Skuad Selangor akan diperkuatkan dengan dua bekas pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dari Liverpool dan Manchester United selain penyerang sensasi negara Safee Sali, bagi menentang Singapurapada perlawanan Piala Sultan Selangor, 1 Oktober ini.
Edisi ke-10 perlawanan itu yang diadakan sempena meraikan ulang tahun ke-10 pemerintahan Sultan Sharafuddin Idris Shah, akan berlangsung di Stadium ShahAlam pada 9.30 malam.
Pengerusi Jawatankuasa kejohanan itu, Datuk Abdul Karim Munisar bagaimanapun enggan mendedahkan dua nama bekas pemain EPL yang akan membantu misi Selangor membawa pulang piala tersebut selepas ia dirampas oleh Singapura pada 2008.
"Kita memilih dua pemain import dalam edisi kali ini adalah bagi membantu pasukan Selangor memperkuatkan barisan kesebelasan utama. Kita mahu mengimbangi perlawanan kerana dalam kejohanan ini, pasukan Singapura mempunyai beberapa pemain naturalisasi," katanya kepada pemberita selepas majlis minum petang di sebuah hotel di sini, Isnin.
Abdul Karim berkata pemergian Safee Sali, pemain Kelab Pelita Jaya, Indonesia yang menjalani sesi ujian percubaan selama dua minggu bersama kelab Liga Kejuaraan, Cardiff City dimiliki oleh ahli perniagaan, Datuk Chan Tien Ghee tidak akan mengganggunya menggalas tugas bersama The Red Giants.
"Saya difahamkan dia sah akan menyertai piala ini dan dijangka pulang pada27 Sept ini kerana Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) mahukan Safee dibawapulang bagi mengukuhkan kekuatan The Red Giants itu," katanya.
Selain itu, kejohanan yang menyaksikan pertembungan antara pasukan Selangordan Singapura itu, akan dimulakan dengan perlawanan antara pasukan veteran padapukul 8 malam selain persembahan daripada artis tempatan Amy Search, pertunjukanbunga api dan payung terjun.
Terdahulu, Abdul Karim menyerahkan 40,000 tiket perlawanan kepada Pengarah Pelajaran Selangor, Abdullah Md Yunus untuk diagihkan kepada pelajar sekolah di sekitar Selangor.
No comments:
Post a Comment