Khairul Fahmi berkata kelewatan pemulangan cincin tunang tersebut hanyalah salah faham kerana ia sepatutnya diuruskan oleh keluarga angkatnya. Sehubungan daripada itu, Khairul Fahmi berjanji akan memulangkan cincin tunang itu mengikut adat nanti.
Pada masa yang sama, hubungan rapat bagaikan adik beradik antara Khairul Fahmi & Dahlia Teck memang tidak dapat diselindungkan lagi. Terbaru, sekeping gambar yang memaparkan Khairul Fahmi & Dahlia Teck dipercayai bersama-sama menyambut perayaan Aidilfitri.
Kami tumpang gembira sama, suka melihat budaya kunjung mengunjung menjadi ikutan Khairul Fahmi & Dahlia Teck.
No comments:
Post a Comment