Thursday, 10 November 2011

Khairul Fahmi Che Mat Nafi Hubungi Bekas Tunang Untuk Minta Bantuan

Mungkin taraf penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex kini sudah sama dengan artis-artis popular negara ini.

Ini kerana beliau tidak kunjung putus dengan kontroversi yang mendapat perhatian meluas media.
Setiap gerak langkah beliau di luar padang pun dijadikan modal berita dan gosip.

Sebelum ini, Apex menjadi tumpuan apabila putus tunang dengan Aimie Harmelia atau Elia.

Yang terbaru kontroversi Apex dikatakan minum minuman keras pada majlis hari jadi kekasih barunya, Dahlia Teck.

Kontroversi minum arak itu nyata lebih mendapat perhatian daripada berita dirinya putus tunang dahulu.
Apex bagaimanapun menafikan dirinya berbuat demikian dan berkata wajahnya kelihatan merah dalam gambar yang tersebar disebabkan cuaca panas ketika itu.

Berhubung dakwaan sesetengah pihak yang Khairul Fahmi Che Mat telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan disebabkan tweet-tweet bekas tunangnya itu baru-baru ini, Khairul Fahmi Che Mat yang sedang membantu pasukan kebangsaan bagi meraih pingat emas Sukan SEA, mendakwa itu cuma percubaan untuk mengganggu konsentrasinya.

 

Khairul Fahmi didakwa telah menghubungi bekas tunangnya untuk meminta bantuan berhubung penyebaran gambar-gambar beliau di sebuah restoran Itali di Bukit Bintang.

Menurut Khairul Fahmi melalui Twitternya, dia hanya menghubungi ibu, ayah serta kekasih barunya sebelum berlepas ke Indonesia. Tambahnya lagi, dia meminta orang ramai agar berhenti memperkatakan tentang kisah peribadinya kerana fokus yang lebih penting ialah tugasnya sebagai pemain kebangsaan yang berusaha membantu negara memenangi pingat emas Sukan SEA 2011.

Menyifatkan gosip baru itu sebagai tuduhan tak berasas, Khairul Fahmi turut membuat kenyataan tentang pihak yang hendak membuatnya jatuh dan tidak gembira, tetapi dia juga berkata dia tak akan mempedulikan semua itu. Untuk berbual dengan Khairul Fahmi Che Mat secara langsung, tweet beliau di @fahmiapexs.

No comments:

Post a Comment