
Ekoran berita keguguran pelakon, Ayu Raudhah, MH Online mendapatkan penjelasan daripada suaminya, Zaquan Adha berhubung perkara ini.
"Memang benar isteri keguguran. Masa tu kandungannya berusia tujuh minggu. Namun kini Ayu sudah keluar dari hospital dan kembali bekerja semula. Dia tidak dapat berehat lama kerana terikat dengan jadual penggambaran yang telah dipersetujui sejak awal lagi," ujar Zaquan ketika dihubungi sebentar tadi.
Ditanya perasaannya apabila mengetahui berita keguguran ini, Zaquan menjelaskan;
"Ini adalah ketentuan-Nya. Mungkin belum rezeki untuk kami menimang cahaya mata," tambah Zaquan lagi pasrah.
No comments:
Post a Comment