Menerusi bimbingan jurulatih baru, pasukan bola sepak kebangsaan India akan mengadakan dua perlawanan persahabatan dengan Malaysia sebagai persiapannya menghadapi kejohanan besar serantau.
Persekutuan Bola Sepak Seluruh India mengumumkan Savio Medeira sebagai ketuajurulatih baru semalam (Rabu) untuk melatih pemain muda India.
Perlawanan pertama dijadual pada 13 Nov di Guwahati, Assam dan tiga harikemudian di Kolkata, Bengal Barat bagi perlawanan kedua.
"Saya baru mengambil alih dan ini merupakan cabaran bagi saya.
Malaysia sedikit ke depan dalam bola sepak dengan liga dan kelab mereka berbanding India.
"Pasukan India perlu penambahbaikan dalam semua bahagian, pertahanan dan serangan," kata Medeira.
India sedang membuat persiapan menghadapi kejohanan dwitahunan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan pada Disember ini, kejohanan yang ia muncul juara sebanyak lima kali.
No comments:
Post a Comment