![]() |
|
NAMA Safiq Rahim (gambar) tidak lagi perlu diperkenalkan di pentas bola sepak tempatan.
Malah, Safiq juga dianggap hero Harimau Malaya apabila bakal mengikuti langkah bekas rakan sepasukannya di Selangor, Safee Sali menjalani ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City tidak lama lagi.
Bagaimanapun, ibarat langit tidak selalunya cerah, nama Safiq tiba-tiba 'tercicir' daripada senarai skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal bagi mengikuti aksi persahabatan menentang Australia di Sydney pada 10 Oktober depan.
Lilitan kapten kebangsaan ternyata bukan satu jaminan buat Safiq berterusan menjadi 'anak emas' Rajagobal dan prestasi hambarnya ketika membantu Selangor yang ketika ini dilihat 'nyawa-nyawa ikan' bagi mengharungi saingan Piala Malaysia juga dikatakan menjadi penyebab utama Safiq diketepikan.
"Inilah lumrah dalam bola sepak, siapalah saya untuk sentiasa merasa hebat kononnya ada satu slot isti- mewa dalam skuad kebangsaan.
"Saya bukan hero Malaya, banyak lagi yang perlu saya belajar bagi me- ngembalikan prestasi sebenar, sekali gus kembali memikat Rajagobal," katanya kepada Kosmo! semalam.
Selain Safiq, antara watak penting Rajagobal dalam skuad Harimau Malaya sebelum ini yang turut 'tercicir' ialah rakan sepasukannya, Amirul- hadi Zainal.
Di sebalik ketiadaan Safiq dan Amirulhadi, Rajagobal juga dilihat lebih menaruh kepercayaan kepada beberapa tonggak Olimpik menggalas cabaran negara di Australia seperti Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Mohd. Fadhli Shas, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Izzaq Faris Ramlan, K. Gurusamy dan Syahrul Azwari Ibra- him.
Menurut Safiq, kegagalannya menyertai rakan- rakan sepasukan meraih pengalaman berguna menentang skuad Socceroos kelak akan dijadikan pembakar semangat untuk kembali menemui sentuhan prestasi, sekali gus menjanjikan yang terbaik semasa ujian pemilihan bersama Cardiff kelak.
"Saya akui, ramai yang meragui kemampuan saya ketika di Cardiff nanti terutamanya apabila tidak tersenarai ke Australia.
"Justeru, saya berjanji terutamanya kepada peminat Selangor bahawa saya akan memikul tanggungjawab untuk kembali mempamerkan kebangkitan seterusnya membantu pasukan saya mara ke suku akhir Piala Malaysia terlebih dahulu sebe- lum memikirkan soal Cardiff," kata- nya.
No comments:
Post a Comment