![]() SKUAD Olimpik negara bergambar kenangan sejurus tiba di KLIA, Sepang dari Slovakia malam kelmarin. |
MISI Slovakia dianggap berjaya. Kini skuad bola sepak Olimpik negara berazam menggegarkan Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun pada aksi sulung Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun pada 21 September depan.
Atas kertas, tinggal kira-kira tiga minggu sahaja lagi buat ketua jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee memperkemaskan persiapan menjelang pertemuan dengan skuad gergasi Asia itu.
Apa yang pasti, pendedahan serta pengalaman berguna selama lima minggu
di Slovakia harus diteruskan momentumnya sepanjang tempoh tiga minggu ini.
Selama berada di Slovakia, skuad Olimpik negara mencatat lima kemenangan daripada tujuh perlawanan persahabatan.
Tepat pukul 9.35 malam kelmarin, barisan pemain muda negara
itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.
Skuad Olimpik negara bakal diuji lagi dalam dua perlawanan persahabatan yang dijadual berlangsung
di Kuala Lumpur iaitu bertemu kelab Iraq, Al-Arbil pada 9 September dan skuad Olimpik Oman
(14 September).
“Dua perlawanan ini akan dijadikan persiapan terbaik sebelum kita berlepas ke Jepun pada 16 September untuk menyesuaikan diri dengan keadaan
di Tosu,” jelas Kim Swee.
No comments:
Post a Comment