masa sama, saya tetap berharap supaya penyokong faham dengan kesungguhan saya setiap kali beraksi. Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat saya, sudah tentu ia tidak semudah dijangkakan,” katanya yang memohon dimengertikan.

Wednesday, 23 November 2011

Safiq Anggap Permit Kerja Bukan Halangan Ke Cardiff City

Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim menganggap masalah permit kerja di United Kingdom bukan peluntur semangatnya untuk beraksi cemerlang pada ujian percubaan bersama kelab Cardiff City bermula Isnin depan.

Safiq yang memasang impian untuk beraksi di liga Inggeris berkata masalah teknikal seperti itu bukan penghalang utama malah beliau menyahut cabaran untuk menjadi pemain bola sepak Malaysia pertama menyarung jersi kelab Inggeris itu.

"Sekiranya saya terpilih, segala masalah teknikal termasuk permit kerja akan diserahkan kepada pihak pengurusan yang lebih arif cuma yang penting, saya harus bermain dengan bersungguh-sungguh," katanya kepada media sebelum berlepas ke Cardiff City, malam Rabu.

Sebelum ini, penyerang skuad negara Safee Sali turut menjalani ujian kelayakan di kelab yang sama namun hajatnya belum kesampaian kerana permit untuk bermain di United Kingdom hanya dikeluarkan bagi negara di ranking 70 terbaik dunia.

Safiq, 24, yang merupakan kapten pasukan Malaysia ketika menentang Arsenal dan Liverpool berkata ujian percubaan itu pastinya menjadi pengalaman paling berharga baginya dan segala skil yang akan dipelajari digunakan ketika bermain untuk skuad kebangsaan.

"Semasa ujian percubaan nanti, saya akan bermain dengan barisan utama kelab itu dan berharap saya dapat menyesuaikan diri dengan tempo permainan mereka dan perubahan cuaca," katanya.

Mengulas mengenai kejayaan skuad bola sepak bawah 23 tahun yang mendapat pingat emas di Sukan SEA 2011 di Indonesia pada Isnin lepas, Safiq menganggap kemenangan mereka sudah dijangka kerana terdapat pemain yang pernah beraksi pada temasya dwi-tahunan tersebut di Laos pada 2009 yang turut meraih emas.

"Bagi saya, mereka menggalas cabaran yang lebih berat kerana mempertahankan pingat emas adalah lebih sukar daripada memenanginya dan skuad bawah 23 tahun menunjukkan aksi yang cemerlang dan berjaya mempertahankan pingat keramat itu," katanya.

Safiq yang berlepas ke Cardiff City menaiki pesawat Qatar Airways akan menjalani ujian percubaan selama tiga minggu di kelab berkenaan dan akan pulang ke tanah air pada 17 atau 18 Disember depan.

Hilang Fokus Dan Keletihan Punca Kalah

Hilang fokus dan keletihan pada separuh masa kedua menjadi punca kekalahan 0-2 skuad Olimpik negara kepada Syria pada perlawanan kedua pusingan ketiga kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Rabu.

Ketua jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee berkata kelalaian benteng pertahanan pada separuh masa kedua juga antara punca kekalahan dan membuka peluang kepada Syria untuk menjaringkan gol kedua.

"Benteng pertahanan kita hilang konsentrasi pada separuh masa kedua permainan.

"Tambahan pula, mereka keletihan kerana baru sahaja tiba di tanah air dan saya hanya sempat melatih mereka selama dua jam sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan tamat.

Kim Swee berkata beliau tidak mempunyai banyak pilihan pemain untuk diturunkan pada perlawanan itu ekoran beberapa masalah yang menimpa pemainnya.

"Mohd Fadhli Mohd Shas demam panas pagi tadi dan tidak boleh beraksi manakala Mohd Irfan Fazail mengalami kecederaan. Kedua-dua mereka dijangka pulih dalam masa dua atau tiga hari ini untuk diturunkan pada perlawanan menentang Bahrain Ahad ini," katanya.

Mengenai persediaan menentang Bahrain di stadium sama, jurulatih berusia 40 tahun itu berkata beliau akan menurunkan beberapa pemain yang tidak dapat beraksi malam ini.

"Saya mungkin akan menurunkan kesebelasan utama seperti Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail serta Syahrul Azwari Ibrahim untuk mengembalikan peluang kita menduduki tangga kedua kumpulan (di belakang Jepun)," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terharu dengan sokongan padu peminat bola sepak tempatan pada perlawanan itu.

Sementara itu, jurulatih Syria Immad Eddin Khankan berkata beliau kagum dengan corak permainan Wan Zack Haikal Wan Noor.

"Dia berupaya mengkucar-kacirkan barisan pertahanan tetapi kami berjaya mengawalnya sepanjang permainan

Skuad Olimpik Malaysia Tewas 0-2 Kepada Syria

Skuad Olimpik Malaysia tewas 0-2 kepada pasukan Olimpik Syria pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 (Zon Asia) Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Rabu.

Pada aksi separuh pertama, kedua pasukan terikat tanpa jaringan dan permainan agak seimbang dalam melakukan setiap serangan ke arah gol.

Sementara itu, pada babak kedua perlawanan, rentak skuad Harimau Muda mula berubah apabila pemain-pemain Syria banyak melakukan serangan pantas sehingga menghasilkan gol pertama melalui jaringan Solaiman pada minit ke-52.

Manakala Nassouh Nakkdahli memastikan pasukannya berada dalam selesa selepas menjaringkan gol kedua pada minit ke-87.

Skuad Malaysia gagal mencari sebarang gol sehingga wisel tamat dibunyikan. Anak buah Ong Kim Swee ini akan meneruskan aksi bertemu Bahrain pada 27 November ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pada September lalu, skuad Malaysia turut tumpas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan pertama peringkat kumpulan.

Selangor pikat Bonai, Wanggai?


BONAI dikhabarkan mendapat perhatian pengurusan skuad bola sepak Selangor.



KEHEBATAN dua tonggak Indonesia, Titus Bonai dan Patrich Wanggai sememangnya mencuri tumpuan ramai pihak ketika temasya Sukan SEA baru-baru ini.

Malah, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd. Amin juga mengakui pada awalnya berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu bagi menyarung jersi Gergasi Merah musim depan.

Menurut beliau, aksi bertenaga kedua-dua pemain kelahiran Papua itu terutamanya ketika membelasah Kemboja 6-0 pada aksi pertama pasukan itu jelas menarik minatnya untuk mendapatkan salah seorang daripada mereka menjadi pemain import selepas mengikat tonggak Lubnan, Ramez Dayoub sebelum ini.

Malah, Hamidin juga telah berjumpa keluarga kedua-dua pemain itu dan memberitahu hasratnya yang mahu memikat mereka bagi memperkasakan Merah Kuning.

“Begitupun, hasrat itu akhirnya dibatalkan apabila saya melihat mereka tidaklah sehebat mana sebenarnya.

“Malah, ketika menentang kita dalam aksi final, kelibat kedua-dua mereka juga dilihat tenggelam dan kurang menyinar, jadi saya rasa masih belum tiba masanya buat kedua-dua pemain itu beraksi buat Selangor.

Ketika mengulas sama ada seorang lagi pemain import Selangor ialah bekas penyerang Chelsea, Mateja Kezman, Hamidin begitupun enggan mengesahkan perkara itu, sebaliknya cuma membayangkan pemain itu mungkin berasal dari benua Afrika.

Dalam pada itu, Hamidin juga enggan menerima kredit meskipun cadangannya supaya meletakkan bek kiri, Asraruddin Putra Omar di bahagian sayap dilihat berbaloi apabila pemain itu berjaya meledak gol penyamaan menerusi tandukan menarik pada minit ke-34 pada aksi final Sukan SEA Isnin lepas.

“Asra (Asraruddin) memang cukup cemerlang di posisi sayap ketika bersama Selangor, saya hanya memberi cadangan kepada Ong Kim Swee yang kekurangan pemain di posisi itu gara-gara kecederaan pemain, tak sangka taktik itu menjadi,

Harimau Muda hilang taring

PEMAIN Malaysia, Nazmi Faiz Mansor (kiri) diasak oleh pemain Syria pada aksi kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi. Pada aksi tersebut, Malaysia tewas 0-2.



KATA ORANG, robot pun boleh kehabisan bateri sekiranya ‘dilenjan’ habis-habisan.

Namun, lain pula ceritanya dengan skuad Olimpik Malaysia yang tampil dengan persembahan bertenaga meskipun gagal menjinakkan Syria apabila tewas 0-2 pada perlawanan kedua aksi kelayakan Olimpik pusingan akhir Zon Asia Kumpulan C di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

Kudrat anak-anak buah Ong Kim Swee yang masih keletihan selepas mempertahankan pingat emas Sukan SEA ternyata dipuji apabila mendapat ‘tonik semangat’ daripada lebih 20,000 penyokong yang memberikan tepukan bergemuruh sebaik perlawanan tamat.

Malah sebelum sepak mula, pasukan Syria yang tiba di Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas berbanding Harimau Muda yang hanya tiba dari Jakarta kelmarin dilihat seolah-olah beraksi di tempat sendiri apabila turut menerima sambutan hangat penyokong tuan rumah, situasi yang cukup berbeza yang diterima pasukan negara ketika di Stadium Gelora Bung Karno pada temasya Sukan SEA sebelum ini.

Kim Swee juga dilihat melakukan sedikit perubahan dalam kesebelasan utamanya apabila meletakkan Wan Zack Haikal Wan Nor yang digugurkan daripada skuad emas sebelum ini untuk bergandingan bersama Fandi Othman, K. Gurusamy dan Nazmi Faiz Mansor di bahagian tengah sementara Mohammad Zubir Azmi, Amer Saidin, Mohamad Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli menerajui benteng pertahanan negara.

Pasukan Harimau Muda yang mengasak seawal minit pertama kempunan menjaringkan gol pendahuluan apabila percubaan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saaraini melambung tinggi meskipun kesilapan penjaga gol Syria, Ibrahim Alma gagal mengeluarkan bola dengan kemas dari kawasan penalti.

Syria yang dikendalikan jurulatih Immad Khankan kembali bangkit mengasak sebelum memperoleh peluang terbaik lima minit kemudian namun percubaan terus M. Zakaria Al Omari terus ke dakapan kapten Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Khairul Fahmi sekali lagi bertindak cemerlang apabila berjaya menangkap kemas percubaan penyerang kelab Al-Iltihad, Mohammad Fares pada minit ke-10 sebelum menepis percubaan Mardek Mardkian enam minit kemudian.

Peluang terbaik Malaysia untuk mendahului hadir selepas itu apabila Wan Zack dilihat beberapa kali gagal memanfaatkan hantaran cantik Nazmi Faiz dari tengah padang, sementara tandukan Thamil Arasu sedikit sipi pada masa kecederaan bagi menyaksikan kedua-dua pasukan kekal terikat tanpa jaringan ketika tamat separuh masa pertama.

Malaysia yang cuba meneruskan penguasaan sebaik babak kedua bersambung dikejutkan dengan gol pendahuluan pelawat menerusi tandukan S. Solaiman pada minit ke-51.

Gol itu ternyata menyuntik semangat Syria yang kembali menggandakan asakan, namun kecemerlangan Khairul Fahmi menjaga gawang wajar dipuji termasuk menggagalkan percubaan Mohammad Zbida dan Mohammed Fares beberapa minit selepas itu.

Penyerang gantian Syria, Nassouh Nakkdahli yang masuk menggantikan Mardkian akhirnya menamatkan mimpi ngeri tuan rumah apabila mudah menolak masuk gol kedua kira-kira tiga minit sebelum perlawanan tamat.

Malaysia kini menghuni tangga kedua tercorot kumpulan sementara Jepun kekal menerajui Kumpulan C setelah menjinakkan Bahrain 2-0 dalam satu lagi perlawanan semalam.
Malaysia akan melayan kunjungan Bahrain di stadium sama Ahad ini.

Safiq Rahim Berlepas Ke Cardiff City Jalani Ujian Percubaan Esok

Kapten skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim akan berlepas ke Cardiff esok untuk menjalani ujian percubaan selama tiga minggu dengan kelab Cardiff City.

"Ia adalah peluang yang ditunggu-tunggu. Ini adalah peluang terbaik saya untuk menunjukkan skil bola sepak saya. Saya tahu ia adalah sukar tetapi tiada apa yang mustahil.

"Sudah sampai masanya bagi kita untuk menunjukkan Malaysia juga mempunyai ramai pemain bola sepak yang berbakat," kata pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kelab Cardiff City 1Malaysia Selasa.

Safiq, yang merupakan kapten pasukan Malaysia ketika menentang Arsenal dan Liverpool, berkata apa jua keputusannya, beliau berharap dapat mempelajari sesuatu daripada perlawanan ujian percubaan di Cardiff itu nanti dan meningkatkan prestasi permainannya ke tahap lebih tinggi.

"Sudah pasti impian saya adalah menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di England," kata pemain itu yang menyumbat gol hasil sepakan percuma ketika menentang pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris Liverpool apabila Malaysia tewas 3-6 dalam perlawanan persabahatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Julai lalu.

Penyerang negara Safee Sali, yang kini bermain dengan pasukan Liga Super Indonesia, Pelita Jaya menjalani latihan ujian percubaan dua minggu pada September lalu dengan Cardiff City yang dimiliki ahli perniagaan Malaysia, Datuk Chan Tien Ghee.

"Kami gembira dapat bersama Safiq di Cardiff selama tiga minggu. Dia akan dijaga dengan baik dan akan diberi peluang untuk menjalani latihan dengan pasukan pertama," kata Chan.

Beliau yang yakin Safiq akan memberi persembahan terbaik, ahli perniagaan itu berkata:

"Beliau akan dinilai sendiri oleh Malky Mackay (pengurus Cardiff City) dan kami akan mendapatkan penilaiannya daripada Mackay.

Skuad Harimau Muda Disambut Meriah

Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini, Selasa.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Penjaga gol Harimau Muda, Khairul Fahmi Che Mat disambut peminat-peminat bola sepak tanah air sejurus tiba dari Jakarta, 
 
 
Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas.
Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan DatukSeri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik diStadium Nasional Bukit Jalil Rabu.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawaimenyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang.

Apek Ingatkan Rakan Lupakan Seketika Kejayaan Sukan SEA

Kapten Skuad Olimpik Negara Khairul Fahmi Che Mat meminta rakan sepasukannya melupakan seketika kejayaan meraih ibu pingat Sukan SEA Indonesia 2011 Isnin, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada kelayakan Olimpik London 2012 menentang Syria di Stadium Nasional, Bukit Jalil Rabu.
Khairul Fahmi, atau lebih mesra dengan panggilan Apek, yang menggalas tugas sebagai penjaga gawang negara, berkata beliau dan rakan sepasukan belum berpuas hati dengan kejayaan memenangi pingat emas di kejohanan dwitahunan itu dan ingin mengejar impaian lebih besar iaitu mara ke temasya Sukan Olimpik London 2012.
Beliau berkata meraikan kejayaan meraih pingat emas semalam bukan satu perkara besar kerana mereka masih mempunyai banyak masa lagi selepas ini.
"Walaupun penat dengan jadual perlawanan yang padat, ia bukan alasan bagi kami semua untuk tidak berusaha bersungguh-sungguh mencari kemenangan pada perlawanan menentang Syria esok," katanya kepada pemberita selepas menjalani sesi latihan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil Selasa.
Dalam perlawanan yang mendebarkan semalam, Malaysia berjaya meraih pingat emas setelah menewaskan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti, selepas terikat 1-1 pada perlawanan penentuan bagi acara bola sepak Sukan SEA Indonesia 2011.
Sementara itu, penyerang skuad Olimpik negara Wan Zack Haikal, yang tidak dapat beraksi kerana direhatkan akibat kecederaan pada bahagian buku lali, bertekad untuk membuktikan sesuatu pada perlawanan menentang Syria.
"Jika diturunkan menentang Syria, ia serba sedikit dapat mengubati kekecewaan saya tidak dapat beraksi bersama rakan lain di Sukan SEA 2011.
"Peranan saya adalah untuk mengkucar-kacirkan pertahanan pihak lawan dan saya berazam untuk bermain bersungguh-sungguh,

Sokongan Keluarga Pada Skuad Olimpik

Keluarga kepada pemain skuad Olimpik negara turut hadir untuk memberi sokongan kepada pemain yang akan menentang Syria dalam perlawanan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam Rabu.
"Demi kejayaan Fadli dan skuad negara, saya dan isteri sanggup datang ke Kuala Lumpur untuk memberi sokongan," kata Mohd Shas Enggor, 50, bapa kepada Fadli.
Beliau dan isteri Jamilah Abu Hamid datang dari Pontian, Johor dengan doa dan harapan agar Fadli dan rakan-rakanya mampu beraksi cemerlang malam ini.
Skuad tersebut baru sahaja berhemas-pulas untuk memenangi pingat emas Sukan SEA di Indonesia dengan mengalahkan pasukan tuan rumah.
Pesara tentera itu memberitahu Bernama, Fadli sering menghubungi mereka sebelum beraksi pada mana-mana kejohanan.
Bapa kepada Nazmi Faiz, Mansor Mustafa, 47, berkata beliau juga sentiasa memberi sokongan moral kepada anaknya dan berharap Nazmi mampu beraksi baik malam ini.
"Saya sering mendoakan kejayaan Nazmi dan saya yakin dengan kemampuannya kerana dia seorang yang bersungguh-sungguh dalam melaksanakan sesuatu perkara," kata peniaga dari Kuala Selangor ini.
Beliau turut bersyukur dan merasa bangga dengan kejayaan skuad bola sepak negara memenangi pingat emas Sukan SEA dua hari lalu dan berharap pemain mampu menewaskan Syria.

Kim Swee Ajak Penyokong Malaysia Penuhi Stadium

Ketua jurulatih skuad Harimua Muda, Ong Kim Swee mengajak semua penyokong-penyokong bola sepak tanah air datang ke stadium bagi memberi sokongan pada aksi Malaysia bertemu Syria diStadium Nasional Bukit Jalil, 8.45 malam Rabu.
Malaysia bakal meneruskan aksi kedua peringkat Kumpulan C selepas tewas kepada Jepun September lalu bagi Kelayakan Olimpik (Zon Asia).
Kim Swee berkata, kehadiran penyokong ke stadium memberi makna penting untuk skuad negara meneruskan aksi cemerlang selepas berjaya mempertahankan pingat emas pada Sukan Sea, Isnin lalu.
"Saya akui pemain-pemian masih lagi berada dalam keadaa letih selepas mengharungi jadual ketat di Indonesia, namun itu tidak mematahkan semangat mereka untuk mempamerkan aksi terbaik.
"Dalam masa sama, saya yakin kehadiran penyokong-penyokong mampu mempengaruhi rentak mereka. Pasukan Syria bukanlah sebarang pasukan dan mereka juga telah menang pada aksi pertama menentang Bahrainsebelum ini.
"Dengan ketiadaan beberapa pemain yang masih mengalami kecederaan,saya akan cuba membut perhitungan baru dengan pemain-pemain lain," katanya kepada media, Selasa.
Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbart disahkan tidak dapat beraksi, namun Wan Zack Haikal Wan Nor masih dinilai tahap kecergasannya.

Perang psikologi Syria


KIM SWEE (kiri) dan Khankan bersalaman pada sidang media sempena aksi kelayakan Olimpik 2012 antara Malaysia dan Syria di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.



PASUKAN Syria seolah- olah melancarkan perang psikologi buat pasukan negara apabila mengakui berdepan perlawanan yang cukup mendebarkan menjelang aksi kedua Kumpulan C pusingan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Jurulatih Syria, Imad Khankan memberitahu, pihaknya sentiasa sedar dengan kemampuan Harimau Muda yang masih segar dengan kejayaan mempertahankan pingat emas Sukan SEA kelmarin.

Namun, pada masa sama katanya, beliau sudah mempunyai idea bagi berdepan skuad Malaysia, sekali gus mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Bahrain 3-1 dalam aksi pembuka tirai kumpulan sebelum ini.

“Malaysia memang pasukan yang kuat, terutamanya kepantasan pemain-pemainnya ketika menyerang. 

Mereka kuat sebagai satu pasukan berbanding bergantung kepada skil individu pemain semata-mata.

“Namun, saya yakin para pemain saya dapat meneruskan momentum kemenangan ketika menentang Bahrain, sekali gus menjanjikan satu pertemuan sengit esok (malam ini),” katanya kepada pemberita semalam.

Khankan memberitahu, pemainnya juga bersedia berdepan dengan ‘gelora’ Bukit Jalil yang pastinya dibanjiri penonton tuan rumah yang pastinya mahu meraikan kejayaan pasukan itu muncul juara acara bola sepak Sukan SEA.

Malah, pasukannya yang diperkuatkan dengan kehadi- ran tonggak utama seperti Mardek Mardkian dan Mohammed Fares yang berjaya meledak gol ketika menentang Bahrain tempoh hari juga mahu menghadiahkan kemenangan malam ini kepada seluruh rakyat Syria.

“Selain itu, saya juga berharap keputusan perlawanan antara Bahrain dan Jepun juga memihak kepada kami supaya kekal sebagai pendahulu kumpulan,

'Maaf seluruh rakyat Indonesia'


PARA pemain Indonesia sugul selepas mereka tewas 3-4 kepada pasukan Malaysia pada final bola sepak Sukan SEA 2011 kelmarin.

Hanya permohonan maaf mampu diungkap jurulatih skuad bola sepak Indonesia, Rahmad Darmawan selepas kegagalan skuad Garuda Muda meraih pingat emas pada Sukan SEA 2011.

Pada aksi final di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam kelmarin, anak-anak buah Rahmad terpaksa akur dengan kehebatan Harimau Muda apabila tumbang 3-4 menerusi penentuan sepakan penalti.

Dengan kekalahan itu, Indonesia gagal mengakhiri kemarau berpanjangan selepas kali terakhir memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA pada temasya 1991 di Manila, Filipina selepas menewaskan Thailand 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti.

"Di kesempatan ini, saya mahu meminta maaf kepada selu- ruh masyarakat Indonesia atas kegagalan kami gagal meraih pingat emas. 

"Yang jelas, para pemain telah berusaha untuk habis-habi- san untuk merebut pingat emas tetapi akhirnya kita gagal," kata Rahmad pada sidang media sejurus selepas tamat perlawanan malam kelmarin.

Rahmad berkata, barisan pemainnya telah menampilkan rentak bertenaga pada awal babak pertama sehingga memperoleh gol menerusi jaringan Gunawan Dwi Cahyo seawal minit kelima.

Bagaimanapun Rahmad mengakui, anak-anak buahnya gagal meneruskan momentum selepas memperoleh gol pembukaan tersebut, sebaliknya Hari- mau Muda tampak lebih mendominasi perlawanan.

"Sepatutnya para pemain terus memburu gol tetapi disebabkan kelekaan, kita pula yang menerima padah apabila Malaysia berjaya menghasilkan gol penyamaan.

"Ini antara punca kita gagal. Seharusnya para pemain harus mempelbagaikan corak serangan dan tidak hanya bergantung kepada pemain sayap.

"Pemain juga kelihatan takut menyerang. Situasi itu dimanfaatkan dengan baik oleh pihak lawan.

"Jujur, Malaysia mempunyai lebih banyak peluang untuk meraih kemenangan pada perlawanan hari ini," jelas bekas jurulatih kelab Persipura dan Sriwijaya FC itu.

Ditanya mengenai persiapan mental anak-anak buahnya ketika penentuan sepakan penalti, Rahmad mengakui, hanya tiga pemainnya sahaja yang benar-benar bersedia melakukan sepakan penalti.

"Pada mulanya, saya menghadapi masalah untuk memilih pemain yang bersedia melakukan sepakan penalti. Disebabkan itu, saya perlu memberi motivasi kepada mereka untuk melakukannya.

"Akhirnya mereka bersetuju melakukan sepakan penalti tetapi Malaysia tampak lebih bersedia ketika sepakan penalti dan penjaga golnya (Khairul Fahmi Che Mat) memiliki pengalaman kerana pernah beraksi pada final Piala Suzuki AFF tahun lalu," tambah Rahmad.

Sekalipun gagal meraih emas, Rahmad tidak menyalahkan anak-anak buahnya ekoran kegagalan tersebut, sebaliknya beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan mereka pada perlawanan yang dihadiri hampir 100,000 penyokong tuan rumah.

"Patrich (Wanggai), Okto (Octovianus Maniani) serta beberapa pemain lain masih cedera tetapi mereka tetap memberikan aksi terbaik sketika perlawanan berlangsung," katanya.

Kegagalan Indonesia meraih emas acara bola sepak dianggap merencatkan pesta kontinjen tuan rumah yang ditabalkan selaku juara keseluruhan temasya Sukan SEA 2011 yang melabuhkan tirainya malam tadi.

Skrip berbeza 2009, 2011


IMBAS KEMBALI... Skuad bimbingan Rajagobal menamatkan penantian selama 20 tahun Malaysia apabila memenangi pingat emas acara bola sepak di Laos pada 2009.


Andai pasukan bola sepak negara kendalian Datuk K. Rajagobal mempunyai skrip tersendiri sebelum meraih pingat emas pada temasya Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos, skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee pula ada jalan cerita berbeza ketika membawa pulang emas malam kelmarin.

Diimbas kembali rentetan kejayaan skuad negara dua tahun lalu, anak- anak buah Rajagobal bermula langkah kanan apabila membelasah Timor Leste 11-0 pada aksi pembukaan Kumpulan A.

Bagaimanapun, momentum itu gagal diteruskan apabila tewas 1-3 kepada Vietnam, gara-gara keputusan 'berat sebelah' pengadil dari Korea Selatan, Kim Jong-Hyeok se- hingga mengundang kemarahan kem negara.

Mujur skuad kendalian Rajagobal kembali bangkit dengan melakar kemenangan 4-0 ke atas Kemboja sebelum membenam juara 13 kali, Thailand 2-1, sekali gus muncul naib juara Kumpulan A untuk layak ke separuh akhir.

Pada aksi separuh akhir, skuad negara di- letakkan sebagai pilihan ketika membuat perhitungan dengan Laos yang menyaksikan mereka merakamkan kemenangan 3-1.

Mungkin sudah suratan, anak-anak buah Rajagobal kembali berentap dengan Vietnam di pentas final, sekali gus menjadi me- dan buat mereka membalas dendam keka- lahan di peringkat kumpulan.

Ternyata segala keperitan dan kekecewaan mereka terbalas apabila jaringan sendiri pemain Vietnam, Mai Xuan Hop ketika perlawanan berbaki lima minit memastikan skuad negara menang tipis 1-0.

Kejayaan itu sekali gus mengakhiri penan- tian skuad negara selama 20 tahun untuk meraih pingat emas acara bola sepak yang dianggap paling berprestij pada temasya Sukan SEA.

Dua tahun berlalu, kini anak-anak buah Kim Swee tampil dengan satu misi iaitu mempertahankan pingat emas yang dimena- ngi skuad negara di Laos.

Tugas Kim Swee pada mulanya tampak sukar sebaik undian dikeluarkan apabila barisan Harimau Muda diundi dalam 'kumpulan maut' bersama Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja.

Diundi bersama Indonesia dan Thailand khususnya sudah tentu memberi gambaran awal betapa Harimau Muda bakal berdepan dengan tugas mencabar berdasarkan repu- tasi yang dimiliki kedua-dua pasukan tersebut.

Memulakan kempen dengan menentang Singapura, Harimau Muda dilihat masih ter- cari-cari rentak untuk 'mengaum' di Stadium Gelora Bung Karno apabila sekadar mencatat keputusan seri tanpa jaringan.

Bagaimanapun, Harimau Muda mula mendapat rentak 'sang juara' apabila mene- waskan Thailand 2-1 sebelum membelasah Kemboja 4-1.

Biarpun laluan ke separuh akhir tampak terbuka luas, anak-anak buah Kim Swee tampil dengan semangat juang yang tinggi apabila membenam ego Indonesia di hada- pan penyokong sendiri hasil kemenangan 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan A.

Kejayaan tersebut menyaksikan mereka tampil selaku juara Kumpulan A, sekali gus membuat perhitungan dengan naib juara Kumpulan B, Myanmar pada peringkat separuh akhir.


ANAK-ANAK buah Kim Swee berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenangi Malaysia di Laos dua tahun lalu selepas menewaskan Indonesia pada final Sukan SEA 2011 malam kelmarin.


Seperti diramal, Harimau Muda berjaya meloloskan diri ke babak final apabila mela- kar kemenangan 1-0 dan Indonesia menanti mereka dalam persaingan memburu emas selepas skuad Garuda Muda itu menang 2-0 ke atas Vietnam dalam satu lagi saingan se- paruh akhir.

Seakan-akan sudah lali dengan ejekan dan provokasi para penyokong Indo- nesia, Harimau Muda tampak lebih dominan berbanding Garuda Muda pada aksi final malam kelmarin.

Ketinggalan 0-1 hasil jaringan tonggak pertahanan Indonesia, Kurniawan Dwi Cahyo seawal minit kelima, barisan Harimau Muda tidak sedikit pun menunjuk- kan tanda-tanda mahu mengalah lebih awal.

Sebaliknya, mereka tampil dengan rentak bertenaga sehingga akhirnya berjaya memperoleh gol penyamaan menerusi tandukan terbang Mohd. Asraruddin Putra Omar pada minit ke-35.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan gagal menambah jaringan sehingga tamat masa tambahan sehingga perlawanan dilanjutkan menerusi penentuan sepakan penalti.

Sekali lagi Harimau Muda tidak gentar de- ngan sorakan penyokong-penyokong Indonesia apabila kapten Baddrol Bakhtiar, Ma- hali Jasuli, Mohd. Fandi Othman dan Ahmad Fadhli Shaas berjaya menyempurnakan sepakan penalti, manakala sepakan yang dilakukan Ahmad Fakri Saarani berjaya diselamatkan penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga.

Dengan Indonesia hanya memperoleh gol menerusi Titus Bonai, Egi Melgiansyah dan Abdul Rahman, manakala rembatan Kurniawan terkena tiang gol dan ketangkasan penjaga gol, Khairul Fahmi menepis sepakan Ferdinan Sinaga, ia sudah memadai buat Harimau Muda melakar kemenangan 4-3.

Kejayaan tersebut dianggap cukup manis dan penuh bermakna buat Kim Swee dan skuad Harimau Muda biarpun mereka terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan rintangan sepanjang berada di bumi Jakarta.

Dengan masalah lokasi latihan yang jauh dari hotel penginapan rasmi, selain terpaksa mengharungi jadual yang padat, anak-anak buah Kim Swee membuktikan mereka memiliki kualiti dan karakter sebagai juara.

Paling meninggalkan kesan dan diingati skuad Harimau Muda sudah pasti insiden bas yang dinaiki mereka diserang ratusan penyokong Indonesia kira-kira dua jam sebelum aksi final malam kelmarin.

Sejurus tamat perlawanan, para pemain negara dibawa menaiki Barracuda - kereta perisai milik polis Indonesia - untuk pulang ke hotel penginapan di Hotel Sultan, kira-kira satu kilometer dari stadium sebelum mereka terus berlepas ke tanah air dengan menaiki pesawat sewa khas milik AirAsia.

Biarpun masih dimamah keletihan, barisan wira Harimau Muda harus kembali mengalihkan fokus mereka di tengah padang apabila dijadualkan menentang Syria pada aksi kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Pemain, pegawai dikurnia RM30,000

Jurulatih skuad bawah 23 tahun negara, Ong Kim Swee bersama anak-anak buahnya menerima sambutan meriah penyokong skuad kebangsaan sejurus tiba dari Jakarta di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Sepang semalam.


PELUH pun belum kering, ganjaran RM30,000 telah menanti setiap pemain dan pegawai pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011 kelmarin.

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, presiden, Sultan Ahmad Shah berkenan mengurniakan wang ganjaran itu bagi mengenang jasa kesemua pegawai dan pemain yang bertungkus-lumus menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti 4-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi sebenar permainan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

 Menurutnya, baginda bertitah, kemenangan kali ini juga begitu istimewa lantaran menang dalam dua perlawanan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

"Ia merupakan kurniaan peribadi baginda yang berkenan memberikan ganjaran RM30,000 setiap seorang kepada semua pemain termasuk pegawai.

"Pada masa sama, FAM juga akan memberikan ganjaran kepada kesemua pemain tidak kira yang beraksi ataupun tidak pada masa terdekat ekoran kejayaan mereka," katanya.

Hamidin yang juga Pengerusi Jawa- tankuasa Pertandingan Tempatan FAM sebelum itu mempengerusikan mesyuarat berhubung Liga Malaysia (Liga-M) 2012 di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Turut hadir Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM, Datuk Afandi Hamzah.

Hamidin memberitahu, skuad bimbi- ngan Ong Kim Swee juga akan berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu pada pertengahan Disember depan bagi diuji sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka di sana.

Dalam pada itu, nasib sama ada dua pasukan, impian Pahang dan Perlis untuk kembali semula ke saingan Liga Super selepas tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan juga masih samar.

Menurut Hamidin, buat masa ini pihaknya masih belum membuat keputusan sama ada mahu menambah bilangan 14 pasukan yang telah layak ke Liga Super, dan sebarang maklumat lanjut berhubung perkara itu hanya akan diketahui selepas ia dibentangkan ke mesyuarat Exco tidak lama lagi.

"Mengikut perbincangan awal, 14 pasukan akan bersaing dalam saingan Liga Super bagi musim depan sebelum hanya 12 pasukan sahaja yang akan bertanding pada 2013,

'Emas bukan faktor nasib'


PARA pemain Malaysia melonjak kegembiraan selepas penjaga gol Indonesia, Kurnia Meiga (terbaring) gagal menyelamatkan sepakan penalti Baddrol kelmarin.



Dua kali berturut-turut memenangi 'ibu emas' temasya Sukan SEA bukan disebabkan faktor nasib atau tuah semata- mata.

Selepas skuad bola sepak bawah 23 tahun (B-23) negara mengakhiri penantian selama 20 tahun dengan meraih emas pada Sukan SEA 2009 di Vientiane, Laos, malam kelma- rin giliran Harimau Muda pula menggapai emas di Stadium Gelora Bung Karno.

Kemenangan 4-3 ke atas Indonesia menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan, membuktikan betapa Malaysia kini semakin digeruni dan dicemburui pihak lawan di pentas Asia Tenggara.

Namun, satu persoalan yang timbul malam kelmarin iaitu bagaimana skuad kendalian Ong Kim Swee mampu menyerap setiap tekanan, bukan sahaja daripada barisan Garuda Muda, malah penyokong-penyokong fanatik Indonesia.

"Inilah yang saya bangga dengan karakter yang dimiliki setiap pemain. Mereka tidak sedikit pun menunjukkan rasa gugup walaupun terpaksa mengharungi perlawanan dengan ejekan dan cemuhan penyokong Indo- nesia.

"Sebelum perlawanan bermula lagi, mental pemain-pemain telah diuji apabila bas yang kami naiki diserang penyokong-penyokong Indonesia. 

"Cuba kamu (pihak wartawan) bayangkan, bagaimana pemain-pemain muda saya mampu mengatasi tekanan yang begitu dahsyat," jelas Kim Swee ketika ditemui sejurus tamat perlawanan malam kelmarin.

Mengulas lanjut, Kim Swee berkata, beliau telah memberi kata-kata semangat kepada barisan Harimau Muda sebelum turun beraksi di hadapan hampir 100,000 penyokong tuan rumah.

"Saya kata kepada para pemain, inilah masanya kita mengajar Indonesia. Tindakan penyokong Indonesia itu membuktikan mereka tidak menghormati raja kita, lagu kebangsaan kita, bendera kita dan ahli keluarga.

"Jadi, para pemain saya telah membuktikan malam ini (malam kelmarin), mereka tidak pernah gentar dengan sebarang teka- nan daripada orang luar," katanya.

Kim Swee mengakui, kejayaan anak-anak buahnya itu cukup manis apabila mereka dapat mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Laos dua tahun lalu.

"Kejayaan ini membuktikan kemenangan Malaysia meraih emas di Laos bukan kerana nasib. Ini membuktikan pengurusan yang cukup baik serta dedikasi daripada semua pihak," kata Kim Swee.

Skuad kendalian Kim Swee hadir ke Jakarta dengan reputasi tinggi bersandarkan kepada kejayaan meraih pingat emas pada Sukan SEA 2009.

Antara kunci utama kejayaan Harimau Muda sudah pasti penampilan beberapa tonggak senior yang diterajui kapten, Baddrol Bakhtiar serta beberapa pemain yang menjulang skuad senior menjuarai Piala Suzuki AFF penghujung tahun lalu.

"Sebelum kami tiba di Jakarta, kami sudah bersedia menerima segala kesulitan dan para pemain juga sudah bersedia dari segi mental.

"Ternyata kehadiran pemain-pemain senior banyak membimbing pemain muda yang pertama kali beraksi pada Sukan SEA. Ini merupakan karakter yang cukup baik kerana purata pemain negara berusia 20 tahun," ujarnya.

Pada temasya kali ini, Kim Swee membariskan enam pemain yang pernah menikmati kejayaan dua tahun lalu iaitu Baddrol, Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd. Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, K. Gurusamy dan Ahmad Fakri Saarani.

Kim Swee turut menyenaraikan Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Fadhli Shaas selain Asraruddin, Muslim dan Mahali yang membarisi skuad senior negara pada kempen Piala Suzuki AFF 2010.

"Saya bernasib baik kerana selain adanya pemain-pemain berpengalaman, majoriti pemain yang ada telah bersama dengan saya sejak awal tahun lagi. Ini membolehkan saya membuat persiapan terbaik bagi menghadapi Sukan SEA,

Monday, 21 November 2011

Najib Ucap Tahniah Kepada Skuad Bola Sepak Sukan SEA Negara

Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah di atas kejayaan skuad bola sepak negara memenangi pertandingan bola sepak Sukan SEA 2011 yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta malam Isnin.

Perdana Menteri berkata: "Syabas dan tahniah Pasukan Malaysia. Saya dan rakyat sungguh gembira, mereka telah bermain penuh semangat," katanya dalam mesej Tweeter beliau.

Kemenangan skuad bola sepak Bawah 23 Tahun Negara kendalian Ong Kim Swee sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi mereka di Laos dua tahun lepas.

Skuad negara mengalahkan pasukan tuan rumah 5-4 melalui penentuan sepakan penalti.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata beliau akan berbincang dengan menteri berkenaan mengenai ganjaran istimewa yang akan diberikan kepada pasukan bola sepak dan pasukan lain yang menunjukkan kecemerlangan pada Sukan SEA Indonesia 2011.

"Saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Sukan cukup bangga kerana prestasi mereka adalah amat baik sekali.

"Bila mereka pulang, kita akan raikan mereka dan bincang dengan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek apakah ganjaran yang sewajarnya akan kita berikan kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini malam Isnin.

Beliau mengikuti pertandingan akhir bola sepak pada majlis Sirim-Industri 2011 di sini.

Muhyiddin berkata kemenangan pasukan negara merupakan petanda bahawa sukan bola sepak khususnya telah kembali cemerlang sebagaimana yang pernah dilihat pada zaman lepas.

"Kita ucapkan syabas kepada FAM, jurulatih, ketua pasukan, menteri dan semua yang terlibat. Kita nampak ada keistimewaan dalam soal jaringan gol dan Alhamdulillah seluruh rakyat Malaysia menyatakan rasa bangga di atas kejayaan ini," katanya.

Sementara itu di Palembang, kejayaan skuad negara turut diraikan warga Malaysia.

Ini adalah hari yang bersejarah buat arena sukan kita. Selain mencapai sasaran pingat yang kita telah tetapkan tetapi juga kita telah memenangi apa yang dikenali sebagai 'ibu kepada segala pingat' malam ini.

"Kemenangan (skuad bola sepak) di Sukan SEA dua kali berturut-turut adalah sesuatu yang begitu manis bagi kita," kata Katua Pengarah Majlis Sukan Negara Datuk Zolkples Embong.

Beliau ditemui semasa menyaksikan siaran langsung perlawanan bola sepak itu di hotel penginapannnya bersama-sama pegawai-pegawai MSN dan beberapa wakil media Malaysia.

"Dalam keadaan pasukan bola sepak kita yang agak kekurangan malam ini, bila kita kehilangan beberapa pemain utama ... mereka telah menunjukan mutu permainan yang sangat baik dan semangat juang tinggi, khususnya bermain di Stadium Gelora Bung Karno.

Skuad Harimau Muda Disambut Meriah

Skuad Harimau Muda negara yang merangkul emas dalam acara bola sepak Sukan SEA ke-26 Indonesia di Jakarta malam tadi, disambut meriah sejurus tiba di Lapangan Terbang LCCT di sini, Isnin.

Kira-kira 1,000 penyokong berada di lapangan terbang itu untuk menyambut pasukan negara yang tiba pada 7.30 pagi dengan pesawat khas dari Jakarta.

Malaysia menundukkan Indonesia 4-3 melalui penentuan sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam perlawanan penuh dan masa tambahan pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Utama Gelora Bung Karno malam tadi.

Kejayaan itu sekaligus membolehkan negara mempertahankan emas yang dimenangi di Laos dua tahun lepas.
Turut mengiringi skuad kebangsaan pulang ialah Menteri Belia dan Sukan DatukSeri Ahmad Shabery Cheek serta beberapa pegawai Majlis Sukan Negara (MSN).

Skuad negara akan menentang Syria pada perlawanan kelayakan Olimpik diStadium Nasional Bukit Jalil Rabu.

Sementara itu, jurulatih Ong Kim Swee berkata walaupun pelbagai rintangan dihadapi di Indonesia, namun semangat membara semua pemain dan pegawaimenyebabkan mereka berjaya mengharunginya.

"Semangat inilah yang perlu ditunjukkan pasukan kita ketika menentang Syria," katanya kepada pemberita setibanya di lapangan terbang.