
“Jika tercedera atau kurang berupaya untuk beraksi, apakah yang akan terjadi kepada kami? Daripada situlah tercetusnya idea perniagaan baju trendy berjenama Zaf.Co yang kini diceburi oleh saya dan rakan perniagaan, seorang pemain bola untuk pasukan Harimau Muda,” jelas Khaiful Fahmi Che Mat, penjaga gol Malaysia.
“Walaupun perniagaan ini masih baru, sambutan yang diberikan oleh pembeli amat mengalakkan. Justeru, saya tidak melepaskan peluang apabila dimaklumkan akan menerima geran sejumlah RM200 ribu melalui program APEC Young Entrepreneurs’ Summit yang dilancarkan hari ini,” kata Khairul Fahmi yang ditemui di Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri, Jalan Duta, Kuala Lumpur, lewat petang semalam.
Tambah Khairul Fahmi lagi, “Pakaian Zaf.Co ini amat trendy dan up-to-date kerana ia disesuaikan dengan karakter aktif remaja. Istimewanya, kesemua pakaian telah direka oleh anak tempatan. Manakala, proses pembuatan kami lakukan di Indonesia atas faktor kos yang lebih murah di sana.”
No comments:
Post a Comment