Friday, 30 September 2011

Gergasi sudah bangun


MANIAM (kiri) meraikan kejayaan Selangor selepas skuad bimbingannya berjaya melangkah ke suku akhir Piala Malaysia 2011.


AWAS bagi mana-mana pasukan, terutamanya Seladang, lebih baik anda berwaspada daripada 'dibaham' Gergasi Merah yang sedang mengganas ketika ini.

Apa tidaknya, pasukan Selangor pastinya telah 'terjaga daripada tidur yang lena' sebaik berjaya menempah slot ke suku akhir edisi Piala Malaysia kali ini.

Episod indah memintas Kuala Lumpur pada saat-saat akhir menerusi ke- menangan bergaya 2-1 di Stadium Shah Alam bagi aksi Kumpulan D, Selasa lalu pastinya masih belum pudar daripada ingatan penyokong setia skuad Merah Kuning itu.

Apa yang pasti, kejayaan mara ke suku akhir bukan bermakna keputusan mereka yang mendesak bekas pengendali Selangor, K. Devan meletak jawa- tan sebelum ini adalah suatu keputu- san yang tepat.

Sebaliknya, ia dilihat lebih kepada semangat juang yang di- pamerkan pe- main Gergasi Merah yang kembali bangkit mempamerkan taring sebenar, sekali gus memastikan 'Misi 33' kembali membara.

Walaupun pujian boleh diberikan kepada jurulatih baharu, P. Maniam yang dilihat 'lulus' ujian pertama, pengendali berusia 43 tahun itu tetap enggan menerima kredit seorang diri sambil menyatakan, kejayaan Selangor layak ke suku akhir adalah disebabkan oleh kesungguhan anak-anak buahnya berjuang bermati-matian setakat ini.

"Ini bukan kejayaan saya seorang. Komitmen yang ditunjukkan oleh setiap pemain Selangor menyumbang kepada kejayaan kami," katanya.

Selangor layak ke suku akhir pada saingan Piala Malaysia kali ini selepas menghuni tangga kedua Kumpulan D dengan 10 mata hasil tiga kemenangan, satu seri dan dua tewas.

Pada aksi suku akhir 10 Oktober ini, Selangor akan melayan kunjungan bekas juara Piala Malaysia sebanyak tujuh kali, Perak di Stadium Shah Alam.

Dalam pada itu, kejayaan melangkah ke suku akhir bukan bermakna Sela- ngor boleh menarik nafas lega meman- dangkan perjalanan mereka sebenarnya masih panjang bagi mengubat duka kemarau trofi Piala Malaysia yang begitu diidam-idamkan seluruh warga Merah Kuning sejak sekian lama.

Sejarah mungkin berulang. Skrip melangkah ke suku akhir Piala Malaysia selaku naib juara kumpulan juga lebih memihak kepada Selangor seta- kat ini apabila menewaskan Perlis 3-0 ketika kali terakhir muncul juara pada 2005, walaupun sekadar muncul naib juara kumpulan ketika itu.

Selepas itu, langkah bergaya juara Piala Malaysia sebanyak 32 kali itu sering tersekat apabila ditunjukkan jalan keluar pada peringkat suku akhir oleh Terengganu dan Kelantan dua tahun berturut-turut sejak 2009 walaupun bermula cemerlang.

No comments:

Post a Comment