IZZAQ disahkan tidak dapat beraksi pada aksi final menentang Indonesia malam ini gara-gara kecederaan lutut yang dialaminya. |
Perasaan gembira bercampur sedih bermain di lubuk hati penyerang tinggi lampai, Izzaq Faris Ramlan tatkala Harimau Muda mengesahkan kemaraan ke pentas final.
Apa tidaknya, Izzaq disahkan tidak dapat beraksi pada saingan final menentang Indonesia malam ini gara-gara kecederaan lutut yang dialami ketika Harimau Muda membenam Myanmar 1-0 dalam aksi se- paruh akhir kelmarin.
Turun sebagai pemain gantian, Izzaq yang masuk menggantikan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-72, terpaksa dikeluarkan di penghujung perlawanan selepas bertembung dengan pertahanan Myanmar, Yang Aung Win.
"Saya cukup sedih kerana tidak dapat beraksi pada final menentang Indonesia esok (malam ini) tetapi dalam masa yang sama, saya gembira kerana kita layak ke final.
"Itu yang menyebabkan perasaan saya bercampur sedih dan gembira ketika ini. Siapa yang tidak mahu beraksi di final selepas apa yang kami harungi sebelum ini," jelas Iz- zaq kepada Kosmo! semalam.
Biarpun tidak dapat beraksi malam ini, Izzaq tetap yakin barisan penggempur negara, terutamanya Ahmad Fakri Saarani mampu melaksanakan tugas dengan baik pada pertemuan menentang Indonesia.
"Selain Fakri, Syahrul Azwari dan beberapa pemain lain juga boleh menjaringkan gol. Saya yakin mereka dapat bermain dengan baik, se- terusnya membawa pulang pingat emas.
"Saya hanya berharap rakan-rakan sepasukan dapat memberikan aksi yang terbaik dan kalau boleh, buat lebih baik daripada perlawanan sebelum ini," katanya yang meledak gol kemenangan ketika Harimau Muda membenam Thailand 2-1 pada aksi peringkat Kumpulan A.
Sementara itu, Syahrul Azwari yang belum pasti diturunkan ekoran masalah buku lali, berharap ke- cederaan yang dialami memadam terus impiannya untuk beraksi malam ini.
"Saya masih menunggu laporan daripada doktor mengenai kecederaan ini. Saya harap kecederaan ini tidak serius dan membolehkan saya turun beraksi esok (malam ini).
"Jika saya tidak dapat bermain, saya masih yakin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukan yang lain. Ini perlawanan akhir, jadi sudah pasti semua pemain bersemangat bagi memburu pingat emas," jelasnya.
Pada saingan peringkat kumpulan menentang Indonesia sebelum ini, Syahrul Azwari yang tampil sebagai pemain gantian, muncul wira apabila meledak gol bagi membantu Harimau Muda melakar kemenangan 1-0.
credit : kosmo online
credit : kosmo online
No comments:
Post a Comment