Sunday, 30 October 2011

Trofi Piala Malaysia diarak


MOHAMAD (tengah) memegang trofi Piala Malaysia bersama pemain dan penyokong setia Negeri Sembilan di Seremban semalam.


SELEPAS berjaya menjulang trofi Piala Malaysia buat kali ketiga, Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) merancang satu sambutan besar-besaran bagi meraikan kepulangan piala berprestij itu di bumi Adat Perpatih.

Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, kejayaan tersebut cukup bermakna dan beliau mahu selu- ruh rakyat negeri itu tidak ketinggalan menyaksikan piala tersebut secara lebih dekat.

Beliau yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan memberitahu bahawa pihak PBNS merancang untuk meng- arak piala paling berprestij di Malaysia itu di setiap daerah di negeri ini. 

"Kejayaan ini merupakan suatu kebanggaan untuk Negeri Sembilan dan saya mahu seluruh rakyat berpeluang menyak- sikan piala tersebut dari dekat dan seterusnya beramah mesra dengan para pemain yang ber- juang berhabis-habisan di tengah padang.

"Sambutan berkenaan akan dibuat dalam tempoh terdekat dan kita sedang merancang kaedah serta sambutan yang bakal dilakukan nanti," katanya di Seremban semalam.

Mohamad berkata demikian dalam satu majlis meraikan kepulangan para pemain dan pegawai skuad Hoben Jang Hoben di Wisma PB- NS.

Katanya, pihak PBNS akan berbincang berhubung bentuk habuan atau ganjaran yang akan diberikan kepada skuad negeri itu yang berjaya membawa pulang Piala Malaysia untuk kali kedua dalam tempoh tiga tahun.
"Kita akan membuat perbincangan terlebih dahulu dan buat masa ini kita belum putuskan bentuk ganjaran yang akan diberikan," jelasnya.

Sementara itu, jurulatih Negeri Sembilan, Mohd. Azraai Khor Abdullah merakamkan ucapan terima kasih kepada Mohamad kerana memberi kepercayaan kepada beliau.

"Tanpa sokongan dan kepercayaan yang diletakkan oleh beliau (Mohamad), sudah tentu pasukan ini tidak dapat pergi jauh dan mendakap Piala Malaysia.

"Pujian juga harus diberikan kepada pemain yang menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun dalam perlawanan akhir itu kita ke- tinggalan 1-0," jelasnya.

Mohd. Azraai juga memuji kesetiaan para peminat yang tetap memberi sokongan tidak berbelah bahagi walaupun pada awal musim pasu- kan itu kelihatan seperti hilang sengat.

Sharbinee akui lakukan kesilapan

SHARBINEE (kiri) cuba menghalang rembatan Hairuddin Omar pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam kelmarin. Terengganu tewas 1-2 kepada Negeri Sembilan.

SEPERTI mahu bertanggungjawab di atas kegagalan Terengganu menjuarai Piala Malaysia, penjaga gol, Sharbinee Alawee Ramli secara terbuka mengakui kesilapan pada perlawanan akhir kelmarin.

Sambil menjelaskan kesilapan tersebut tidak disengajakan, penjaga gol kebangsaan itu turut meminta maaf kepada semua rakan serta penyokong di atas apa yang telah berlaku.

Pada aksi di Stadium Shah Alam itu, Sharbinee yang memiliki pengalaman luas beraksi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa telah melakukan kesilapan apabila gagal menangkap kemas hantaran silang pemain Negeri Sembilan, S. Kunanlan pada minit ke-81.

Gol penyamaan itu telah mencetuskan kebangkitan para pemain Negeri Sembilan yang akhirnya berjaya mendapatkan gol kemenangan menerusi Hairuddin Omar pada minit ke-86 untuk muncul juara Piala Malaysia edisi 2011.

“Perlawanan akhir memang sengit dan apa sahaja boleh berlaku. Lagipun, sukar untuk saya kata- kan apa sebenarnya yang berlaku. Saya hanya boleh katakan yang saya tidak bernasib baik dan ia mungkin bukan hari saya.

“Saya juga tahu ramai orang di luar sana yang membenci saya kerana kesilapan itu. Justeru, saya ingin meminta maaf kepada semua rakyat Terengganu yang mengharapkan kami membawa pulang trofi ini. 

“Kami telah melakukan yang terbaik dan tahun ini mungkin bukan rezeki kami,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengga- nu semalam.

Mengulas lanjut mengenai kesi- lapan itu, Sharbinee yang dianggap penjaga gol No. 2 negara selepas Khairul Fahmi Che Mat menjelaskan, faktor padang bukanlah punca utama.

 Sebaliknya dia mendedahkan, tempoh perlawanan yang cukup genting memberi sedikit tekanan kepadanya sehingga gagal beraksi dengan baik.

“Saya mungkin telah membuat keputusan yang silap sehingga menyebabkan jaringan itu dan ia sesuatu yang sukar untuk saya terima.

“Namun, saya akan jadikan kesilapan ini sebagai satu lagi pengalaman untuk menjadi lebih matang dan lebih berhati-hati pa- da perlawanan akan datang.

“Saya cuma berharap agar para penyokong Terengganu terus berada di belakang pasukan ini dalam misi memburu kejuaraan pada musim depan,” katanya lagi.

Untuk rekod, kekalahan 1-2 Terengganu kepada Negeri Sembilan kelmarin meneruskan kemarau kejuaraan buat skuad Penyu itu selepas kali terakhir muncul juara Piala Malaysia sepuluh tahun lalu.

Satu-satunya kejuaraan yang dimenangi skuad kendalian Irfan Bakti itu adalah dengan muncul juara Piala FA selain menduduki tangga kedua dalam persaingan Liga Super.

[PANAS] Gambar Khairul Fahmi Che Mat & Dahlia Teck Di Party

 

Khairul Fahmi Che Mat dan Dahlia Teck bersama rakan-rakan yang super seksi di Werner’s, Changkat Bukit Bintang.

Sebagai makluman, Werner’s merupakan tempat makanan hidangan Itali.

 

tgk atas meja ape tu….Black Label tu..antara arak termahal…

apa nak jadi ni?

Ayu Raudhah Keguguran

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1-cRJxIV4rit2o0tg43bbjAUtzw-1zS7SJqKxAlomIKutoo1vtJVHO6ApigLRc7MOELRJSuvoYIenr1TYLoGSC05lpmJ4s87khfzgtrvg0jdL1LAUr6gXuTgD2Ccx24HVC9OM1MSseqY/s400/zaquan-ayu-raudhah.png 
Disebalik kejayaan N9 menentang Terengganu malam tadi, ada pula cerita sedih yang berselimut di dalam diripemain N9 terutamanya Zaquan Adha, tapi tak tahulah kalau Zaquan ada turun semalam sebab admin tak tengok. Yang mana isterinya, Ayu Raudhah yang baru-baru ni dikhabarkan hamil 6 minggu telah pon mengalami keguguran atau lebih dikenali sebagai pendarahan ketika dirinya menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.

Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.

Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.

“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu yang akan menyambung penggambaran ‘Germersik Kalbu’ esok.

Thursday, 27 October 2011

Sunday, 23 October 2011

Ayu Raudhah Hamil 6 Minggu, Tahniah

Walaupun baru-baru ini dilanda gosip mengenai keruntuhan rumah tangga, Ayu Raudhah dan suami telah menafikannya dan mendakwa rumah tangga mereka masih utuh. Malah Zaquan juga sempat tweet yang dia sayangkan isterinya selama-lamanya. Berita yang kami baca dari Kak Pora Berita Harian semalam walau bagaimanapun mengatakan yang Ayu Raudhah kini mengandung 6 minggu.


gambar hamil ayu raudhah
Ayu pernah berkata dia mengimpikan sepasang kembar sebagai anaknya. Kami berharap dia akan berjaya mencapai impiannya itu.

Monday, 17 October 2011

Jadual Perlawanan Separuh Akhir Pertama Piala Malaysia, Selasa

Selangor lwn Terengganu (Stadium Shah Alam, 8.45mlm)


T-team lwn Negeri Sembilan (Stadium Sultan Ismail, 8.45mlm)

Selangor tanpa Amri


AMRI (kiri) terpaksa berehat seminggu akibat kecederaan.

SELANGOR terpaksa mengenepikan kapten, Mohd. Amri Yahyah menjelang pertemuan menentang Terengganu pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia 2011 di Stadium Shah Alam malam ini.

Ini kerana, bekas penyerang kebangsaan itu masih belum pulih daripada masalah kecederaan di bahagian lutut kanannya yang dialami ketika berdepan Perak pada aksi suku akhir kedua di Stadium Perak, Jumaat lalu.

Jurulatih Selangor, P. Maniam yang mengesahkan mengenai perkara tersebut berkata, hasil ujian imbasan yang dilakukan semalam mendapati Amri mengalami Medial Collateral Ligament (MCL) dan perlu berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya seminggu sebelum boleh kembali diturunkan.

"Kami (Selangor) terpaksa mengenepikan khidmat Amri. Atas nasihat daripada doktor dia perlu berehat sekurang-kurangnya selama seminggu sebelum boleh kembali beraksi.

"Itu pun bergantung terhadap proses pemulihannya. Jika semuanya berjalan dengan lancar dia mungkin boleh diturunkan kembali pada separuh akhir kedua di Kuala Terengganu nanti," kata Maniam ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Bagaimanapun, Maniam enggan menekan butang panik apabila kehilangan khidmat tonggak serangan utamanya itu kerana beliau kini sudah memiliki dua calon yang dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Amri.

Jelas Maniam, tanpa Amri, beliau kemungkinan akan mempertaruhkan kepercayaan kepada dua bekas penye- rang kebangsaan, Rudie Ramli dan Azidan Sarudin bagi menerajui jentera serangan skuad Gergasi Merah.

"Saya sudah cuba Rudie dan Azidan ketika sesi latihan hari ini (semalam) dan antara mereka berdua akan menggantikan tempat Amri tetapi aya hanya akan membuat keputusan sebelum perlawanan bermula.

"Apa yang saya harapkan, siapa bakal diturunkan nanti boleh beraksi dengan baik dan menjaringkan gol buat pasukan," jelas Maniam.

Dalam pada itu, beliau turut meng- ingatkan empat barisan pemain pertahanannya agar memberi tumpuan sepenuhnya pada pertemuan menentang Terengganu itu.

Bagi Maniam, Terengganu memiliki jentera serangan yang bijak mencipta peluang bagi menjaringkan gol apatah lagi pengendali mereka, Irfan Bakti mempunyai pengalaman luas dalam mengatur strategi perlawanan.
"Kami memang mahu mencatatkan kemenangan pada perlawanan esok (malam ini) apatah lagi beraksi di laman sendiri.

"Namun, dalam keghairahan mencari gol, benteng pertahanan kami juga perlu kekal fokus bagi mengekang segala asakan daripada jentera serangan Terengganu yang bila-bila masa boleh mengudang padah kepada kami," tambah Maniam.

Beliau dijangka bakal menurunkan empat pertahanan yang sama ketika berdepan Perak iaitu Mohd. Nasriq Baharom, Mohd. Asraruddin Putra Omar, Mohd Razman Roslan dan P. Gunalan.

Ketika Odi, Oki bertasbih


ODI memiliki sebuah warung ayam bakar dan memang mengimpikan kerjaya sebagai usahawan.

BENANG takdir itu sudah disisir kemas dalam kehidupan manusia. Antara detik yang bertamu ke ruang hati paling dalam, ada niat suci untuk dilaksanakan.

Begitu jalan hidup yang kini menjadi pegangan aktres dan aktor terkenal dalam lapangan lakonan kerohanian.

Odi atau Kholidi dan Oki Setiana Dewi ditakdirkan menjadi bintang untuk filem yang diangkat daripada novel karya Habiburrahman El Shirazy.

Niat mereka ternyata pada justifikasi yang sama, memberi ilmu dan menebar dakwah berlapik karakter. 

Lewat filem Ketika Cinta Bertasbih (KCB) mereka meraih perhatian bukan sedikit. Filem dengan tajuk yang sama dikembangkan pula menjadi drama bersiri yang mesra disebut sinetron. 

Terhasil drama dengan judul Dari Sujud ke Sujud merupakan lanjutan daripada filem Ketika Cinta Bertasbih, Ketika Cinta Bertasbih 2, Ketika Cinta Bertasbih: Spesial Ramadhan (Musim 1) dan Ketika Cinta Bertasbih: Meraih Ridho Ilahi (Musim 2). Kesemua drama bersiri popular bawah payung KCB ini sedang bersiaran mulai 4 Oktober lalu di saluran Bintang (Astro 141). Penulis sempat mewawancara aktor dan aktres ini yang nyata masih sibuk dengan kuliah masing-masing. 

Siapa kalian di sebalik karakter-karakter dalam filem mahu pun drama Ketika Cinta Bertasbih (KCB)?

KHOLIDI: Saya ialah pelajar Universiti Al-Azhar, Indonesia dan belajar dalam jurusan penyiaran. Dahulu sebelum bergelar pelakon, saya sempat belajar teater dengan Slamet Raharjo, Alex Komang dan Christine Hakim. Daripada situ saya belajar seni berlakon. Pak Slamet pernah memberitahu saya bahawa salah satu medium paling efektif dan berpengaruh ialah filem. Saya mahu menjadi pelakon yang baik dan memberi mesej yang baik untuk semua. 

OKI SETIANA DEWI (O): Saya merupakan seorang mahasiswi Universiti Indonesia jurusan Sastera Belanda. Saya tertarik mengambil jurusan tersebut kerana mahu mendekati sejarah Indonesia yang banyak dipengaruhi Belanda. Dalam masa yang sama saya bercita-cita menjadi speaker seminar dan penulis novel. Terdetik niat untuk mengikuti uji bakat KCB kerana teman-teman memberitahu prosesnya berbeza. Alhamdulillah saya mendapat watak Ana, ini saya kira sudah lebih daripada cukup. Ini cara saya mendekati Allah dan membina akhlak juga.

Berapa dekat karakter Azam dan Ana dengan diri kalian?

K: Niat kami sama iaitu mahu berdakwah. Seperti sebuah susun suai gambar, ada yang sama dan ada yang tidak sama. begitu juga karakter tersebut. Apa yang sama ialah kami dari suku Jawa dan yang berbeza ialah usia dan kedewasaan kami.
OKI menganggap filem dan drama KCB banyak mengajarnya.



O: Sampai ke detik ini, saya sangat meneladani watak Ana. Ada pelajaran baharu yang saya dapat dalam kehidupan sehari-hari saya. Terpilih untuk berlakon dalam KCB merupakan hikmah besar buat saya. Saya dapat mengunjungi tempat-tempat yang menarik, kenal ramai orang serta memperbanyakkan ilmu serta wawasan. Lebih penting, saya dapat bertemu manusia hebat yang membuatkan diri saya terpacu untuk terus berprestasi. Itu semua melalui Ana.

Bagaimana kalian melihat pengaruh drama-drama ketuhanan terhadap penonton?

K: Pengaruh filem atau drama ketuhanan lakonan kami iaitu KCB sangat besar. Malah melalui nama karakter saya iaitu Azam juga kita boleh lihat hasilnya. Ramai yang berkongsi dengan saya bahawa mereka mula menamakan anak mereka dengan nama Azam. Semoga nama tersebut dapat memberi manfaat untuk anak-anak tersebut. Malah melalui tulisan Habiburahman, Azam memang karakter luar biasa yang bagus untuk diteladani. 

O: Boleh saya katakan, impaknya luar biasa. Bukan hanya terhadap pelakon tetapi kepada kru-kru yang terlibat. Mereka terinspirasi dengan naskhah ini. Lingkungan yang begitu baik dan kondusif menjadikan setiap yang terlibat atau menonton sebagai orang yang lebih baik. 

Bagaiman pula dengan pengaruh sosialnya?

K: Selain pengaruh nama, saya sendiri sebagai pelakon banyak mempelajari sifat-sifat positif daripada Azam dan saya harap khalayak juga mempelajarinya. Malah sewaktu saya ke Bali, ramai yang memberitahu bahawa mereka mahu menghantar anak masing-masing untuk mendalami Islam. Selama ini mereka tidak pernah terfikir berbuat begitu. Malah ada yang mahu menghantar anak belajar ke Mesir. Melihatkan situasi tersebut, saya melihat pengaruh sosial ini terjadi apabila mereka mula terfikir malah berasa akrab dengan agama Islam. Juga kalau melihat daripada segi persaingan dalam industri, ramai pesaing yang sudah membikin produk berasaskan Islam. 

0: KCB bukan sebuah naskhah biasa, bukan hanya tempat kerja saya tetapi juga tempat saya menimba ilmu, memperbaiki akhlak dan menyelesaikan masalah. Saya harap begitu juga ia sampai kepada khalayak. Begitu juga dengan sinetron bertajuk Dari Sujud ke Sujud, sebuah lanjutan KCB. Drama bersiri ini lebih memberi fokus kepada rumahtangga Ana dan Azam. Saya menangis berkali-kali membaca skrip kerana adegannya menyentuh hati. Dialog-dialognya menyentuh dan memberi instrospkesi diri untuk mendekati Allah. Kalimat-kalimat untuk kita terus mengingati Sang Pencipta.
25 episod KCB ( Meraih Ridho Illahi) mula ditayangkan di saluran Bintang 141 bermula pada 4 Oktober lalu.



Dalam membawa dakwah menggunakan medium hiburan, dugaan bagaimana yang datang menghampiri kalian?

K: Dugaan sangat besar. Perkara utama yang perlu diambil berat ialah kita tidak boleh memilih sebarangan kerja atau projek. Perlu selektif dan perlu berhati-hati dengan tawaran. Perlu jaga diri sendiri. Misalnya saya pernah ditawarkan muncul dalam program temu bual, tapi saya harus memilih agar tidak muncul dalam program yang kandungannya tidak sesuai atau sampah. Begitu juga dengan tawaran muncul dalam iklan rokok. Saya menolak kerana enggan muncul. 

O: Saya tidak sebebas dahulu dan waktu tidak banyak buat famili. Itu saya lihat sebagai cabaran dan dugaan. Namun persekolahan tetap menjadi kepentingan saya.

Mungkinkah Kholidi mengambil peranan antagonis di masa hadapan?

K: Mungkin dan tidak ada masalah untuk membawakan watak hitam. Asalnya tujuannya baik dan positif. 

Perancangan masa hadapan kalian?

K: Saya ingin membuka sebuah warung ayam bakar tulang lunak di Kalibata. Memang sejak di bangku sekolah saya gemar membawa buku tentang keusahawanan. Kenapa saya membuka warung makan? Ini kerana saya rasa profesi (kerjaya) ini dapat memberikan saya kemerdekaan dan saya mempunyai waktu yang dapat saya kawal. Saya berharap warung ini dapat berkembang besar. Saya sendiri yang menyediakan rempah ratus sebanyak 27 jenis dan ini amanah buat saya. Resipi ini diberikan oleh orang kampung saya Abdul Rahman. Dia pernah ditawarkan Rp.50 juta (RM17,697) tetapi dia menolak dan sebaliknya memberi resipi ini kepada saya. 

O: Saya sedang menyelesaikan novel kedua saya. Alhamdulillah, novel pertama saya yang bertajuk Melukis Pelangi, Catatan Hati Oki Setiana Dewi diterima baik. Buku ini saya tulis selama empat bulan ketika sedang berehat daripada penggambaran. Sejak kecil memang saya suka menulis terutamanya diari dan saya lakukan setiap hari. Saya menulis kisah-kisah yang terjadi dalam hidup saya.
Saya juga mahu menghabiskan kuliah yang sekarang di semester akhir. Dalam masa yang sama saya turut menjadi penceramah di kampus-kampus. 

Kalian terkena tempias cinta lokasi?

K: Bagi saya, kemesraan itu sekadar di lokasi saja dan semuanya berjalan secara semula jadi. Sedikit pun tidak terfikir kemesraan itu menjadi hubungan cinta. Bagaimanapun, kita hanya mampu merancang, tidak tahu kalau pada masa akan datang, perasaan itu berubah menjadi cinta. Apa yang pasti, setakat ini biasa saja dan tidak ada perasaan lain.

O: Kami seperti saudara dan setiap hari suka berbual di lokasi bukan saja mengenai lakonan, tetapi juga masalah pelajaran masing-masing. Itu juga antara faktor mewujudkan keserasian antara kami. Bagi saya, Odi teman yang sangat baik. Kami suka berbincang mengenai berita semasa dan saya suka kerana walaupun seharian di lokasi, kami tetap tahu dunia luar.

Wednesday, 12 October 2011

Kami Masih Bahagia Bersama – Ayu Raudhah

ayu raudhah 



Terkejut dibuatnya apabila ada desas-desus yang menyatakan rumah tangga Ayu Raudhah dan Zaquan Adha sedang berantakan. Khabarnya ada kewujudan orang ketiga yang menyebabkan keretakan ini berlaku. Untuk makluman, mereka berdua berkahwin pada Januari 2011 jadi usia perkahwinan mereka belum mencecah setahun pun lagi.

Tambah teruk apabila khabar angin bertiup kencang menyatakan yang Ayu dan Zaquan sudah pun bercerai. Ish, ish. Teruk sangat tue. Tak mahu cerita tentang rumah tangganya diperkotak-katikan lagi, Ayu tampil memberi penjelasan yang dia masih bahagia di samping suami tercinta.
Saya tak tahu- menahu pun mengenai gosip berkenaan(kes rumah tangga). Terkejut juga bila dengar. Entahlah, orang senang-senang cakap mengenai rumah tangga kami. Kami masih bahagia bersama. Saya tak sukalah bila ada orang cakap perkara yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan soal rumah tangga dan perkahwinan.

Selangor tanpa Bunyamin



MESKIPUN tanpa khidmat pemain tengah, Mohd. Bunyamin Omar, persiapan Selangor tetap tidak terjejas menjelang aksi suku akhir kedua menentang Perak malam esok. Bunyamin sedang menjalani penggantungan perlawanan dan Selangor dilaporkan memiliki pengganti yang tidak kurang hebatnya bagi mengisi kekosongan tersebut.

Jurulatih Selangor, P. Maniam berkata, Bunyamin terpaksa diketepikan setelah menerima dua kad kuning pada suku akhir pertama yang menyaksikan Selangor mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam pada Isnin lepas. 

"Kita mungkin menggunakan khidmat sama ada Mohd. Hardi Jaafar, Mohd. Fazilidin Khalid ataupun Mohd. Fadzli Saari bagi menguatkan bahagian tengah kita," katanya semalam.


AMRI Yahyah (kiri) akan terus memainkan watak utama mengemudi jentera tengah Selangor pada aksi menentang Perak malam esok.


Maniam berkata, beliau akan mengekalkan hampir semua pemain yang beraksi pada suku akhir pertama.
"Saya yakin dengan pengalaman yang ada pada pemain seperti Mohd. Safiq Rahim dan Mohd. Amri Yahyah yang biasa beraksi di peringkat antarabangsa akan membolehkan Selangor menempah tempat ke separuh akhir nanti," katanya.

Pemenang perlawanan antara Selangor dan Perak akan bertemu dengan pemenang perlawanan antara Terengganu atau Kelantan di peringkat separuh akhir pertama pada 22 Oktober ini.

Selangor Masih Ada Pilihan Perkuat Barisan Tengah

Tanpa khidmat pemain tengah Mohd Bunyamin Omar yang kini digantung perlawanan, Selangor masih mempunyai tiga pemain lain bagi mengisi posisi itu menjelang perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Perak Jumaat ini.

Jurulatih Selangor P. Maniam berkata Mohd Bunyamin terpaksa diketepikan setelah menerima dua kad kuning pada suku akhir pertama yang menyaksikan Selangor mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam pada Isnin lepas.

"Kita mungkin menggunakan khidmat sama ada Mohd Hardi Jaafar, Mohd FazilidinKhalid ataupun Mohd Fadzli Saari bagi menguatkan bahagian tengah kita," katanya.

Maniam berkata beliau akan mengekalkan hampir semua pemain yang beraksi padasuku akhir pertama.

"Saya yakin dengan pengalaman yang ada pada pemain kita seperti Mohd Safiq Rahim dan Mohd Amri Yahyah yang biasa beraksi di peringkat antarabangsa akan membolehkan Selangor menempah tempat ke separuh akhir nanti," katanya.

Pemenang perlawanan antara Selangor dan Perak akan bertemu dengan pemenangperlawanan antara Terengganu atau Kelantan di peringkat separuh akhir pertamapada 22 Okt ini.

Chong Wei tiada tandingan


CHONG WEI tidak menghadapi masalah untuk melepasi halangan pada pusingan pertama semalam.

JAGUH perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei ternyata tiada tandingan apabila mudah menewaskan dua lawannya pada aksi peringkat Kumpulan A Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Akhir Kebangsaan semalam.

Tampil selaku pemain pilihan pertama kejohanan, pemain No. 1 dunia itu membuka tirai saingan dengan kemenangan bergaya ke atas Chong Yee Han 21-12, 21-8 pada aksi yang berlangsung di sebelah pagi di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Chong Wei terus mengukuhkan cengkamannya bagi saingan peringkat kumpulan apabila mencatatkan kemenangan kedua pada sebelah petang apabila menewaskan pemain pelapis kebangsaan, Iskandar Zulkarnain Zianuddin 21-16, 21-10.

Pemain berusia 29 tahun itu bakal mengakhiri saingan peringkat kumpulan menentang Lok Chong Chieh hari ini.

Kejohanan kali ini merupakan aksi terakhir buat Chong Wei dalam saingan peringkat tempatan kerana ingin memberi laluan kepada pemain-pemain lain untuk turut mengukir nama sekali gus ditengahkan ke pentas antarabangsa.

Sebagai rekod, Chong Wei telah sembilan kali bergelar juara GP Kebangsaan sejak 2002 dan kali ini dia memburu gelaran ke-10 sebelum menamatkan kariernya dalam kejohanan tempatan.

"Ini merupakan kejohanan tempatan yang terakhir buat saya dan matlamat utama saya adalah untuk merekodkan kejuaraan kali ke-10 tahun ini.

"Selepas ini saya hanya akan menumpukan tumpuannya saya sepenuhnya terhadap Sukan Olimpik 2012 di London," kata Chong Wei.

Sementara itu, dalam saingan peringkat Kumpulan B, pemain pelapis kebangsaan, Misbun Ramdan Misbun turut tampil cemerlang apabila melepas halangan dua lawannya semalam.

Ramadan yang juga merupakan anak kepada bekas jurulatih perseorangan negara, Datuk Misbun Sidek mudah membenan cabaran Yeoh Kay Bin 21-10, 21-12 pada aksi pertamanya di sebelah pagi.

Rentak kecemerlangan Ramdan diteruskan apabila dia mencatatkan kemenangan ke atas Goh Giap Chin 21-11, 21-15.

Pencabar Ramdan dalam peringkat Kumpulan C, Mohd. Arif Abdul Latif juga membuktikan kejaguhannya apabila membenam cabaran Kay Bin 21-12, 21-14 sebelum menang ke atas Giap Chin 21-18, 21-16.

Ramdan dan Arif bakal membuat perhintungan sesama sendiri hari ini dan bakal menentukan siapa yang layak untuk bergelar juara Kumpulan C dan sekaligus mara ke peringkat separuh akhir esok.

Turut berlangsung semalam adalah saingan dalam acara beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran.

Tuesday, 11 October 2011

Pengadil bertindak ikut emosi

KEKECOHAN berlaku di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah selepas pemain Terengganu ditumbuk pemain Kelantan pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 kelmarin.

LIMA kad merah dan lebih 10 kad kuning yang dilayangkan dalam tempoh 90 minit pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 antara Terengganu dan Kelantan kelmarin sudah cukup membuktikan betapa mutu pengadilan bola sepak di negara ini berada pada tahap memalukan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai tidak profesional, para penyokong turut menyelar sikap terlalu emosi pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab yang sewenang-wenangnya melayangkan kad kuning kepada para pemain.

Setiausaha Kelab Penyokong Bola Sepak Terengganu (Peteh), Wan Mohd. Azmi Wan Ngah berkata, pengadil sepatutnya mengawal permainan dengan tenang dan bukannya mencari kesalahan para pemain untuk dilayangkan kad kuning.

“Layangan lima kad merah dalam satu perlawanan memang tidak pernah berlaku dalam sejarah bola sepak negara dan ia cukup-cukup memalukan.

“Tindakan pengadil bukan sahaja membuatkan para pemain jadi tertekan, malah dianggap sebagai provokasi secara senyap kepada para penyokong kedua-dua pasukan,” jelasnya kepada Kosmo!.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, Terengganu berjaya mendapat bekalan selesa menjelang aksi suku akhir kedua apabila menang 3-1.

Namun, perlawanan yang dianggap ‘Pertembungan Pantai Timur’ itu dicemari dengan layangan lima kad merah masing-masing dua kepada pemain Terengganu (Ismail Faruqi dan Zubir Azmi) sementara tiga kepada pemain Kelantan iaitu Daudsu Jamaludin, Mohd. Aziz Ismail dan Mohd. Shakir Shaari.

Jelas Wan Mohd. Azmi lagi, sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meneliti sistem pengadilan bola sepak di negara ini yang dianggap kerap menimbulkan kontroversi.

“Kita lihat pengadil seolah-olah mempunyai 'kuasa kebal' untuk menghukum pemain, sedangkan mana-mana jurulatih yang mengkritik sistem pengadilan akan menerima hukuman.

“Jadi, FAM perlu bersikap lebih adil dengan mendengar suara kedua-dua pihak sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Presiden Terengganu FC (TFC), Hazrul Hanafi pula berkata, tindakan pengadil yang melayangkan lima kad merah kelmarin telah merosakkan mutu permainan kedua-dua pasukan.

“Semua tahu Kelantan dan Terengganu merupakan dua pasukan terbaik di negara ini dan ekoran daripada tindakan pengadilan yang lemah, maka permainan yang sepatutnya menjadi baik telah bertukar seperti medan peperangan,

Stadium Shah Alam jadi pilihan

BERITA gembira buat skuad Selangor!Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengesahkan pentas final Piala Malaysia 2011 akan berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor pada 29 Oktober ini.

Ia pastinya sesuatu yang menggembirakan bagi peminat skuad Gergasi Merah yang mempamerkan prestasi cemerlang, sekali gus berada di landasan tepat setelah membelasah Perak 3-1 pada aksi suku akhir pertama di gelanggang sendiri kelmarin.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, keputusan itu diambil kerana venue final sebelum ini iaitu Stadium Nasional, Bukit Jalil masih dalam proses penyelenggaraan.

Menurut Azzuddin, lokasi yang strategik iaitu berada di kawasan Lembah Klang antara faktor utama Stadium Shah Alam dijadikan sebagai pentas final pada Piala Malaysia musim ini.

“Selepas pihak FAM dimaklumkan bahawa Stadium Nasional, Bukit Jalil tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja penyelenggaraan trek, kami (FAM) merasakan pemilihan Stadium Shah Alam sebagai pentas akhir Piala Malaysia sebagai jalan yang tepat.

“Ini kerana, syarat-syarat venue untuk peringkat akhir Piala Malaysia haruslah berada di dalam kawasan Lembah Klang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Berita itu pasti menjadikan perangsang yang terbaik buat skuad Selangor yang memburu ‘Misi 33’.
Apa yang pasti, impian menjulang piala paling berprestij tanah air di laman sendiri akan menjadikan kejayaan itu lebih manis dan bermakna buat skuad kendalian P. Maniam nanti.

Sementara itu, Azzudin sempat mengulas mengenai pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab yang melayangkan lima kad merah dan sebelas kad kuning ketika Terengganu menentang Kelantan di dalam pertemuan suku akhir pertama.

Jelasnya, pihaknya menunggu laporan mengenai insiden yang menyaksikan dua pemain Terengganu (Ismail Faruqi dan Zubir Azmi) manakala tiga pemain Kelantan iaitu Daudsu Jamaludin, Mohd. Aziz Ismail dan Mohd. Shakir Shaari dilayangkan kad merah.

Tambahnya, pihak FAM boleh bertolak ansur jika pihak pengurusan menyelesaikan sesuatu masalah dengan kaedah yang betul atau berbincang dan bukan mahu menjadikan pengadil sebagai lambang ‘kuasa’ FAM.

“Kita tidak menjadi seseorang pengadil itu ‘kebal’ tetapi jika pengurusan mahu mengkritik nilai mutu pengadilan, haruslah menggunakan saluran yang betul. Bukannya dengan cara terbuka.

“Laporan itu haruslah dihantar dalam tempoh 48 jam dan kita seharusnya bersikap profesional di dalam bidang ini serta akur kepada peraturan yang sedia maklum.

“Setakat ini (semalam), pihak kami masih tidak menerima sebarang maklum balas dari pihak persatuan masing-masing (Terengganu dan Kelantan) namun kami akan meneliti segalanya sekiranya laporan itu sampai kepada pihak kami,

Skuad Gergasi Merah masih belum selamat


PEMAIN Selangor, Mohd. Amirulhadi Zainal (kanan) meraikan kejayaan meledakkan gol ketiga pasukan tuan rumah di Stadium Shah Alam kelmarin.


PERAK akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Selangor apabila tewas 1-3 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.

Ibarat bertemu buku dengan ruas, kredibiliti skuad Seladang selaku juara Kumpulan A dengan rekod kebal tanpa kalah sebelum ini, masih belum cukup untuk menghadirkan rasa gerun Gergasi Merah yang ternyata begitu garang menyemarakkan semula ‘Misi 33’ di depan ribuan penyokong sendiri.

Dalam aksi kelmarin, kehadiran semula dua tonggak Perak yang digantung perlawanan sebelum ini, Shahrulnizam Mustafa dan Akmal Rizal Rakhli yang masuk selaku pemain gantian juga gagal menghadirkan sesuatu yang istimewa buat skuad kendalian Noorizan Bakar itu.

Di sebalik asakan bertali-arus Perak bagi tempoh 10 minit awal permainan, Selangor begitupun kembali bangkit menyerap asakan sebelum mendahului dengan dua gol cantik menerusi sepakan percuma arkitek berbakat, Safiq Rahim pada minit ke-12 dan 57 yang melepasi jangkauan penjaga gol Perak, Kamarul Effandi Abdul Rahim.

Mimpi ngeri Kamarul tidak berakhir di situ apabila dia gagal menghalang jaringan pemain sayap Selangor, Amirulhadi Zainal yang berjaya melepasi perangkap ofsaid pada minit ke-63, sekali gus menambah derita pasukan pelawat.

Walaupun Perak dilihat masih ‘bernyawa’ apabila berjaya mencuri satu gol saguhati menerusi penyerang pinjaman, Mohd. Failee Ghazli pada minit ke-76, jurulatih Selangor, P. Maniam tetap tidak panik, namun pada masa sama enggan para pemainnya berasa selesa menjelang perhitungan di Ipoh Jumaat ini.

“Segala yang dirancangkan semasa latihan nampak menjadi, justeru saya begitu berpuas hati dengan persembahan bertenaga setiap pemain malam tadi (kelmarin).

“Begitupun, mendahului dua gol juga bukan jaminan buat pasukan saya berasa selesa, kita masih ada 90 minit lagi yang perlu kita harungi,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Maniam memberitahu, kehilangan Bunyamin Omar yang dilayangkan kad merah malam kelmarin juga tidak begitu dirasai apabila tempatnya dijangka dapat diisi oleh seorang lagi pemain berpengalaman, Hardi Jaafar di Ipoh nanti.

“Malah, saya juga yakin dengan pengalaman pemain pertahanan Selangor seperti Nasriq Baharom, P. Gunalan, Asraruddin Putra Omar dan Razman Roslan bagi menyerap serangan Perak yang pastinya bermain bermati-matian di Ipoh,

90 minit penentu nasib Negeri Sembilan

“kita ada 90 minit lagi, kita tidak akan menyerlah kalah sebelum berjuang.” Demikian tegas Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah selepas kecewa kekalahan tipis 0-1 kepada Felda United pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 di Stadium MBPJ, Selangor malam kelmarin.

Tidak mahu berputus asa kekalahan itu, Azraai Khor berkata, beliau mahu pemain skuad Rusa melupakan kekecewaan itu dan terus bangkit mempamerkan aksi yang terbaik.

Katanya, perlawanan kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi adalah penentu ‘hidup mati' skuad Hoben Jang Hoben sama ada beraksi atau tidak di pentas separuh akhir.

“Kita tidak ada peluang lain, inilah peluang yang kita ada untuk ke separuh akhir iaitu sekurang-kurangnya kena menang 2-0 di tempat sendiri.

“Baki 90 minit ini, saya optimis pemain Negeri Sembilan akan bekerja keras dan memberi persembahan terbaik di hadapan penyokong sendiri,” katanya di Seremban semalam.

Bagi memastikan kejayaan perlawanan penting itu, Azraai Khor memberitahu, beliau akan membuat rombakan pemain dan memperkemaskan taktikal permainan.

Jelasnya, dalam tempoh tiga hari sebelum perlawanan beliau akan membuat latihan menyusun strategi dan menilai kesemua prestasi pemain sebelum disenarai.

“Kita akan memberi fokus pada bahagian serangan kerana perlawanan sebelum ini (menentang Felda United) beberapa peluang yang ada gagal dimanfaatkan oleh pemain,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau yang kecewa tumpas kepada Felda United berkata, pasukan lawan bijak serta pantas melakukan serangan balas dan menyudahkan peluang hingga berjaya menjaringkan gol pada minit ke-60 menerusi K. Rajan.

“Status kelab tidak boleh dipandang rendah, dalam perlawanan macam-macam boleh jadi kalau kita cuai dan hilang tumpuan,

Kelantan perlu bangkit segera

PENGURUS Kelantan, Azman Ibrahim mahu barisan pemain melupakan ‘mimpi ngeri’ kekalahan 1-3 kepada Terengganu pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2011 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.

Menurutnya, kekalahan tersebut perlu dilupakan segera menjelang pertemuan kedua yang akan berlangsung di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Jumaat ini.

“Harus di ingat perlawanan masih berbaki 90 minit, dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku. Apa yang penting kita fokus dan mendapatkan jaringan awal sebagai pembakar semangat untuk merapatkan jurang gol.

“Kita perlu menang 2-0 atau 3-1 di Kota Bharu. Apa yang saya dapat katakan kita masih mempunyai peluang dan kita akan bermain mati-matian dalam perlawanan kedua dan perlu mengatasi defisit dua gol pasukan Terengganu nanti,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Biarpun kehilanggan tiga tonggak utama, beliau percaya Datuk M. Karathu selaku ketua jurulatih mampu menyusun strategi terbaik untuk menghadapi Terengganu dalam perlawanan kedua nanti.

Pada perlawanan tersebut, Terengganu yang beraksi di gelanggang sendiri mencatat kemenangan berharga 3-1 ke atas juara bertahan Piala Malaysia, Kelantan dalam perlawanan ‘tegang’ dengan lima layangan kad merah dan 11 kad kuning oleh pengadil, Mohd. Nafeez Abd. Wahab.

Mengulas mengenai aksi malam kelmarin, Azman memberitahu, meskipun kehilangan dua pemain serentak iaitu Mohd. Shakir Shaari dan Mohd. Daudsu Jamaludin pada minit ke-31 dan 34, barisan pemainnya masih mampu mencipta gerakan menarik dan mengimbangi perlawanan tersebut.

“Saya berpuas dengan apa yang telah dipamerkan oleh barisan The Red Warriors, walaupun beraksi sembilan pemain namun mereka masih mampu bertahan sehinggalah tuan rumah mendapatkan gol pertama pada minit-minit akhir separuh masa pertama.

“Selain itu kita juga berjaya mendapatkan jaringan pada minit ke-77 menerusi kapten pasukan, Mohd. Badri Radzhi menerusi sepakan penalti sebelum Terengganu mendapatkan gol kedua mereka di minit ke-88.

“Gol ketiga oleh Mohd. Mazuki (Yusoff) boleh dianggap gol kontroversi kerana dia menyepak bola sedangkan pengadil tidak meniupkan wisel lagi. Namun keputusan muktamad pengadil itu dan kita terpaksa akur,” ujarnya.

Azman menyifatkan ia tidak menggambarkan keseluruhan perlawanan tersebut tegang di antara pemain kedua-dua pasukan selepas lima kad merah dan 10 kad kuning dilayangkan pengadil.

“Kalau kata perlawanan ini ‘panas’ hanya kerana layangan 15 kad tidak tepat rasanya. Memang pada separuh masa pertama berlaku sedikit ketegangan namun saya percaya itu sebahagian daripada permainan bola sepak.

“Kekasaran itu merupakan perkara biasa dalam bola sepak. Cuma saya berharap pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat memantau prestasi pengadil dengan sebaik-baiknya,” jelasnya.

Azman berharap untuk perlawanan penting seperti ini ia seharusnya diadili oleh empat pengadil terbaik di negara ini.

“Jadi saya harap FAM dapat menilai semula prestasi pengadil pada masa akan datang.

Selangor, Terengganu Bawa Bekalan Selesa

Selangor dan Terengganu mempunyai peluang yang lebih selesa untuk mara ke separuh akhir Piala Malaysia apabila mencipta kelebihan dua gol pada perlawanan peringkat suku akhir pertama pada Isnin.

Selangor yang memburu misi ke-33 pada tahun ini mengalahkan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam, Selangor sebelum bertandang ke tempat lawan Jumaat ini.

Pasukan bimbingan P.Maniam memperolehi gol pertama seawal minit ke-12 menerusi jaringan Safiq Rahim sebelum menambah gol kedua peribadi pada minit ke-57 menerusi sepakan percuma dari luar kotak penalti.

Mohd Amirulhadi Zainal kemudianya memperkukuhkan kedudukan Selangor dengangol ketiga pada minit ke-62.

Manakala gol saguhati Perak disumbangkan oleh Mohd Failee Mohamad Ghazli pada minit ke-76.
Terengganu juga turut membawa bekalan selesa untuk bertandang ke tempatlawan setelah berjaya menundukkan musuh tradisinya, Kelantan 3-1 diStadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Terengganu nyata memanfaatkan sepenuhnya perlawanan apabila dua pemain Kelantan, Mohd Shakir Shaari dan Mohd Daudsu Jamaludin dilayangkan kad merah pada babak pertama.

Ismail Faruqi Asha'ri membuka tirai jaringan Terengganu pada minit ke-43,namun kapten skuad Kelantan, Mohd Badhri Radzi berjaya menyamakan kedudukan padaminit ke 78.

Terengganu bagaimanapun tidak mengaku kalah dengan menjaringkan dua gol lagi iaitu masing-masing menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-88 dan kapten pasukan Marzuki Yusoff pada masa kecederaan.

Lima kad merah dilayangkan sepanjang perlawanan berlangsung.

Di Stadium Likas, Sabah menghampakan lebih 15,000 peminatnya yang membanjiriStadium Likas apabila tumpas 1-2 di tangan T-Team.

Gol pertama T-Team dijaringkan oleh Indra Putra Mahayudin pada minit ke-34dengan menolak masuk lorongan Zairo Anuar Zailani.

Bagaimanapun, Sabah berjaya meloloskan gawang pasukan pelawat menerusi AltoLinus pada minit ke-46.

Bagaimanapun, Indra Putra menjadi wira pasukan T-Team apabila menyumbat golkemenangan pada minit ke-85.

Sementara itu, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), FeldaUnited mengalahkan Negeri Sembilan 1-0.

Gol tunggal Felda United disumbangkan oleh K.Rajan pada minit ke-59.

Keputusan Piala Malaysia Suku Akhir Pertama

BERIKUT adalah keputusan perlawanan suku akhir pertama saingan Piala Malaysia, Isnin;

SABAH 1-2 T-TEAM

SELANGOR 3-1 PERAK

FELDA UNITED 1-0 N.SEMBILAN 

TERENGGANU 3 -1 KELANTAN

Stadium Shah Alam Jadi Venue Perlawanan Akhir Piala Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadual berlangsung pada 29 Oktober ini.


Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan tersebut dibuat berikutan kerja-kerja penyelenggaraan trek sedang berlangsung di venue asal iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kita telah berbincang dengan pihak pengurusan Stadium Shah Alam dan merekabersetuju untuk menyiapkan kerja-kerja pemulihan rumput, tempat duduk penonton dan juga lampu limpah sebelum 21 Oktober ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-10 di WismaFAM, pada Selasa.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pertandingan tempatan FAM berkata pihaknya akan melakukan tinjauan pada 22 Oktober ini bagi memastikan bahawa keadaan padang, lampu limpah, bilik air dan kerusi di stadium berada dalam keadaan baik sebelum hari perlawanan.

"Sekiranya pihak pengurusan stadium gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh FAM, kita akan mencari venue lain bagi perlawanan akhir Piala Malaysia," katanya.

Dalam perkembangan lain, Hamidin berkata FAM akan segera melakukan siasatan berhubung insiden lima kad merah dilayankan oleh pengadil, Mohd Nafeez Abd. Wahab pada pertemuan Kelantan dan Terengganu perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Isnin. "Kita masih menunggu laporan penuh perlawanan daripada pesuruhjaya pertandingan dan akan membuat penilaian dalam masa terdekat ini dan perkara tersebut akan dibincangkan di peringkat mesyuarat jawatankuasa tatatertib FAMuntuk tindakan susulan," katanya.

Pada perlawanan semalam tiga pemain Kelantan yang dikenakan kad merah ialahShakir Shaari, Mohd Daudsu Jamaludin dan Aziz Ismail manakala dua lagi kad merahdikenakan kepada pemain Terengganu iaitu Ismail Faruqi dan Zubir Azmi.

Pada perlawanan tersebut Terengganu mencatat kemenangan berharga menewaskanmusuh tradisi, Kelantan 3-1.

Jadual Perlawanan Kelayakan Euro 2012

BERIKUT adalah jadual perlawanan Kelayakan Euro 2012 pada Rabu;

KUMPULAN A

Kazakhstan lwn Austria

Jerman lwn Belgium (Siaran langsung Astro811, 12.55 pagi)

KUMPULAN B

Macedonia lwn Slovakia

Ireland lwn Armenia

KUMPULAN C

Itali lwn Ireland Utara

Slovenia lwn Serbia

KUMPULAN D

Albania lwn Romania

Perancis lwn Bosnia (Siaran langsung Astr0 811, 2.55pagi)

KUMPULAN E

Hungary lwn Finland

Moldova lwn San Marino

Sweden lwn Belanda (Siaran langsung Astro816,1.55pagi)

KUMPULAN F

Croatia lwn Latvia

Georgia lwn Greece

Malta lwn Israel

KUMPULAN G

Bulgaria lwn Wales

Switzerland lwn Montenegro

KUMPULAN H

Denmark lwn Portugal (Siaran langsung Astro817, 2.10pagi)

KUMPULAN I

Lithuania lwn Republik Czech

Sepanyol lwn Scotland

Acara Bola Sepak Sukan Sea Belum Ada Jadual Rasmi

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) masih belum menerima sebarang pengesahan mengenai jadual perlawanan, tarikh serta tempat bagi saingan bola sepak pada Sukan Sea di Indonesia bulan depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, mengikut jadual asal, perlawanan pembukaan akan berlangsung pada 7 November dan akhir pada 22 November.

"Kita masih belum terima sebarang pengesahan walaupun telah menghubungi pihak jawatankuasa pertandingan Sukan Sea.

"Dan sehingga itu kita tidak boleh berbuat apa-apa keputusan mengenai skuad Harimau Muda kerana pada 23 November ini juga mereka turut menghadapi Kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Syria.

"Kita ada menghantar surat meminta agar pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dapat menunda tarikh perlawanan (kelayakan Olimpik) dari 23 ke 24 November.

"Mengikut peraturan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), setiap pasukan perlu berehat selama 48 jam sebelum mengharungi perlawanan seterusnya.

"Kami berharap perlawanan akhir Sukan Sea boleh diadakan pada 22 November dan pihak AFC boleh menunda tarikh pertemuan dengan Syria pada 24 haribulan agar pasukan kita dapat berehat sehari," katanya selepas sidang media Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 100Plus-Astro Arena-FAM 2011, Isnin.

Azzuddin berkata, pada 16 Oktober ini, Mesyuarat Majlis AFF Kali ke-3 (Persekutuan Bola Sepak Asean) akan diadakan.

"Kami berharap selepas mesyuarat itu, kita boleh mendapatkan pengesahan mengenai jadual penuh perlawanan, tarikh dan tempat untuk Sukan Sea.

"Buat masa sekarang, pasukan yang dikendalikan Ong Kim Swee ini menjalani latihan seperti biasa dan akan turut mengadakan perlawanan persahabatan nanti," katanya.

Pasukan muda negara bakal berdepan dengan dua kejohanan penting pada November ini iaitu misi mempertahankan pingat emas pada Sukan Sea dan seterusnya tugas mengutip mata pada perlawanan Kelayakan Sukan Olimpik 2012 bagi zon Asia.

Selangor harus berhati-hati


KEZMAN antara pemain bintang yang mendapat perhatian Gergasi Merah.

PADA penghujung musim 1990-an dahulu, Selangor pernah dikecewakan dengan tindakan bekas tonggak England, Tony Cottee yang dilihat langsung tidak profesional apabila 'tergesa-gesa' meninggalkan pasukan itu sebelum kontraknya tamat.

Jika diikutkan, Cottee sebenarnya bukanlah pilihan utama skuad Gergasi Merah ketika itu jika tidak kerana bintang Arsenal, Nial Quinn yang tiba-tiba 'hilang' sehingga menyebabkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pantas menyambar Cottee berdasarkan reputasinya yang dikhabarkan cukup cemerlang ketika mewakili England di kancah persaingan antarabangsa semasa itu.

'Disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari'. 

Jodoh Cottee bersama Selangor tidak berpanjangan apabila dikhabarkan tidak begitu gembira sepanjang beraksi di bumi Malaysia.

Selain dilaporkan kecewa kerana terpaksa mencuci butnya sendiri, alasan Cottee yang dikatakan marah kerana tidurnya terganggu dengan bunyi jam loceng rakan sepasukannya, Ismail Ibrahim yang bangun menunaikan sembahyang Subuh ketika itu sememangnya mengundang kemurkaan peminat fanatik Gergasi Merah.

Justeru, jika benar desas-desus mengenai keinginan Selangor yang dikhabarkan mahu memancing bekas pemain Chelsea, Mateja Kezman sebagai seorang daripada dua tenaga import mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan, ada baiknya ia harus dinilai secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan.

Keterujaan mengambil pemain berstatus bintang sememangnya berisiko walaupun sejarah membuktikan beberapa pemain terkemuka seperti David Mitchell, Allistair Edwards, Christopher Kiwomya, Mehmet Durakovic, Karel Stromsik serta dua bintang Indonesia, Elie Aiboy dan Bambang Pamungkas dilihat cukup cemerlang membantu Selangor sebelum ini.

Tambahan pula sekiranya Kezman, 32, bersetuju menyarung jersi Selangor, sudah tentu ia dilihat mampu menarik lebih ramai penonton ke Stadium Shah Alam.

Ketika ini, Kezman sedang beraksi bersama kelab Belarus, Bate Borisov yang bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah sehingga penghujung tahun ini selepas kontraknya bersama kelab Hong Kong, South China tamat Mei lalu.

Kezman yang memulakan kariernya selaku pemain bola sepak seawal usia 19 tahun bersama kelab Serbia, FK Partizan pada 1998 turut pernah mewakili beberapa kelab ternama Eropah seperti PSV Eindhoven, Atletico Madrid, Fenerbahce, Paris St. Germain dan Zanit St. Petersburg, selain gemar menyarung jersi bernombor sembilan atau 99.

Tiada sebarang pengesahan rasmi begitupun dikeluarkan FAS setakat ini berhubung keinginan mereka memikat hati pemain kelahiran Serbia itu supaya melebarkan sayapnya beraksi di pentas Asia Tenggara pula selepas ini.

Buat masa ini, teka-teki sama ada Kezman merupakan antara empat pemain yang dikhabarkan bakal hadir ke Shah Alam untuk diuji sepanjang bulan ini masih belum terjawab lantaran FAS ketika ini baru menguji seorang pemain pertahanan berusia 29 tahun dari Korea Selatan, Hwang Moo-Kyu yang telahpun mula diuji sejak pasukan itu tewas 0-1 kepada Singapura dalam aksi Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 baru-baru ini.

Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin semasa ditemubual media tempatan sebelum ini juga enggan mengesahkan nama-nama calon yang bakal diuji, namun pada masa sama tidak menolak kemungkinan mereka merupakan antara pemain yang pernah beraksi di kancah Liga Perdana England.

Nama-nama itu katanya, hanya akan diumumkan sebaik saingan Piala Malaysia musim ini berakhir.
Apa pun, jangan sampai 'pisang berbuah dua kali', justeru Selangor sepatutnya lebih berhati-hati tambahan pula Kezman juga dilaporkan turut mempunyai masalah sikap.

Belajarlah daripada kesilapan silam. FAS pastinya lebih tahu natijah yang mungkin mereka hadapi jika benar mahu mendapatkan khidmat pemain bintang.

Harimau Malaya harus buktikan

MUSLIM (kiri) kurang konsisten ketika diberi tanggungjawab mengemudi jentera 
pertahanan Harimua Malaya.

BOLOS 21 gol dalam lima perlawanan kompetitif berturut-turut di pentas antarabangsa sememangnya sesuatu yang langsung tidak boleh dibanggakan oleh pasukan bola sepak kebangsaan.

Mereka sebelum ini tewas 0-4 dan 3-6 kepada Arsenal dan Liverpool pada aksi Pra-Jelajah Asia sebelum ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 oleh Singapura secara agregat 4-6, Julai lalu.

Yang terbaharu, skuad Harimau Malaya tewas 0-5 kepada Australia dalam aksi persahabatan Jumaat lalu sebelum selamat tiba di tanah air sehari kemudian.

Sesungguhnya, rentetan episod kekalahan dengan jumlah jaringan yang cukup besar ketika ini wajar diatasi segera oleh anak buah Datuk K. Rajagobal.

Jika trend ‘murah hati’ ini diteruskan, tidak mustahil sekiranya pasukan kebangsaan sukar untuk mendapatkan lawan berstatus kelas A waima untuk sekadar mengadakan perlawanan persahabatan semata-mata selepas ini.

Malah jangan terkejut sekiranya skuad negara cuma akan dijemput Socceroos bagi perlawanan persahabatan dalam tempoh 20 tahun lagi selepas kali terakhir membuat perhitungan dengan mereka pada final Piala Kemerdekaan Indonesia pada 1992.

Dalam aksi di Canberra baru-baru ini, gawang Malaysia dibolosi lima gol masing-masing menerusi jaringan Josh Kennedy dan Alex Brosque sementara bintang Middlesbrough, Rhys Williams mencatatkan nama selaku penjaring Australia seawal minit kedua.

Sebelum ini, ketika menentang Arsenal, benteng pertahanan negara dimalukan oleh Aaron Ramsey, Theo Walcott, Carlos Vela dan Thomas Rosicky sementara Charlie Adam, David Ngog (dua gol), Maxi Rodriguez (dua gol) dan Dirk Kuyt pula berpesta gol semasa The Reds membelasah Harimau Malaya di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Jutaan peminat fanatik bola sepak tempatan juga masih belum dapat melupakan kekalahan memilukan semasa ditewaskan pasukan jiran, Singapura dalam aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia 2014 menerusi enam gol jaringan Alexandar Duric (dua gol), Qiu Li, Mustafic Fahrudin, Shahril Ishak dan Shi Jia Yi.

Jika diperhatikan secara amnya, nama-nama seperti Mahali Jasuli, Mohd. Zubir Azmi, Asraruddin Putra Omar, Muslim Ahmad, Aidil Zafuan Abdul Razak, Norhafiz Zamani Misbah dan Mohd. Fadhli Shas adalah antara yang sering menjadi pilihan Rajagobal mengemudi benteng pertahanan negara.

Apa yang tidak kena sebenarnya? Adakah wajah-wajah yang menerajui benteng pertahanan negara ketika ini bukannya yang terbaik?

Jika hendak diukur menerusi saingan domestik, benteng Terengganu dilihat paling kebal apabila sekadar bolos tiga kali dalam saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia kali ini menerusi gandingan Marzuki Yusof, Ronny Harun dan Mazlizam Mohamad, wajah-wajah yang mungkin perlu lebih banyak diberikan peluang oleh Rajagobal selepas ini.

Meskipun Rajagobal dilaporkan bersedia meletak jawatan jika gagal membantu Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2015 seperti mana dilaporkan akhbar baru-baru ini, ia bukanlah satu penyelesaian sebenarnya.

Bukan apa, penyokong pun sebenarnya faham daripada hendak meminta yang ‘bukan-bukan’ daripada skuad Rajagobal setelah berjaya menamatkan kemarau penantian selama beberapa tahun menerusi pingat emas Sukan SEA 2009 dan juara Piala AFF Suzuki 2010 sebelum ini.

Cuma senang cerita, jika tewas pun biarlah ‘berpada-pada’ jangan sampai kena bolos empat atau lima gol. Pendek kata, jangan ‘murah hati’ sangat.

Monday, 10 October 2011

Rumahtangga Aktres & Atlet Retak Di Ambang Penceraian?



Belum pun menginjak setahun perkahwinan aktres wanita & atlet negara ini, sudah kedengaran pula desas-desus mengenai hubungan mereka berdua yang bagaikan retak menanti belah. Dengar cerita, seluruh kampung sudah sedia maklum dengan perkhabaran yang tidak enak mengenai mereka berdua. Ada pihak yang berspekulasi kononnya faktor orang ketiga menjadi penyebabnya. Maklumlah, kedua-dua pasangan ini mempunyai rupa paras yang cantik & molek belaka. 

Paling tidak enak didengar, ada pihak yang mendakwa kedua-dua pasangan ini sudah pun bercerai. Huh, minta sangat dijauhkan perkara itu. OHBULAN! masih lagi terbayang-bayang akan kemeriahan majlis perkahwinan pasangan ideal ini satu ketika dahulu.

Apabila spekulasi penceraian ini tersebar, ada pihak wartawan yang cuba mendapatkan penjelasan daripada aktres wanita ini. Namun, aktres wanita ini telah melarikan diri dan enggan dihubungi oleh mana-mana pihak. Mungkin, aktres wanita ini mempunyai alasannya tersendiri.

Andai kata masih ada cinta lagi dalam hati aktres wanita & atlet negara itu,harap mereka cepat-cepat merujuk semula dan maklumkan kepada pihak berkaitan. Biasalah darah muda, darah panas. Dalam berumahtangga ni, kena ada give and take, okay!

Jadual Perlawanan Suku Akhir Pertama Piala Malaysia

BERIKUT adalah jadual perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia, Isnin;

Sabah lwn T-Team (Stadium Likas, 8.15mlm)

Selangor lwn Perak (Stadium Shah Alam, 8.45mlm)

Terengganu lwn Kelantan (Stadium Sultan Ismail. 8.45mlm)

Felda lwn N. Sembilan (Stadium MBPJ, 8.45mlm)

Debaran bermula

JURULATIH Selangor, P. Maniam (empat dari kiri) masih mencongak strategi untuk menghadapi Perak di Stadium Shah Alam malam ini.

KEMPEN Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini.

Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini.

Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan.

Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Begitupun, aksi di Stadium Shah Alam juga dijangka ‘hangat’ selepas Perak menyuarakan keyakinan untuk mengejutkan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

Negeri Sembilan pula tidak memandang rendah keupayaan Felda United apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium MBPJ, Selangor manakala wakil tunggal Borneo, Sabah memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir apabila bertemu T-Team di Stadium Likas.

Selangor perlu waspada


MOHD. FAILEE menjadi sandaran utama Perak untuk merobek gawang Selangor pada
pertemuan di Stadium Shah Alam malam ini.


JIKA tersilap langkah, Selangor pasti tersungkur di depan ribuan penyokong sendiri pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia menentang Perak di Stadium Shah Alam malam ini.

Momentum kejayaan menempah slot suku kelompok lapan terbaik pada saat-saat akhir perlu diteruskan skuad Gergasi Merah bimbingan P. Maniam bagi memburu bekalan selesa sebelum berkunjung ke Ipoh pada Jumaat depan.

Apa yang pasti, kelibat pemain ‘import’ skuad Seladang, Mohd. Failee Mohd. Ghazli yang dipinjamkan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) wajib dirantai sekiranya tidak mahu berputih mata.

Kredibiliti penyerang yang cukup cemerlang menjaringkan beberapa gol bersama rakan sepasukan, Mohd. Shafiq Jamal bagi membantu Perak mengharungi saingan peringkat kumpulan sebelum ini dilihat mampu menghadirkan sesuatu buat pasukan kendalian Norizan Bakar.

Apa tidaknya, Mohd. Failee yang berjaya menjaringkan 11 gol bersama USM dalam saingan Liga Perdana musim ini dilihat cukup serasi bersama dua lagi pemain ‘import’ Perak, Mohd. Hafiszuan Salehuddin (Perlis) dan Muhammad Rafiuddin Roddin (Harimau Muda) bagi membantu Seladang yang kehilangan lima tonggak utama gara-gara penggantungan sebelum ini.

“Perak dilihat cukup kuat bermain sebagai satu pasukan terutamanya di bahagian sayap.

“Justeru, pemain Selangor diingatkan supaya tidak mudah leka bagi mengelak perjalanan sukar di Ipoh jika gagal mencatatkan kemenangan selesa di Shah Alam,” kata Maniam.

Maniam kini masih belum menemui barisan mantap di bahagian pertahanan lantaran tonggak, Khairul Anuar Baharom dilihat masih belum cergas sepenuhnya manakala gandingan Mohd. Nasriq Baharom, Mohd. Nazri Ahmad dan Yosri Derma Raju juga dilihat masih belum berupaya memastikan kubu Selangor terselamat.

Ketika tugas menjaga gawang hampir pasti digalas G. Jeevananthan, P. Gunalan dan Razman Roslan juga dijangka mendapat kepercayaan di posisi bek kiri dan kanan.

Kredibiliti kapten, Amri Yahyah yang dilihat semakin berbisa apabila sering menghasilkan gol buat Selangor di peringkat kumpulan juga ditagih bersama arkitek berbakat, Safiq Rahim dan Amirulhadi Zainal bagi merobek kubu pasukan Perak.