Monday, 12 September 2011

Selangor tidak rela dijerat KL


MOHD. FITRI (kanan) antara pilihan Devan untuk menguatkan jentera serangan Selangor pada aksi menentang Kuala Lumpur malam ini.

MENTERJEMAHKAN segala peluang terhidang menjadi jaringan yang indah sudah semestinya menjadi misi utama Selangor dalam usaha membenam cabaran Kuala Lumpur menjelang pertemuan kedua-dua pasukan bagi aksi Kumpulan D saingan Piala Malaysia di Stadium Selayang malam ini.

Cukup terkenal dengan pasukan yang dianggap ‘lambat panas’, anak buah K. Devan pasti tidak akan duduk diam dan membiarkan Kuala Lumpur bermaharajalela di gelanggang sendiri, tambahan pula skuad ibu kota itu juga berada dalam prestasi yang terbaik setelah memungut enam mata maksimum hasil dua kemena- ngan, sekali gus mengungguli takhta kumpulan ketika ini.

Ketumpulan jentera penyudah yang menghantui Devan dalam perlawanan terdahulu juga harus segera diatasi Selangor bagi mengelak sebarang keciciran mata untuk bersaing lebih jauh dalam Piala Malaysia.

Walau apa juga strategi yang akan direncanakan oleh pengendali Kuala Lumpur, Razip Ismail, skuad Merah Kuning sewajarnya harus lebih berwaspada bagi mengelak berputih mata yang akan menambahkan lagi liku-liku perjalanan pasukan itu yang ketandusan trofi sejak beberapa tahun lalu.

Kredibiliti penyerang Kuala Lumpur, Yong Kuong Yong yang berjaya menja- ringkan tiga gol dalam dua perlawanan sebelum ini juga harus segera dirantai tonggak pertahanan Merah Kuning, Asraruddin Putra Omar dan Nasriq Baha- rom, sekali gus menjamin tiga mata berharga.

Devan bagaimanapun masih berteka-teki mengenai barisan kesebelasan pemainnya yang dijangka diturunkan bagi membenam cabaran Kuala Lumpur malam ini.

“Saya akui, prestasi pasukan masih belum berada di tahap yang terbaik.

“Namun pada masa sama, impian untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33 boleh direalisasikan sebaik menewaskan Kuala Lumpur esok (malam ini),” kata Devan.

Beliau dijangka mempertaruhkan gandingan Rudie Ramli dan Fazli Saari bagi merobek kubu pertahanan Kuala Lumpur apabila kedua-dua pemain itu dilihat cemerlang menerusi dua gol jaringan Fazli semasa membenam cabaran Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2-0 di Stadium Shah Alam, Sabtu lalu.
Kreativiti perancang berbakat, Safiq Rahim juga dijangka kembali ditagih untuk memantapkan bahagian tengah.

Dia akan bergandingan dengan Hardi Jaafar dan Amri Yahyah meskipun hanya dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Fitri Syazwan Raduwan pada aksi menentang PDRM sebelum ini.

No comments:

Post a Comment