Monday, 29 August 2011

Memang gambar saya – Apek


GAMBAR Khairul Fahmi dan Dalia yang dikatakan diambil di Universal Studio di Singapura.

SEPANG – Kapten skuad bola sepak Olimpik negara, Khairul Fahmi Che Mat akhirnya tampil membuat pengakuan bahawa beliau adalah individu yang berpegangan tangan dengan model sambilan, Dalia Teck, 18, dalam sekeping gambar yang tersebar di Internet sejak awal bulan ini.

Pada masa sama, Khairul Fahmi, 22, atau lebih mesra dipanggil Apek turut mengesahkan bahawa beliau kini secara rasmi bukan lagi bergelar tunangan kepada Aimie Harmelia Mohd. Hashumi, 22, atau Elia setelah cincin pertunangan sudah pun dipulangkan.

“Memang itu gambar saya. Saya dengan dia (Dalia) pun mula bertambah rapat selepas saya menghadapi masalah dengan Elia. Jadi apabila isu putus tunang ini timbul, dia dikaitkan sebagai orang ketiga.

“Tapi bagi saya dia bukanlah punca saya dan Elia putus tunang kerana hubungan kami sememangnya telah menghadapi masalah sebelum itu lagi,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini malam kelmarin.

Khairul Fahmi bersama-sama 26 pemain skuad Olimpik negara yang lain tiba dari Slovakia setelah sebulan berada di sana untuk sesi latihan dan siri perlawanan persahabatan sebagai persediaan menghadapi aksi sulung pusingan akhir Zon Asia, Kelayakan Olimpik 2012 bertemu Jepun di Tosu.

Gambar Khairul Fahmi dan Dalia yang dikatakan diambil ketika mereka bersiar-siar di Universal Studio di Singapura telah tersebar di laman sosial dan blog tetapi tiada sebarang komen balas diperoleh ketika itu memandangkan beliau di Slovakia.

Menjelaskan tentang pemulangan cincin pertunangannya kepada keluarga Elia, Khairul Fahmi berkata, urusan tersebut telah diselesaikan oleh keluarga angkatnya sewaktu beliau berada di Slovakia.

“Memang ketika saya berlepas ke Slovakia (pada 3 Ogos lalu), isu putus tunang ini masih belum diselesaikan dengan sepenuhnya.

“Memandangkan keluarga saya berada jauh di Kota Bharu, saya telah menyerahkan cincin itu kepada keluarga angkat saya di Kuala Lumpur dan mereka sudah pun berjumpa dengan keluarga Elia untuk memulangkan semula cincin ketika saya di Slovakia.

“Saya harap segala isu berkaitan putus tunang ini selesai dengan baik dan tidak timbul lagi masalah selepas ini,” ujar penjaga gol skuad Liga Super Kelantan itu.

Tanpa mahu memikirkan hal itu lagi, Khairul Fahmi yang juga penjaga gol utama skuad bola sepak kebangsaan kini mahu mengorak langkah dengan memberi fokus penuh terhadap kariernya.

“Ketika bertugas, saya akan beri seratus peratus. Saya mahu jaga karier saya. Banyak lagi perkara yang saya perlu fokus terutama untuk mengharungi saingan Kelayakan Olimpik 2012.

“Jadi saya tak mahu isu-isu di luar padang seperti ini mengganggu atau menjejaskan tumpuan saya di atas padang,” jelas Khairul Fahmi.

Kami bagai satu keluarga – Khairul Fahmi

LIMA minggu berkampung di Slovakia bukan saja memberi peluang kepada skuad Olimpik negara memberi fokus terhadap sesi latihan serta mengharungi tujuh perlawanan persahabatan.

Malah tempoh tersebut juga sebenarnya penting bagi membentuk serta mengeratkan lagi perhubungan di antara 30 pelatih skuad negara bagi memastikan mereka lebih memahami antara satu sama lain.

Ini kerana, daripada 30 pelatih tersebut, hanya 20 pemain yang sudah biasa tinggal bersama kerana mereka beraksi untuk skuad Harimau Muda A dalam saingan Liga Super.

Baki 10 lagi pemain merupakan mereka yang beraksi dengan pasukan lain iaitu Khairul Fahmi Che Mat (gambar) dan Izuan Solahudin (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur), Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS), Azrul Azmi (Felda United) serta Nazmi Faiz Mansor dan Syazwan Tajuddin (Harimau Muda B).

Hal itu diakui sendiri Khairul Fahmi, 22, atau lebih popular dipanggil Apek yang merupakan kapten skuad Olimpik negara.

“Sepanjang berada di Slovakia, kami dapat belajar banyak perkara dan segalanya tampak semakin baik dari hari ke hari.

“Pemain-pemain yang baru dipanggil pertama kali pada kem latihan kali ini juga telah menunjukkan prestasi yang baik dan kesemua mereka bersaing untuk merebut tempat.

“Apa yang penting ialah persiapan untuk menghadapi Jepun. Jurulatih (Ong Kim Swee) telah banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan kepada semua pemain.

“Malah sepanjang lima minggu di Slovakia ini, kami dah macam satu keluarga dan kini lebih mengenali dengan rapat antara satu sama lain,” kata Khairul Fahmi ketika ditemui Kosmo! sejurus tiba di KLIA, Sepang malam kelmarin.

Ditanya tentang persediaan fizikal dan mental bagi menghadapi Jepun pada 21 September depan, Khairul Fahmi berkata, perlawanan persahabatan bertemu pasukan kuat di Slovakia telah memberi serba sedikit bayangan.

“Setiap kali turun bertemu kelab di Slovakia tempoh hari, kami menganggap ia seperti menentang pasukan Jepun.

“Alhamdulillah kami berjaya mempamerkan prestasi yang baik dengan memenangi lima perlawanan dan hanya tewas dua kali. Harap prestasi baik ini terus dikekalkan sehingga pertemuan dengan Jepun,” jelas penjaga gol Kelantan itu.

Namun komitmen bersama skuad Olimpik memaksa Khairul Fahmi melupakan seketika empat aksi awal peringkat kumpulan Piala Malaysia bersama Kelantan yang bermula 6 September ini.

“Bagi saya yang penting adalah perjuangan negara. Jadi saya perlu beri fokus sepenuhnya terhadap tugas bersama skuad Olimpik ini terlebih dahulu.

“Selepas perlawanan menentang Jepun, barulah saya boleh fikir untuk membantu Kelantan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia,” ujarnya.

Sepanjang ketiadaan Khairul Fahmi, gawang skuad Kelantan akan dikawal penjaga gol kedua mereka, Shahrizan Ismail.

Misi gempur Jepun

SKUAD Olimpik negara bergambar kenangan sejurus tiba di KLIA, Sepang dari Slovakia malam kelmarin.


MISI Slovakia dianggap berjaya. Kini skuad bola sepak Olimpik negara berazam menggegarkan Stadium Tosu, Fukuoka, Jepun pada aksi sulung Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun pada 21 September depan.

Atas kertas, tinggal kira-kira tiga minggu sahaja lagi buat ketua jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee memperkemaskan persiapan menjelang pertemuan dengan skuad gergasi Asia itu.

Apa yang pasti, pendedahan serta pengalaman berguna selama lima minggu
di Slovakia harus diteruskan momentumnya sepanjang tempoh tiga minggu ini.

Selama berada di Slovakia, skuad Olimpik negara mencatat lima kemenangan daripada tujuh perlawanan persahabatan. 

Tepat pukul 9.35 malam kelmarin, barisan pemain muda negara
itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Skuad Olimpik negara bakal diuji lagi dalam dua perlawanan persahabatan yang dijadual berlangsung
di Kuala Lumpur iaitu bertemu kelab Iraq, Al-Arbil pada 9 September dan skuad Olimpik Oman
(14 September).

“Dua perlawanan ini akan dijadikan persiapan terbaik sebelum kita berlepas ke Jepun pada 16 September untuk menyesuaikan diri dengan keadaan
di Tosu,” jelas Kim Swee.

safiq cuti dua hari



JIKA boleh diberi perumpamaan, kesibukan Safiq mengalahkan menteri! Namun itu adalah pengorbanan yang harus dibuat apabila dia berikrar untuk memikul tanggungjawab mengharumkan nama negara melalui kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional Malaysia.
 
Menurut anak sulung daripada dua beradik ini, walau tidak mempunyai perlawanan, dia dan anggota pasukan yang lain tetap wajib melakukan rutin latihan pada setiap hari, termasuk pada bulan Ramadan.

"Cuti raya juga hanya dua hari iaitu hari ini dan esok. Kemudian, jadual harian saya menjadi seperti biasa dan seminggu selepas raya, saya sudah mempunyai perlawanan besar iaitu Asia Cup," katanya yang sudah menjadi pemain negara sejak berusia 14 tahun.

Wajib memiliki dua pasang baju Melayu setiap kali Syawal hadir, si penggemar lemang, ketupat, nasi impit dan rendang ini saat ditanya tentang definisi raya memberi satu penjelasan tanpa huraian yang panjang. Aidilfitri bermakna hari kemenangan. Katanya, menang daripada semua segi.

Ketika ditanya tentang ulang tahun kemerdekaan negara ke-54 yang jatuh seiring Aidilfitri, dia memberitahu: “Nikmat sebenar merdeka sebenarnya lebih dirasai oleh generasi yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara dulu.

"Kita, sebagai generasi baru harus menyambung legasi ini dengan aspirasi yang tinggi terhadap apa yang kita peroleh pada hari ini."

Malah dia sebagai anak muda yang baru menginjak usia 24 tahun menzahirkan patriotisme dengan bertarung bersungguh-sungguh di padang bola. Katanya, dia tidak bertarung untuk diri sendiri, tapi untuk sekurang-kurangnya membuat nama negara harum, biarpun dalam pertarungan adakalanya mereka tewas tetapi itu bukti cinta dia terhadap bumi bernama Malaysia.

Friday, 26 August 2011

Safiq ke Eropah

SAFIQ (kiri) bakal menyarung jersi Cardiff City dalam Liga Divisyen 2 England.


KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan.

Semalam, pemain tengah Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.

“Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.

“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).

“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.

“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.

“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.

Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.

Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.

Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

Tuesday, 9 August 2011

(30 GAMBAR)Keluarga Bahagia Rita Rudaini & Aidil

Hmmm. Dari dulu lagi akutertanya-tanya kenapa ramai pembaca yang gemar menghantar gambar dan cerita mengenai Rita Rudaini, Aidil dan anak-anaknya. Mungkinkah anda melihat mereka sekeluarga sebagai idola?

rita dan aidl

Namun sesungguhnya aku respek kepada ketabahan suami isteri ini yang begitu cekal menghadapi dugaan rumah tangga. Ternyata pengorbanan mereka sangat berbaloi dan kini tampak bahagia di samping anak-anak tercinta. 

Lagi 29 keping gambar keluarga bahagia Rita Rudaini dan Aidil dengan membaca entri ini sepenuhnya.


rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl
rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

rita dan aidl

Saya Bersyukur Diberi Ujian Sebegini – Elia Jejari Runcing

Rasanya ramai yang menanti penjelasan daripada tuan punya badan iaitu Elia atau lebih dikenali dengan nama Jejari Runcing di dunia blog tentang perpisahannya dengan penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama Apek. Hari ini Jejari Runcing telah mengupdate blognya dan menjawap beberapa persoalan mengenai pertunangannya, status blognya, dan macam-macam lagilah.

elia jejari runcing

Daripada apa yang saya  baca, sesungguhnya Elia sangat tabah orangnya, sangat tenang semasa menulis update di blognya dan harus dihormati pendapatnya. Paling saya respek ialah ayat-ayatnya yang menunjukkan betapa dia pasrah dengan dugaan yang menimpa dirinya. Sesungguhnya hanya mereka yang terpilih sahaja mendapat dugaan sebegini daripadaNya.
Namun, disebalik segala kedukaan ini saya sangat bersyukur kehadrat Ilahi kerana Dia telah memberi ujian sebegini.Setelah melakukan solat istiqharah dan beberapa solat hajat, akhirnya Engkau beri petunjuk dan membuka “hijab” yg selama ini tertutup. Alhamdulillah kerana telah memilih hambamu yang serba kekurangan ini untuk diuji dan diberi petunjuk. Dan dengan ujian ini telah menjadikan saya lebih kuat dan tabah dari hari-hari sebelum. Saya yakin ada hikmah disebalik segala kejadian ni. Kebenaran itu walau pahit dan sukar diterima namun itu semua ketentuanMu. takdirMu ku terima dengan hati yang terbuka. Aku redha dengan segala yang telah Kau rancangkan ke atasku.
Dan Elia ternyata tampak matang apabila tidak lagi mahu menuding jari kepada sesiapa tentang kegagalan pertunangannya. saya sangat-sangat RESPEK dan kagum dengan Elia yang mampu membuat keputusan sebegini. Bukan senang untuk kita memendam perasaan tetapi nampaknya Elia redha dengan takdir yang ditentukan kepadanya.
Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.
elia jejari runcing

Dan Elia meminta kepada mereka-mereka yang mengutuk, menghina dan mencaci kaum keluarganya supaya tidak lagi berbuat demikian. Kata Elia ada benarnya jugak. Kalau darah daging kita yang terkena benda sebegini, mungkin kita juga akan bertindak sama seperti yang dilakukan oleh kaum keluarga Elia. Harapan semoga keluarga Elia tabah menghadapi dugaan sebegini.
Selain itu, saya nak panjangkan ucapan terima kasih kepada keluarga tersayang yang telah banyak memberi sokongan sepanjang saya melalui frasa yang sukar ini. Terima kasih di atas doa dan nasihat yang tak putus-putus. Saya bersyukur sangat sebab ada keluarga yang sangat memahami dan mengambil berat soal diri ni. They’ve been by my side the whole time. Without them, i don’t know what would happen to me. Walaupon ada segelintir yang kurang berpuas hati dengan cara mereka meluahkan perasaan tapi pernah tak korang cuba letakkan diri korang di tempat mereka? Jika darah daging kamu sendiri disakiti, adakah kamu akan berdiam diri? I don’t know about u but other people have different ways of dealing things. So i would pretty much appreciate it if you guys berhentilah mengata atau menghina keluarga saya. Tapi if korang nak mengutuk juga terpulanglah. Kubur masing-masing, dosa tanggung sendiri ye dop?
Untuk versi penuh luahan hati Elia, anda boleh membacanya sendiri di blog Jejari Runcing. Kepada Elia, kami doakan anda tabah menghadapi dugaan ini. Sesungguhnya setiap dugaan ada hikmahnya. Siapa benar atau siapa salah tak penting, apa yang penting ialah pengajaran yang diambil daripada peristiwa ini.. Sesungguhnya kalau Apek bukan untuk anda, maknanya ada yang lebih baik menanti anda di masa hadapan.

“Perit… Cukup Perit Hanya Tuhan Yang Tahu” – Elia, Bekas Tunang Khairul Fahmi.


Aimie Harmelia (Elia), bekas tunang penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengeluarkan kenyataan berhubungan perasaannya selepas kontroversi putus tunang di laman blog, Jejari Runcing, hari ini.
Dalam kenyataannya yang terkini, Elia mengakui krisis yang berlaku kepada dirinya baru-baru ini merupakan ujian yang paling hebat sepanjang 22 tahun hidup di muka bumi.
“Seperti yang anda sedia maklum, saya dan MIA (merujuk kepada Khairul Fahmi) dah putus tunang. Walaupun belum secara rasmi mengikut adat, tapi hakikatnya memang bagi saya kami sudah tiada ada apa-apa hubungan. Perkara yang saya lalui ni sangat perit dan bukan perkara kecil. Sepanjang hidup selama 22 tahun ni, ini merupakan dugaan terbesar yang pernah saya tempuh. Siapa yang tak sedih apabila baru 2 bulan mengecapi kebahagiaan bergelar tunangan orang dan tak sampai 4 bulan lagi kami bakal menjengah ke alam perkahwinan, namun impian itu terputus di tengah jalan dan tak berakhir dengan cara yang diharapkan, ” kata Elia menerusi laman blognya.
Elia juga menyatakan dia enggan menunding jari kepada mana-mana pihak atas krisis hubungannya bersama penjaga gol berkenaan. Baginya, semua yang berlaku adalah takdir tuhan dan dia sedar akan salah & silapnya.
“Tak perlulah dibahaskan punca sebenar keputusan kami untuk putuskan pertunangan ini. Tak guna kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dari yang Maha Esa. Memang saya akui, masing-masing ada salah dan silap. Segala punca dan cerita secara details biarlah hanya saya, dia dan Allah sahaja yang tahu. Tak perlulah saya nak mengaibkan mana-mana pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. The last thing i ever want to do is to hurt those people i truly love.”
Pada masa yang sama, Elia meminta jasa baik orang ramai supaya berhenti mengata & menghina keluarganya.
So i would pretty much appreciate if you guys berhenti mengata atau menghina keluarga saya. Tapi if korang nak mengutuk juga terpulanglah. Kubur masing-masing, dosa tanggung sendiri ye dop?
Ada segelintir pihak sudah mula memperkatakan penerbitan novel kisah cinta Elia bersama penjaga gol Malaysia. Setakat ini, pihak kami masih tiada kepastian daripada Elia sendiri berkenaan desas-desus tersebut.

Terserlah Naluri Seorang Abang (Khairul Fahmi) Terhadap Adiknya (Dahlia Teck)

Kata orang, seorang abang tugasnya ialah melindungi adiknya sepanjang masa. Dan nampaknya Khairul Fahmi sememangnya sedang menjalankan tugas itu dengan baik. Khabarnya gambar di atas di ambil semasa Khairul Fahmi dan Dahlia Teck berjalan-jalan di Universal Studio Singapore.

apek kantoi

Confirm Dahlia Teck terharu biru mendapat seorang abang yang protective begini. Bukan apa, jalan kat negara orang kan tak biasa sangat. Senang sesat. Jadi selaku seorang Abang sudah tentu menjadi tanggungjawap untuk memimpin tangan adiknya. Tak gitu?

apek kantoi

Ce tengok wajah Apek di bawah. Memang terserlah naluri, sifat dan kekacakan seorang abang.

apek kantoi

Korban Piala Malaysia


KHAIRUL FAHMI antara pemain skuad Olimpik yang tidak dapat beraksi pada awal kempen Piala Malaysia.



DEMI tugas antarabangsa, tujuh pemain skuad Olimpik terpaksa melupakan hasrat beraksi bersama pasukan negeri masing-masing pada aksi awal Piala Malaysia bermula 6 September depan.

Ini kerana, Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Izuan Solahuddin (Kelantan), Zubir Azmi (Terengganu), Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan), Faizal Abu Bakar (Kedah), Ahmad Hazwan Bakri (Kuala Lumpur) dan Azrif Nasrulhaq Badrul (PKNS) terikat dengan kem latihan pusat.

Ia sebagai persiapan menghadapi perlawanan sulung Kumpulan C, pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun di Tosu, Fukuoka pada 21 September depan.

“Selepas pulang dari latihan selama sebulan di Slovakia pada 28 Ogos depan, para pemain hanya diberi cuti beberapa hari untuk menyambut hari raya sebelum kembali menyambung latihan.

Wednesday, 3 August 2011

Siapa Wanita Di Sebalik Pantulan Cermin Mata Hitam Khairul Fahmi?

Berikut adalah maklumat dan gambar yang diterima daripada seorang pembaca yang menggelarkan dirinya Nureen.

khairul fahmi kantoi
name saye nureen,berasal dari Serdang Raya saya bkerja d palace of the golden horses, cube abg nara zoom pic khairul fahmi ni.. seorang perempuan yg mgambil gmbr nye dan di dalam suite hotel palace of the golden horses. nama khairul fahmi ade trcatit dlm guest list on 17 July 2011 mase tuh mmg pasukan malaysia ade mginap d POGH, tp bkn under name individu, name khairul fahmi ade dlm guest list on 17July to, selepas pasukan malaysia menetang arsenal dan tgu mse tuk menetang liverpool. ni bkn cite kosong, tp sye hnye nk reveal ape yg brlaku..saya x brpihak pd sape2.
Harap Khairul Fahmi dapat beri penerangan mengenai hal ini. Kemungkinan besar wanita tersebut ialah adik beradik/sedara mara Khairul Fahmi.

Safee Sali & Amirul Hadi Digelar Monyet Oleh Isteri Ketua Pasukan Singapura

Manusia yang menggelarkan manusia lain monyet, sebenarnya dia ialah monyet. Panas hati betul dengan kenyataan dalam Twitter oleh Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak. Ada ke patut dia cakap gaya Safee Sali dan Amirul Hadi di bawah ialah gaya monyet?

monyet

 rasanya kalau suami dia yang buat style bicycle kick macam nie mesti dia akan kata handsome macam Cristiano Ronaldo walaupun bicycle kick setakat kena angin. Dah menang pun still nak kutuk pasukan Malaysia lagi. Susah orang yang mentaliti macam nie. Mungkinkah otak Hidayah yang sebenarnya otak M___YET?

Tak sabar nak tunggu Safee Sali buat jaringan gol guna bicyle kick lepas tue buat gaya monyet untuk celebrate especially kalau lawan Singapura. Baru epik.

Harimau Muda garang di Slovakia





SKUAD Olimpik negara semakin garang di Slovakia. Semalam mereka mencatat kemenangan ketiga berturut-turut pada siri aksi persahabatan di negara tersebut dengan menewaskan kelab Liga 1 Slovakia, Tatran Liptovsky Mikulas 2-1. Slovakia kini menduduki ranking ke-29 dunia dan pernah layak ke pusingan akhir Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Pada kempen di Afrika Selatan itu, Slovakia berjaya melangkah ke pusingan kedua melibatkan 16 pasukan terbaik sebelum tewas 1-2 kepada Belanda. Dalam dua perlawanan sebelum ini, skuad bimbingan Ong Kim Swee itu berjaya menewaskan Bodva Moldava 1-0 pada 26 Julai lalu dan Topvar Topolcany 2-1 pada Sabtu lalu. Menurut Kim Swee, secara keseluruhannya, persembahan para pemainnya semakin menunjukkan peningkatan, namun masih banyak yang boleh diperbaiki.

"Perlawanan ini cukup sengit dengan intensiti yang cukup tinggi. Pemain telah berjaya mengawal permainan dengan baik. “Tapi pada babak kedua, kita kurang mengasak apabila pasukan lawan memberi tekanan terutama di bahagian tengah,” kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Pada perlawanan itu, dua gol skuad Olimpik negara dijaringkan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-11 dan Irfan Fazail minit ke-86 sebelum Mikulas merapatkan kedudukan menerusi tandukan Virgala Thomas pada minit ke-88.

Kim Swee menurunkan enam pemain kesebelasan bertemu Moldava iaitu Fandi Othman, Amer Saidin, Gary Steven Robbat, Zubir Azmi, Shukor Jusoh dan Irfan serta tiga pemain kesebelasan bertemu Topolcany iaitu Ferris Danial Mat Nasir, Azrif Nasrulhaq Badrul dan Hazwan. Dua lagi pemain iaitu penjaga gol, Zamir Selamat dan Syahrul Azwari Ibrahim turun buat kali pertama dalam kesebelasan utama. 

“Sepanjang separuh masa kedua, saya membawa masuk Izuan Solahuddin, Wan Zack Haikal Wan Nor, Nazirul Naim Che Hashim, Affize Faisal Mamat, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan A. Thamil Arasu,” ujar Kim Swee. Untuk aksi keempat, skuad Olimpik negara akan bertemu kelab Hungary, Honved Budapest pada Selasa depan.

Penyudah skuad Olimpik semakin berbisa

Pengendali skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee mungkin boleh sedikit tersenyum lebar dengan tahap penyudah yang dipamerkan oleh barisan serangannya dalam tiga perlawanan persahabatan di Slovakia.

Lima gol yang tercipta sudah cukup menceritakan bahawa skuad Olimpik yang bertapa di Slovakia selama sebulan ini semakin menunjukkan perkembangan positif bagi menempuh gelora pusingan akhir kelayakan Olimpik yang dijadualkan berlangsung September depan.

Pada perlawanan yang terakhir, Selasa lepas skuad Olimpik berjaya membenam MFK Topvar Topolcany 2-1, kali ini hasil sumbangan penyerang Kuala Lumpur, Ahmad Hazwan Bakri dan pemain tengah, Mohd. Irfan Fazail.

Sebelum itu, dalam perlawanan sulung, skuad Olimpik menang tipis 1-0 ke atas FK Bodva Moldova 1-0 hasil jaringan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan meneruskan rentak kemenangan 2-1 semasa pertemuan dengan MFK Topvar Topolcany, jaringan dicipta penyerang muda, Mohd. Ferris Danial dan Fandi Othman.

Biarpun begitu, Kim Swee berkata, dia hanya boleh membuat rumusan yang tepat terhadap barisan serangan selepas empat perlawanan persahabatan terakhir di Slovakia.

''Kita berjaya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan, itu perkara yang membuatkan saya cukup gembira selepas tiga perlawanan dilalui di sini.

''Namun ia masih terlalu awal untuk menyatakan tahap penyudah pemain sudah berada di tahap menyakinkan cuma saya harapkan petanda positif ini akan berterusan," katanya yang dihubungi, semalam.

Tambahnya, apa yang mustahak, dia melihat tahap keyakinan pemain sudah menjangkau jauh jika mahu dibandingkan aksi mereka dalam dua musim terdahulu.

''Mereka semakin berani membuat keputusan dan tahap disiplin juga semakin baik dari setiap perlawanan.

''Cuma yang saya kurang berpuas hati sedikit, tahap konsentrasi pemain yang saya lihat tidak konsisten terutamanya sehingga 90 minit perlawanan pada perlawanan semalam.

''Gawang kita boleh bocor pada masa kecederaan ekoran pemain sudah hilang fokus, saya harap ia tidak berulang lagi selepas ini, mereka sepatutnya kekalkan konsentrasi jika tidak mahu lawan menghukum kita," katanya.

Skuad Olimpik bakal berdepan kelab Divisyen Satu Hungary, Budapest Honved FC pada 9 Ogos ini dan akan mendapat kembali sentuhan tujuh pemain yang beraksi bersama skuad Harimau Malaya selepas tiba di Slovakia hari ini.

Mereka adalah ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, Mohd. Fadhli Shas, Mohd. Muslim Ahmad, Mahalli Jasuli, K. Gurusamy, Izzaq Faris Ramlan dan Ahmad Fakri Saarani.

Harimau Malaya tunggu Indonesia, tidak jadi lawan Oman

Oman secara mengejut membatalkan aksi persahabatan antarabangsa di sana antara 8 hingga 10 Ogos ini sekali gus meninggalkan Harimau Malaya kini cuma memiliki Indonesia sebagai lawan.

Ketua jurulatih negara, Datuk K. Rajagobal mengesahkan pembatalan itu selepas diberitahu sekretariat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menerima surat rasmi, semalam tetapi yakin akan mendapat satu lagi pasukan pengganti.

"Oman mungkin mempunyai komitmen lain lalu membatalkannya tetapi saya yakin ada pasukan lain yang telah layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 mahu mengadakan persahabatan dan inilah peluang bagi pasukan kita.

"Mungkin pasukan itu ialah kalangan mereka yang sudah diundi sekumpulan dengan Singapura, Thailand dan Indonesia yang mahu menilai awal kemampuan dan tahap lawan dari rantau Asia Tenggara," katanya di Wisma FAM, semalam.

Dalam siaran media FAM semalam, anak buah Rajagobal cuma disahkan menentang Selangor dalam perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, Sabtu.

Mengenai cadangan supaya penasihat atau pengarah taktikal dilantik membantu tugas jurulatih kebangsaan ekoran aksi tidak konsisten Harimau Malaya, katanya, "jika ia satu pandangan yang baik, biarlah pengurusan FAM sebagai majikan yang menentukannya.

Bola Sepak Akan Diadakan Di Stadium Gelora Bung Karno Dan Lebak Bulus

Perlawanan bola sepak Sukan SEA Indonesia pada November ini akan diadakan di dua venue iaitu stadium Gelora Bung Karno di pusat bandar Jakarta dan stadium Lebak Bulus, di selatan pusat bandar.

Jawatankuasa penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) dipetik oleh Jakarta Post sebagai berkata stadium Gelora Bung Karno mempunyai kapasiti 88,000 penonton manakala stadium Lebak Bulus boleh memuatkan 15,000 penonton.

Keputusan untuk menjadual semula semua venue perlawanan bola sepak ke Jakarta dibuat selepas tuan rumah bersama, Palembang, secara rasmi mengesahkan ia tidak boleh menjadi tuan rumah pada perlawanan kelayakan kumpulan sebelummajlis perasmian Sukan SEA pada 11 November.

Stadium Jakabaring di Palembang dijangka dikecualikan daripada semua aktiviti menjelang majlis perasmian itu.

Indonesia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-26 di dua venue, Jakarta dan Palembang dari 11 hingga 22 November.

Perlawanan Persahabatan Malaysia-Oman Ditunda

Perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Oman yang dijadual 10 Ogos ini telah ditunda.

Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan Rabu berkata sementara menanti tarikh baru yang akan ditetapkan, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad "The Red Giants" Selangor.

Perlawanan persabahatan Harimau Malaya-Selangor itu akan diadakan pada pukul 10 malam, Sabtu ini di Stadium Shah Alam.

Seramai 25 pemain yang dipanggil untuk menjalani latihan persediaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan Oman melapor diri di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Harimau Malaya Asah Taring Jumpa Gergasi Merah Kuning

Sebagai menggantikan aksi persahabatan menentang Oman yang terpaksa dibatalkan, skuad bolasepak kebangsaan bimbingan Datuk K.Rajagobal akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang skuad Liga Super Selangor pada 6 Ogos (Sabtu) ini.

Perlawanan dijadual berlangsung jam 10 malam, di Stadium Shah Alam, dan peminat dialu-alukan hadir memberikan sokongan, sama ada kepada pasukan kebangsaan mahupun Gergasi Merah Kuning.

Apapun, Harimau Malaya akan beraksi tanpa kelibat beberapa pemain, termasuklah penyerang sensasi, Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan (cedera), Khairul Fahmi Che Mat dan kesemua pemain Harimau Muda yang kini berada di Slovakia untuk persiapan Kelayakan Olimpik.

Bagi Selangor, ini peluang terbaik mempersiapkan pasukan menghadapi saingan Piala Malaysia yang akan bermula selepas Hari Raya Aidilfitri, seterusnya mencuba beberapa pemain baru yang didapatkan secara pinjaman dari skuad Harimau Muda B, antaranya Haziq Zikri Elias.

Untuk makluman, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor, Datuk Hamidin Amin akan memainkan peranan selaku Pengurus Pasukan, mengambil alih tugas berganda dipikul K.Devan selaku Ketua Jurulatih dan Pengurus sebelum ini.

Sakit Hati, Situs Singapura Dihack Fans Malaysia

Sakit Hati, Situs Singapura Dihack Fans Malaysia    

Buntut kekalahan timnas Malaysia dari Singapura di laga kualifikasi Piala Dunia putaran kedua beberapa waktu kemarin berbuah panjang, kini pertempuran berlanjut di dunia maya.

Beberapa situs milik negara Singapura, termasuk situs Singapore Cars Online mendapatkan serangan hacker yang diduga berasal dari Malaysia, yang sakit hati karena tim kebanggaan mereka harus tersingkir dari sang rival.

Laman situs tersebut dihack dengan oleh seseorang yang menyebutkan dirinya sebagai M43L Tro0P3rs, sembari menyertakan foto dari striker timnas Malaysia, Mohd Safee Mohd Sali.

Dalam sabotase situs tersebut dicantumkan beberapa kata-kata kasar, juga kalimat yang menerangkan bahwa pihak Malaysia kesal dengan Singapura, yang disebut telah bermain kasar, curang, serta hanya bisa menang karena pemain-pemain asing yang ada di tim mereka.

Di bagian penutupan hacker tersebut memberikan pernyataan kepada pihak pimilik situs Singapore Cars Online, "Jangan khawatir kami tidak menghapus data yang ada di data base kalian"

Diduga aksi ini didalangi oleh dua hacker yang berinisial 'Ar3z M43L Sr' dan 'Ap3k M43L Jr', namun pemeriksaan sendiri masih terus berlanjut hingga saat ini.

Ulah Hacker Malaysia ini, mendapatkan sejumlah tanggapan dari pengguna internat asal Singapura, salah satu yang bernama 'Zerocool' menyebut tindakan ini sebagai bukti bahwa Singapura tidak perlu lagi ikut ke turnamen Piala Malaysia.

"Bukankah kita sudah cukup? Ini adalah alasan lain mengapa kita tidak harus bergabung kembali ikut ajang Piala Malaysia, karena hal ini menunjukkan bahwa permusuhan antara Singapura dan Malaysia telah dapat dinyatakan secara terbuka."

"Ini jelas bukan tren sehat yang ingin kita lihat. Jika mereka tidak menginginkan kita, lalu mengapa kita merasa perlu merangkak kembali kepada mereka?"

"Kami hanya harus melupakan segala hal tentang Piala Malaysia. Kami tidak butuh omong kosong ini," tutupnya dalam komentar yang ia tulis.

Timnas Malaysia sendiri harus tersingkir dari sang tetangga Singapura berkat agregat gol 4-6 di babak kedua penyisihan Piala Dunia 2014 yang lalu, ketika bermain 1-1 di leg kedua dan kalah telak 3-5 di pertemuan perdana.

Khairul Fahmi Pulangkan Cincin Pertunangan.

                                                                                                                                                             Penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat, 22 mengesahkan akan memulangkan cincin pertunangan melalui keluarga angkatnya mengikut adat melayu sekaligus memberikan tanda penamat hubungannya bersama bekas tunang, Aimie Harmelia Mohd Hashumi atau lebih dikenali sebagai Elia, 22.


Optimis dan akur dengan takdir, Khairul Fahmi yang kini berada di Kelantan mengharapkan keluarga angkatnya di Kuala Lumpur dapat menyempurnakan istiadat pemulangan cincin pertunangan kepada keluarga pihak perempuan dalam masa terdekat. Walau bagaimanapun, Khairul Fahmi tidak dapat hadir bersama kerana akan menjalani latihan bersama skuad olimpik di Slovakia sehingga akhir bulan puasa ini.

Krisis hubungan mereka mula tercetus apabila Elia, pemilik blog Jejari Runcing mengeluarkan kenyataan berunsurkan kritikan terhadap Khairul Fahmi Che Mat di laman Facebooknya. Elia mendakwa Khairul Fahmi mula berubah dan bersikap kurang ajar terhadap ibunya. Bagai api dicurah minyak, pelbagai spekulasi mula diperkatakan apabila seorang gadis yang dikenali sebagai Dahlia Teck dilibatkan mempunyai hubungan skandal bersama penjaga gol Malaysia ini.


Selepas perlawanan Malaysia Vs Singapura tempoh hari, Khairul Fahmi telah memutuskan hubungan pertunangannya bersama Elia melalui sebuah akhbar tempatan pada hari Sabtu yang lepas. Tujuan Khairul Fahmi berbuat demikian atas alasan itu adalah langkah terbaik demi menjaga hati semua pihak.

Walaupun begitu, keesokan harinya Khairul Fahmi menerima kenyataan balas daripada Elia yang mendakwa bekas tunangnya benar-benar mempunyai hubungan sulit serta mempunyai bukti yang menyokong dakwaan tersebut.

Dan hari ini, Khairul Fahmi berharap dapat menyelesaikan krisis pertunangan ini dengan cara baik.

Safee Sali & Amirulhadi Dihina Sebagai Monyet Oleh Isteri Ketua Pasukan Singapura.


Berita Harian (sumber asal) sebentar tadi mengeluarkan laporan yang mengejutkan ramai pihak mengenai isu penghinaan melalui Twitter yang dikeluarkan oleh Hidayah Shahril – isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak.

Hidayah Shahril menyamakan tindakan Safee Sali & Amirulhadi seumpama ‘monyet di atas padang’ sejurus selepas perlawanan antara Malaysia & Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalili pada 28 Julai lalu.

Terguris dengan kata-kata itu, Safee Sali menuntut agar Hidayah Shahril membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara. Lagipun, Shahril juga merupakan sahabatnya yang turut sama beraksi di Liga indonesia. Malah, Shahril pernah meminta jersi yang dipakai oleh Safee Sali sebagai tanda persahabatan ketika perlawanan tempoh hari.

Safee Sali menyatakan bahawa dia memandang serius akan perkara ini namun masih belum tergamak untuk membuat sebarang tindakan undang-undang. Padanya, sudah cukup andai kata Hidayah Shahril memohon maaf dan menyatakan kekesalan serta berjanji untuk tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut.

Menurut Safee lagi, pasukan Singapura & Malaysia akan lebih kerap bertemu pada musim depan, maka dia mahu isu penghinaan ini diselesaikan dengan segera supaya tidak timbul suasana yang dingin antara kedua-dua buah negara kelak.

Indonesia mahu uji Harimau Malaya

INDONESIA mempelawa skuad Harimau Malaya untuk beraksi dalam perlawanan persahabatan sebagai persediaan mereka menghadapi perlawanan peringkat kumpulan Kelayakan Piala Dunia 2014 Zon Asia pada September depan.

Anggota jawatankuasa Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Bob Hippy berkata, Malaysia dipilih memandangkan ia adalah negara jiran yang dekat.

"Indonesia juga merancang untuk mengadakan perla- wanan persahabatan dengan Australia," katanya melalui laman web rasmi PSSI.

Indonesia diundi dalam Kumpulan E bersama Iran, Bahrain dan tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar.

Bob berkata, walaupun Indonesia diundi dalam kumpulan bersama pasukan dari Timur Tengah, namun mereka tidak bercadang untuk mengadakan perlawanan persahabatan di rantau itu kerana faktor lokasi dan masa.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Aszuddin Ahmad ketika dihubungi pula berkata, pihaknya masih menunggu butiran lanjut berhubung tarikh dan lokasi perlawanan tersebut.
 

Tuesday, 2 August 2011

Farizal sedia rampas status No. 1


FARIZAL (depan) kembali mendapat kepercayaan jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.



REAKSI penjaga gol Negeri Sembilan, Farizal Marlias terkejut bercampur gembira apabila mengetahui namanya tersenarai semula untuk mengikuti kem latihan pusat skuad kebangsaan bermula petang ini.

Aksi cemerlang Farizal, 25, mengawal gawang barisan Pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee ketika bertemu Chelsea pada 21 Julai lalu membuktikan dirinya masih layak untuk menyarung jersi No. 1 skuad kebangsaan.

Bagi penjaga gol kelahiran Pahang itu, dia mahu menggunakan sepenuhnya peluang menyertai kem latihan skuad kebangsaan itu untuk meyakinkan semula jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal.

"Saya rasa sangat bersyukur kerana dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan. Dua misi saya ketika beraksi menentang Chelsea tempoh hari telah berjaya.

"Pertama saya bertekad gawang tidak dibolosi Chelsea dan ia berjaya. Keduanya saya mahu kembali ke skuad kebangsaan dan ia kini sudah tercapai.

"Jadi tugas saya sekarang adalah untuk berusaha bersungguh-sungguh sepanjang sesi latihan nanti bagi meningkatkan prestasi selain memikat hati jurulatih," kata Farizal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang berlepas ke Slovakia awal pagi tadi untuk menyertai lati- han skuad Olimpik negara, Farizal akan berlatih bersama Sharbinee Allawee Ramli dan penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali yang di- panggil menggantikan Nasril Nourdin.

Farizal, Sharbinee dan Norazlan pasti akan berusaha meyakinkan Rajagobal dan jurulatih penjaga gol negara, Faozi Mukhlas untuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Oman di Muscat pada 10 Ogos ini.

"Saya berharap dapat terpilih untuk beraksi menentang Oman nanti kerana sudah lama saya tidak berpeluang beraksi pada perlawanan antarabangsa seperti ini.

"Tetapi saya tetap perlu berusaha keras kerana tiada jaminan automa- tik untuk mengisi tempat sebagai penjaga gol utama," jelas Farizal yang pernah menyarung jersi Shah- zan Muda dan Perlis.

Farizal merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan sejak Rajagobal dilantik sebagai jurulatih pada 2009 tetapi diketepikan sele- pas mengalami kecederaan patah tulang pipi pada Julai 2010.