Thursday, 22 September 2011

Teruskan perjuangan


DEVAN dijulang anak-anak didiknya ketika menghadiahkan kemenangan kepada Selangor.


RAJUK sekeping hati milik bekas pengendali Selangor, K. Devan sememangnya tidak lagi boleh dipujuk-pujuk.

‘Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul’. Hanya Devan sendiri tahu betapa sengsaranya hati mengucapkan selamat tinggal kepada Gergasi Merah di saat juara Piala Malaysia 32 kali itu masih terkapai-kapai meneruskan saingan dalam saingan Piala Malaysia kali ini sebaik mele- takkan jawatan Isnin lalu.

Walaupun masih memiliki baki kontrak sehingga 30 November, luka hati yang bagaikan dikoyak-koyak lantaran sikap segelintir penyokong Merah Kuning yang berterusan mendesak pengendali berusia 50 tahun itu meletakkan jawa- tan, akhirnya tidak lagi dapat ditahan-tahan.

Seandainya masih ada pemi- nat Merah Kuning yang mendakwa Devan sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana ‘angkat kaki’ sebelum selesai menamatkan misi ketandusan trofi pasukan itu, ada baiknya mereka reda sahaja dengan pemergian Devan.

Kini, hanya doa dari jauh sahaja yang mampu dilakukan Devan agar Selangor yang kini hanya mampu memungut empat mata dalam aksi Kumpulan D berupaya melangkah ke suku akhir. Itu pun jika ada keajaiban besar yang berlaku ke atas dua pencabar terdekat, T-Team dan Kuala Lumpur yang kini selesa dengan sembilan dan lapan mata.

“Saya harap pemain-pemain Selangor tidak patah semangat (dengan ketiadaan beliau), dan peluang mereka masih ada dengan syarat menang dalam baki dua lagi perlawanan selepas ini (menentang PDRM dan Kuala Lumpur).

“Bukan mudah saya hendak mengambil keputusan meninggalkan Selangor, tetapi saya benar-benar terguris hati dengan tindakan segelintir penyokong yang seolah-olah tidak menghargai jasa saya bersama pasukan,” katanya menerusi siaran langsung rancangan terbitan Astro Arena, Nadi Arena lewat malam kelmarin.

Rajuk pengendali yang berasal dari Negeri Sembilan itu yang seolah-olah jasa pengorbanannya tidak dihargai ternyata berasas apabila membantu Selangor menjulang lima piala semenjak mengambil alih ‘baton’ daripada Dollah Salleh sejak Oktober 2008.

Antara piala yang berjaya dimenangi Devan bersama Gergasi Merah termasuklah Piala FA 2009, Piala Sultan Ahmad Shah (2009-10) serta muncul juara Liga Super dua tahun berturut-turut sejak 2009.

Detik kejatuhan Devan bersama Selangor begitupun bermula apabila sekadar menamatkan saingan di tangga ketiga Liga Super musim ini, selain ditunjukkan jalan keluar oleh Kelantan pada aksi separuh akhir Piala FA.

Dengan pengunduran Devan, ‘kerusi panas’ di Selangor kini digalas oleh pembantu jurulatih, P. Maniam yang pastinya masih tercari-cari formula istimewa bagi membantu pasukannya menempah slot ke suku akhir.

Di sebalik ‘tsunami’ yang melanda Gergasi Merah ketika ini, ia pastinya bukan petanda ternoktahnya karier Devan selaku jurulatih.

Sudah pasti, Devan kini akan laku bak ‘pisang goreng panas’ bagi mana-mana pasukan yang kepingin menagih khidmatnya pada musim depan lantaran ke- cemerlangannya selaku ‘Guus Hiddink Malaysia’ bersama dua pasukannya sebelum bersama Selangor iaitu Kuala Muda Naza dan Negeri Sembilan Naza sebelum ini. 

Selamat maju jaya Devan!

No comments:

Post a Comment